Dua tiga bulan ni, aku nampak Nisa lain sikit. Kelakuan dia dah sedikit pelik. Pergi pejabat pun adakalanya tidak mahu pergi denganku. Selalu tak mahu ke pejabat tapi Mami kata dia keluar. Walaupun tak menjejaskan hubungan kami tapi aku rasa pelik.
Pembawakan budak?
Hari ni pun sama. Aku terpaksa makan sendiri. Katanya tak sihat. Badannya rasa sakit. Aku suruh dia duduk saja dirumah. Tadi, dia call bagitahu dia nak keluar sekejap. Cari barang. Aku izinkan saja. Ada aku pelawa untuk temankan dia tapi dia terus berubah angin. Marahkan aku kerana meragui dia. Aku pun tak nak gaduh, aku biarkan saja.
"Makan seorang lagi lah kau Iwan. Nak makan kat mana ni? Makan dekat Pakli lah. Cepat sikit." Putusku.
Aku memandu menuju ke Pakli Bukit Tinggi. Waktu ini tidaklah ramai orang. Lagipun, aku tak kisah kalau ramai orang. Kedai ini selalu pantas perkhidmatannya. Walaupun ramai orang. Sebab tu aku suka ke sini.
Aku pilih untuk duduk santai diluar. Menghirup udara luar. Cemuih dah duduk dalam aircond. Aku mengambil menu dan menulis pesananku didalam order form yang disediakan diatas meja. Setelah itu, aku hantar ke kaunter yang hanya dibelakangku.
Air barli limau aku sampai. Aku hirup sikit. Aku kacau lagi agar aisnya rata sehingga ke bawah. Setelah itu aku hirup lagi. Aku lihat sekelilingku. Meja banyak kosong. Cuaca pun redup. Tak berapa panas walaupun bahang tengahari masih terasa. Bila katong laksaku sampai, terus saja aku menikmatinya.
Sesekali aku tersenyum bila teringatkan gelagat Nisa. Nisa yang comel dan manja dimataku. Tetap cantik dan menawan walaupun dia berbadan besar. Celotehnya tetap mampu mengundang senyum dibibirku. Aku rindu Nisa saat itu.
"Alhamdulillah." Ucapku setelah habis semangkuk katong laksa dan segelas barli limau ais.
Aku minta budak kaunter untuk keluarkan resit. Aku bayar dulu. Tapi masih dalam mood nak melepak lagi disini. Bayar siap-siap. Senang. Nanti terus bangun saja. Tak payah nak tunggu lagi untuk buat pembayaran.
Sedang aku duduk santai, aku pandang ke belakang bila terdengar bunyi bising dikaunter. Suara seorang perempuan mengesa supaya budak kaunter itu cepat untuk keluarkan bil. Aku ingin memandang kearah diara itu. Tapi mataku terpandang satu pasangan yang sedang menuju keluar dari kedai ini. Si lelaki sedang erat memeluk si perempuan. Si perempuan pula begitu erat memegang lengan lelaki tersebut.
Nisa.
Segera aku bangun. Hati aku terbakar. Terasa dikhianati dan terasa dicurangi untuk sekian kalinya. Terasa aku ni bodoh kerana terus menerus memberi kepercayaan kepadanya dan menyayangi dan mencintainya tanpa syarat.
Aku dekati mereka. Nisa sudah memandang aku dengan perasaan bersalah. Mereka berhenti betul-betul dihadapanku. Sedas penumbuk aku berikan kepada lelaki itu. Lelaki itu terdorong kebelakang.
"Habib" Jerit Nisa. Tanganku hampir saja menampar pipi gebu itu tapi aku tahan.
"Jangan panggil aku dengan gelaran itu. Kau tak layak. Aku beri kau kepercayaan aku, cinta dan sayang aku. Ini kau balas?" Kataku.
"Nisa Ul Husna, aku, Izwanshah Hazriq ceraikan kau dengan talak satu." Aku lafazkan juga kata itu walau hati aku separuh hati merelakan. Aku tak mahu terus dikhianati dan terus-terusan menjadi suami yang dayus. Kalau dulu aku boleh bertahan kerana sikap Nisa sendiri yang memang terang-terangan menolak aku. Kini bila dia bermuka-muka, aku rasakan aku begitu bodoh dan diperbodohkan.
"Habib." Jerti Nisa.
Aku tidak endahkan. Aku biarkan jeritan itu. Hati aku yang terluka sudah hancur. Sudah seperti tidak mampu lagi untuk dicantum. Seperti sudah menjadi debu. Tidak mungkin bersatu kembali.
Aku masuk ke dalam kereta. Air mata yang aku tahan tadi, aku hembuskan keluar. Aku lepaskan. Tanganku kuat aku pegang stering keretaku.
"Arh!!!" Aku menjerit bagi melepaskan rasa sedih didalam hati. Namun dia masih disitu. Tanganku sudah mengetuk-ngetuk stering keretaku dengan harapan agar rasa sakit itu keluar tapi tetap juga dia disitu.
Tok tok
"Habib" Nisa memanggilku sambil mengetuk cermin keretaku.
Segera aku kunci keretaku bila tangan Nisa sudah hendak membuka pintu keretaku. Aku hidupkan engin kereta dan terus masuk gear untuk jauh darinya. Sedikit pun aku tak hiraukan dia yang sedang sarat mengandungkan zuriatku.
'Anak itu zuriatku kah?'
Hatiku sudah mula mendengar bisikan si syaitan durjana. Aku mula meragui benih yang tertanam didalam rahim Nisa. Aku mula mempersoalkan kesucian isteriku.
Bukan. Dia bekas isteriku. Aku sudah ceraikan dia tadi. Dia sudah tiada kena mengena denganku. Dia bukan sesiapa pun dengan aku. AKu dah tak perlukan dia seperti mana dia tak perlukan aku.
Sekali lagi air mataku mengalir. Aku kesat kerana air mata itu mula mengganggu pemandanganku.
Pittttt!!!
Adui. Allah. Lailahaillah.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...