Part 40

3.5K 186 4
                                    

"Nisa minta maaf." Katanya dan terus bangun. Mengambil tualanya dan terus masuk ke bilik air.

Kini Nisa tidak lagi macam dulu. Setiap kali dia bangun, dia akan minta maaf. Aku pun tak faham kenapa dia minta maaf. Yang aku sedar, kalau dia bangun tanpa memelukku. maka tiada kata maaf yang diucapkan.

Sebab dia peluk aku sewaktu tidur? Kerana itukah kata maaf itu diucapkan? Bukankah selama ini pun dia memang tidur memelukku? Dia hanya lena tidur andai dia memelukku? Jadi untuk apa kata maaf itu?

Walaupun tangan dan kakiku cedera pun, dia tetap tidur memeluk aku. Kenapa sekarang perlu minta maaf. Aku tak pernah kisah andai dia memelukku sekalipun menciumiku seperti selalu. Tapi bila setiap kali dia meminta maaf, aku jadi hairan.

Tapi itu semua tidak pernah aku suarakan. Dia pun tidak pernah mahu cerita. Aku anggap benda ini tiada isu antara kami.

Nisa sudah selesai mandi. Siap berpakaian. Ini juga tabiat barunya. Mandi dan terus menyarung pakaian. Tidak seperti selalunya. Selamba menyalin pakaiannya dihadapanku tanpa segan dan malu. Aku pun sudah lama tidak melihat Nisa yang tiada segan dan malu dihadapanku. Nisa ini berlainan. Tidak mahu bertentang mata denganku. Tidak mahu memelukku. Apatah lagi menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri kepada suaminya.

Sekali lagi, aku tidak suarakan malahan aku sendiri tidak pernah meminta. Aku rasa dia belum bersedia. Aku rasa dia masih lagi ngilu kerana aku pernah nampak dia menahan rasa kesakitan sambil memegang perutnya. Bukan kerana dia sakit perut tapi kerana sakitnya saat keguguran itu.

"Nisa nak pergi jumpa Kak Fina hari ni." Katanya.

Aku angguk.

Satu lagi. Dia bukan minta izinku tapi memberitahuku. Itu juga yang terjadi sekarang ni. Hampir setiap hari dia akan berjumpa dengan Fina. Aku tiada masa untuk temankan dia seperti selalu. Aku terpaksa menyemak semula kerja-kerja yang ditinggalkan Nisa bila dia putuskan untuk tidak membantuku dipejabat.

Aku kesian padanya setiap kali balik dari pejabat sewaktu keuzuran aku. Balik dari pejabat, kepenatan dan keletihan. Jadi bila aku sudah berupaya untuk masuk ke pejabat, dia pula menyatakan untuk tidak lagi ke pejabat. Aku terus setuju. Aku rasa biarlah dia rehat. Aku tak sanggup melihat wajah letihnya. Hati aku akan memarahi diriku sendiri kerana membiarkan isteri aku kepenatan melakukan kerja-kerjaku.

Nisa sudah keluar dari bilik. Turun. mungkin untuk menyediakan sarapan kerana dia tidak boleh solat. Aku tarik nafas dalam bila dia sudah keluar. Aku bangun dari tidurku. Nisa selalu dulukan aku untuk mandi dan menunaikan kewajipanku bila dia tidak boleh untuk solat. Bagaimana pun keadaannya, aku mesti dia dulukan. Kini, solat jemaah denganku pun tidak.

Mana nak berjemaah bila aku balik, dia masih diluar. Sibuk dengan dunianya. Aku usai Isyak, baru nampak batang hidungnya. Subuh pula, dia solat dulu. Lepas tu, turun untuk buat sarapan. Mami pun hairan kenapa dia rajin sangat ke dapur sedangkan dulu selagi aku tak turun, selagi itulah dia tak akan turun. Mami pun dah naik hairan kerana dia keluar dan akan balik bila malam.

Mami tak bising tapi Mami hairan. Kenapa?

Jangan kata Mami, aku pun hairan. Nak tanya, tak sampai hati. Aku pun tak nak bergaduh dengan dia. Tak tanya, aku pula yang terasa dipinggiran ni.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now