"Bang, kau jangan salah faham. Terlanggar saja. Saya datang sini pun sebab isteri saya kerja sini. Nak jemput dia balik ni. Bukan aku datang jumpa dia ke apa ke." Terang Nas.
Aku pandang dia. Tanpa perasaan. Aku kerutkan dahi.
"Saya dah kahwin dah bang. Jangan salah faham apa-apa. Terlanggar saja tu." Terang Nas lagi.
'Kenapa Nisa pergi?'
Tanpa menghiraukan Nas, aku segera ke keretaku yang aku parkirkan dihadapan lobi hotel ini. Aku juga tidak menghiraukan Anis yang sedang memanggil aku. Aku hidupkan enjin kereta tapi tak tahu nak ke mana.
Kereta Nisa melintas depanku. Segera aku mengikutnya. Dari jalan yang dia ambil, aku tahu dia menuju ke rumah. Dia masukkan keretanya ke dalam rumah. Aku turut buat perkara yang sama selepas itu. Aku lihat dia segera masuk. Aku kejarnya. Aku tahan dia dari melarikan diri dariku.
"Nisa tak tahu Nas ada dekat situ. Nisa baru habis discussion dengan Kim tadi. Masa terkocoh-kocoh keluar dari situ, terlanggar dengan dia. Dia cuba nak tahan Nisa dari jatuh. Bukan sengaja nak sentuh-sentuh gitu." Terangnya bersama linangan air mata.
Tahulah aku yang isteri aku takut aku marahkan dia. Aku nampak kejadian dia terlanggar dengan Nas. Aku nampak dia masa dia sedang sibuk mengemas barangnya diatas meja cafe lagi. Aku nampak segalanya.
"Tolong jangan ceraikan Nisa lagi. Nisa tak salah." Dia sudah duduk dan memegang kakiku.
Aku duduk mencangkung dihadapannya. Air matanya aku kesat.
"Syyhhh... Habib nampak semua kejadian tu." Kataku.
"Jangan ceraikan Nisa. Nisa tak bersalah. Nisa janji buat apa saja janji habib tak ceraikan Nisa." Rayunya lagi. Bersungguh-sungguh.
"Nisa, Iwan. Apa ni pasal cerai-cerai ni?" Tegur Mami.
Aku sudah bangun berdiri. Aku angkat bahuku. Nisa segera bangun dan menuju kearah Mami. Tangan Mami dipegangnya. Dia kini berdiri menghadap mami.
"Mami, Nisa pergi buat kerja. Nisa dah tak ulang perangai lama. Nisa tak buat. Nisa terlanggar dia dan dia pegang tangan Nisa supaya Nisa tak jatuh. Itu saja. Nisa bukan pergi jumpa dia. Nisa pun dah lama sangat tak jumpa dia. Tolong Nisa Mami. Tolong buat habib faham. Nisa tak sengaja. Itu semua salah faham. Nisa tak nak bercerai dengan habib." Dia sudah menggonggoi menangis dihadapan Mami.
Mami pandang aku. Aku sekali lagi angkat bahu.
"Nisa pergi naik. Mandi. Biar Mami cakap dengan Iwan. Pergi tengok Sufi sama. Dia baru tidur. Ada dalam bilik kamu" Arah Mami. Dia pandang aku seketika. Aku buat muka beku ku. Dia berlalu perlahan naik ke atas.
"Hang nampak tak apa hang dah buat?"Serang Mami bila saja Nisa sudah betul-betul masuk dalam bilik.
"Buat apa? Iwan dah cakap, Iwan nampak apa yang berlaku. Dia yang duk ralat nak nangis. Apa Iwan boleh buat?" Terangku pada Mami.
"Hang tak sedaq lagi ka? Hang seksa jiwa dia? Kenapa sampai dia jadi macam tu? Sebab dia fobia. Hang buat dia terkenang balik kenangan lama." Kata mami. Aku maintain muka beku.
"Sedaqlah Iwan. Nisa tu sayang sangat dekat hang. Tu sampai dia tak mau hang ceraikan dia. Dia terima apa saja hang buat dekat dia. Dia senyum saja walaupun hang sakitkan hati dia. Apa lagi nak dia buktikan yang dia setia dengan hang sorang?" Suara mami sudah sedikit kendur.
Aku masih diam. Aku sedar semua tu. Aku cuma belum boleh lupakan. Bukan aku tak maafkan cuma melupakannya terlalu sukar. Makin aku cuba, makin banyak yang bermain dimindaku. Jadi, aku ambil tindakan untuk tidak mencuba lagi. Ternyata cara itu berkesan kerana sedikit demi sedikit, aku makin lupakan peristiwa itu tanpa aku sedar.
"Mami tau hang sayang sangat dekat dia. Mami tau hang tak nak kehilangan dia. Nasihat Mami. Stop buat dia menderita. Terima dia semula. Layan dia selayak seorang suami melayan isterinya." Kata Mami.
Aku angguk.
Aku tak nak cuba terima dia tapi aku nak biarkan hati aku menerimanya sendiri. Secara semulajadi. AKu tahu itu akan terjadi. Tengok saja kini. Aku makin tenang berhadapan dengan dia. Aku boleh pujuk dia walaupun dia masih belum sedar yang aku pujuk dia.
Aku pun sedar sesuatu. Kemesraan antara kami kini sudah janggal dan jauh sehinggakan Nisa tak sedar aku sedang pujuk dia tadi.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...