Aku memerhatikan Sufi Asfa yang sedang bermain dengan kawannya. Sufi Asfa kini sudah pandai bergaul dengan rakan-rakannya. Tak kira disekolah atau ditaman permainan.
Sejak aku tahu masalah anak aku ini, aku putuskan untuk tidak lagi bekerja. Sementaralah doktor juga mengesahkan aku sudah hamil. Atas dua alasan kukuh itu, Ilyana dinaikkan pangkat ke Pengurus Pemasaran. Aku tekad untuk tidak lagi bekerja. Semua untuk anak dan suamiku.
Lagipun, aku bukan kerja sebab nak kerja tapi sebab nak rapat dengan Iwan saja. Sekarangkan dah rapat. Kalau tak rapat, takkanlah sampai ada yang dalam perut ni.
Aku senyum.
"Umi. Jom balik. Sufi rindu adik." Kata Sufi Asfa.
"Dah puas main ke? Nanti dekat rumah tak boleh main. Kena jaga adik." Tanyaku.
"Dah." Ringkas saja jawapannya sambil mengusap perutku yang sememangnya boyot.
Aku senyum saja. Berjalan perlahan sambil dipimpin oleh anak bujangku. Badannya besar buatkan dia nampak lebih tua dari usianya. Tapi sudah makin susut. Iwan kata, lelaki kalau badan besar tak kacak. Tu yang sekarang dia sudah pandai kawal makannya.
Sampai saja diperkarangan rumah, terus dia keluar tanpa menunggu aku. Berlari masuk ke dalam rumah. Aku panggil dia semula. Dia sengih dan sekali lagi memimpin aku keluar dari kereta. Saja nak manja dengan anak sendiri. Padahal boleh saja bangun.
"Adik." Jerit Sufi.
Dia memimpin aku sampai ke sofa dan pantas naik ke atas. Seketika kemudian, dia sudah memimpin seorang budak perempuan berusia 11 bulan turun ke bawah. Aku biarkan saja. Iwan kata, anak jangan terlampau dikongkong untuk buat apa pun yang dia suka. Kalau kata dia buat salah, dia akan ingat dan tau kesalahannya. Baru dia akan belajar.
Sufiah Aulia bersahaja saja mengikut abangnya turun kebawah. Sufi Asfa pernah memimpin Sufiah Aulia berjalan dan adiknya jatuh. Sejak itu, dia sangat berhati-hati. Bukan kerana takut kami marah tapi kerana kasihnya pada adiknya.
Mereka datang dekat denganku. Sufi Asfa mendukung Sufiah Aulia untuk duduk disebelah kiriku manakala dia duduk disebelah kananku.
"Assalamualaikum." Suara Iwan memberi salam.
"Abi." Sufi Asfa sudah berlari mendapatkan Iwan.
Iwan memberinya sebuah kucupan didahi. Sufiah Aulia sudah berdiri minta didukung. Anak abi tu memang pantang nampak abi. Pasti nak berdukung saja. Beza perangainya dengan Sufi Asfa yang lebih suka lepas bebas.
Iwan menghampiri aku. Dia juga mengucup aku didahi. Mengangkat Sufiah Aulia dan duduk disebelahku. Tangannya sudah memegang perutku. Anak ketiga kami. Sudah 5 bulan.
"Habib okey hari ni?" Tanyaku.
"Okey."
"Tak muntah?"
Dia geleng.
Aku senyum.
Mengandungkan Sufiah Aulia sangat mencabar. Aku dan Iwan mengalami muntah-muntah yang teruk. Paling teruk adalah Iwan. Sehingga kandungan aku berusia 7 bulan, baru muntah-muntah dan morning sickness kami reda. Tapi tetap Iwan mengalami muntah-muntah sehingga aku bersalinkan Sufiah Aulia.
