Aku sedang dalam perbincangan santai dengan seorang rakan sekerjaku. Kami bersama mewakili syarikat yang bergabung untuk satu project binaan rumah kos rendah di kawasan kampung yang sedang membangun.
Kami beli tanah lot banglo dan menjadikan tanah lot banglo kepada rumah-rumah deret. Setiap satu tanah lot yang kami beli boleh membuat 4-6 buah rumah. Rumah itu pula bukan untuk dijual tapi disewa. Entah mana Iwan dapat idea ini, aku pun tak tahu. Selalunya dia beli syarikat kecil dan menaikkan nama syarikat itu untuk dijual pada harga lebih tinggi. Untuk syarikat yang ada potensi besar, dia hanya menjual sebahagian saham untuk dia terus menjadi peneraju syarikat tersebut. Dan syarikat kecil yang dibeli pula adalah syarikat product makanan, industri kecil dan sederhana. Tapi project ini telah meletakkan dia menceburi bidang hartanah.
Baguslah.
"Jadi Puan Nisa, so far, ada apa lagi nak ditambah?" Tanyanya berkenaan pelan lantai yang telah dilakarkannya.
Aku geleng.
"Kalau macam tu, saya balik dulu. Benda ni harus disubmit pada arkitek dan engineer untuk tindakan selanjutnya." Kata Kim atau namanya Hakimah.
Aku angguk.
Dia bangun. Aku turut bangun tapi tak berniat nak tinggalkan perkarangan kafe terus macam Kim. Aku mahu rehat sebentar sebelum balik ke pejabat. Mungkin terus pulang ke rumah memandangkan jam sudah menganjak ke pukul 3.50 petang.
Minda tiba-tiba teringat pada suami tercinta. Sejak akhir ini, kurang dah perangainya yang suka menyakitkan hati aku. Dia dah mula terima aku agaknya. Dan maafkan aku, mungkin. Atau mungkin dah penat agaknya nak marah aku. Marah pun marah lah. Janji buka saja mata, boleh nampak muka dia. Sebelum tidur, boleh pandang dia. Walaupun hanya belakangnya saja. Tak apa.
Sedang aku rehatkan minda dan badan, aku nampak Iwan baru keluar dari lif hotel. Aku senyum. Aku bangun ingin berjalan bertemu dengannya tapi tak semana aku nampak seorang perempuan berjalan dibelakangnya. Perempuan itu aku kenal. Perempuan yang pernah datang ke rumah Iwan sewaktu Mami mengerjakan Umrah.
Kaku kakiku disitu. Seketika. Kemudian, akal warasku memberi arahan untuk aku segera beredar dari situ. Segera tanganku mengikut kata akal untuk kemas barang-barangku. Lantas kakiku pula mengambil tugas untuk melangkah keluar dari situ.
Mujur makan buffet. Dah siap bayar sebelum makan. Jadi tiada halangan untuk aku segera keluar dari sini. Aku tak nak Iwan nampak aku. Aku tak tahu kenapa tapi aku seboleh mungkin tak nak dia tahu aku ada disini.
Buk!
Dalam kekecohan aku untuk melangkah keluar dari perkarangan hotel itu, aku terlanggar seseorang. Dia segera memegang dan merangkul tanganku agar aku tidak terjatuh. Mujur, kalau tidak, pasti menarik lebih ramai orang untuk melihat.
"Nisa. Are you okey?" Tanya suara itu.
Aku lihat Nas sedang erat memegang tanganku. Baru saja aku nak betulkan kedudukan aku untuk berdiri stabil, Iwan sudah muncul dihadapan mataku.
"Nisa." Panggilnya.
Aku segera beredar. Aku tak nak kejadian lama berulang lagi. Aku tak nak dia lafazkan sesuatu yang aku tak nak dengar lagi. Aku kena segera pergi. Jangan hiraukan keadaan sekelilling.
Aku masuk ke kereta dan terus menghidupkan enjin kereta. Aku tak nak bertangguh. Aku nak segera pergi dari sini. Aku tak nak diceraikan sekali lagi dek kerana salah faham Iwan. Aku tak nak. Kalau aku salah, ceraikan aku kerana kesalahanku bukan kerana salah faham. Aku tak rela diri diceraikan kerana salah faham. Sebab aku tak bersalah.
Hati aku tak tenang. Teringat yang tadi Iwan keluar ke lobi hotel dengan seorang perempuan. Aku lupa nama perempuan itu tapi mereka pernah menjalinkan hubungan sewaktu aku masih tunangan Iwan. Kerisauan itu timbul lagi.
Pasti Iwan sedang menjalinkan hubungan dengan perempuan tu. Tentu Iwan mencari pengganti aku. Tentu Iwan aku ceraikan aku sebab kes tadi. Kes tadi akan buatkan dia ada alasan kukuh untuk diberikan kepada Mami kenapa perlu ceraikan aku. Dan seterusnya dia akan berkahwin dengan perempuan tu.
Aku tak nak berpisah dengan Iwan. Aku tak nak.
Air mataku mengalir. Aku tak boleh bercerai dengan Iwan. Kalau Iwan masih nak ceraikan aku, aku akan bawa lari Sufi Asfa dan tak beri dia peluang untuk berjumpa dengan Sufi Asfa. Aku bawa Sufi Asfa jauh dari sini.
Tapi mami? Kesian Mami. Sufi Asfa adalah penghibur Mami.
Kalau aku dan Iwan bercerai, mestilah Sufi Asfa akan menjadi rebutan. Iwan akan buat apa saja untuk Mami. Itu aku tahu. Kalau kes ini dibawa ke mahkamah, tentu saja dia senang untuk menang kerana dia pasti gunakan alasan dia ada sebuah keluarga yang sempurna untuk jaga Sufi Asfa. Dia akan gunakan perkahwinan barunya sebagai alasan kukuh yang memihak kepadanya.
Tidak. Sufi Asfa anak aku. Aku tak boleh bercerai dengan Iwan. Sufi Asfa tak boleh jauh dari aku dan Mami. Tak boleh.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...