Kandungan yang ketiga ni, lain pula jadinya. Selepas aku mengalami muntah-muntah. Dia pula yang sambung. Tapi tak seteruk sewaktu Sufiah Aulia yang mana terpaksa meminta tolong Abang Ngah Hairil bila ada meeting yang Iwan tak boleh pergi dan staff yang lain juga tak boleh nak gantikannya.
Kali ni lebih aman dan tenang. Tiada sengketa. Tiada pertelingkahan. Semuanya baik-baik belaka. Insya Allah, tiada apa yang mengganggu hubungan kami lagi.
"Khayla okey hari ni? Baby? Anak-anak?" Tanyanya.
"Semua okey. Tadi cikgu Sufi kata, bulan depan Sufi ada persembahan. Sufi jadi watak utama. Dia yang direct kawan-kawan dia untuk berlakon." Aduku.
"Oh iya?" Iwan memandang Sufi Asfa. Sufi Asfa menyorokkan wajahnya disebalik perutku. Malulah tu.
"Anak abi direct cerita apa? Best tak ni?" Tanya Iwan sambil mengusap kepala Sufi Asfa.
"Cerita tentang Khalifah Umar masuk Islam. Bukan Sufi direct. Cikgu yang arah. Sufi cuma suruh kawan-kawan ikut saja. Sufi ajar macam mana nak bawa watak saja." Katanya.
Aku gelak. Pandainyalah dia nak ajar orang bawa watak. Tengok TV pun jarang, entah bila dia belajar macam mana nak berlakon. Hairan pula aku budak ni.
"Pandai ke Sufi nak ajar tu?"
"Pandailah. Abi selalu ajar macam mana nak berlakon."
Aku kerut dahi.
Bila pula Iwan ajar dia berlakon? Aku pandang mukanya. Dia sengih saja.
"Umi nak tahu, setiap malam, abi kemas rumah. Cuci tandas. Kemas dapur. Lepas tu, abi masak sarapan. Dah tu, abi masuk bilik dan pura-pura tidur. Sebenarnya abi dah bangun awal. Abi kata, abi berlakon macam mana nak buat tu semua. Dan abi kata jadi lelaki kena pandai berlakon. So, nanti umi suka. Tak payah kemas rumah sangat sebab rumah dah kemas. Tak payah cuci toilet sebab toilet dah bersih. Tak payah umi nak masak sebab makanan dah siap." Bisik Sufi Asfa.
Aku pandang dia. Dia buat tak tahu je. Aku cium pipinya sebelum ke bibirnya.
"Terima kasih." Ucapku.
Air mataku mengalir.
Sungguh suamiku pandai berlakon. Aku ingatkan semua tu Mami yang buat. Aku rasa bersalah dengan Mami. Mami terpaksa buat semua benda tu sewaktu aku sedang sibuk uruskan anak-anak dan diri aku. Rupanya, suami aku sendiri yang buat.
"Kenapa?" Tanyanya sambil mengesat airmataku.
"Sufi kata semua ni habib yang buat. Terima kasih senangkan kerja khayla dan Mami dekat dalam rumah ni." Kataku. Aku kucup pipinya lagi. Dia senyum saja.
Kadang-kadang aku terpaksa setuju bila orang cakap, lelaki kalau dah sayangkan kita, dia akan buat apa saja untuk kita. Walaupun dia tak cakap tapi dia akan buat tanpa kita sedar kebaikan itu untuk diri kita.
Terima kasih kepada semua lelaki yang menyayangi wanitanya sepenuh hati. Yang sanggup korbankan diri hanya untuk melihat wanitanya tersenyum.
Aku beruntung kerana dapat lelaki yang sanggup terima aku seadanya aku. Yang sanggup berkorban apa saja untuk aku. Yang sanggup maafkan aku walaupun aku bukan saja menghiris hatinya malah maruahnya.
Lelaki ini adalah suamiku. Cinta hati dan jantungku. Tanpanya, susah untuk aku bernafas dan dengannya juga nafasku sesak. Sesak dengan cintanya.
Terima kasih habib buat khayla rasa tenang dan senang.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...