Sudah dua bulan, Iwan dibawa ke rumah mama dan abah. Lebih mudah untuk dijaga kerana rumah abah dan mama ada bilik dibawah sedangkan bilik dibawah dirumah Mami hanyalah sebuah bilik stor yang kecil.
Setiap hari Mami datang menjengah Iwan. Pagi ke malam. Aku pula terpaksa pergi ke pejabat untuk menggantikan tempat Iwan sementara dia masih tidak mampu untuk bergerak. Tapi kini, Iwan sudah mampu bangun dan berjalan menggunakan tongkat. Simen yang membalut kakinya juga sudah dibuka.
"Seminggu dua lagi, bolehlah habib pergi pejabat, ya? Lega rasanya tak perlu uruskan pejabat." Kataku.
Aku terasa terbeban dengan semua kerja-kerja Iwan. Walaupun aku sudah terbiasa dengan kerja-kerjanya kerana aku PA dia. Tapi bila diri sendiri duduk ditempatnya barulah tahu betapa besar dan berat tanggungjawab yang dipikulnya. Setiap keputusan perlu memikirkan dari hal reputasi syarikat, untung rugi syarikat, tentang keupayaan pekerja dan segala macam perkara.
Walaupun semua keputusan aku rujuk kembali pada Iwan tapi masih juga aku yang kena menghadapinya. Penat tak payah cakap. Rasa, bila balik saja, nak tidur. Tak nak fikir apa-apa. Nak tidur dan rehat. Terlintas difikiran aku. Macam mana Iwan balik dan masih boleh melayan kerenah aku? Bukan. Macam mana Iwan masih boleh tersenyum dan melayan kerenah aku setiap masa terutama sewaktu aku mengandung?
Alah bisa tegal biasa.
"Kenapa?" Tanyanya pula.
"Nisa lebih rela uruskan habib. Walaupun habib ni cerewet tapi itu lebih mudah berbanding jadi Pengarah Urusan syarikat. Kalau tak sebab syarikat tu habib punya, dah lama Nisa hand over pada orang lain." Kataku.
Dia hanya senyum.
Sejak kemalangan itu, hubungan aku dan dia makin hambar. Dia lebih suka diam dan menyendiri. Tambahan aku juga balik ke rumah dan keletihan. Hari minggu pula aku habiskan dengan membuat kerja-kerja pembersihan. Sungguh pun aku bercakap dengan dia pun. Dia sama ada dengar dan angguk atau bercakap bila penting dan perlu. Tiada lagi gurau senda diantara kami. Lagi.
Aku malas nak tanya akan perubahan dia tu. Tak luak pun kalau dia jadi begitu. Yang penting, dia selamat dan ada disisiku. Yang lain-lain, biarkan dulu. Aku tak mahu fikir semuanya serentak. Aku takut aku yang tumbang.
Perasaan sedih kehilangan anak aku dah ikat tepi. Aku simpan dalam almari. Kuncinya aku dah buang. Biarkan dia disitu. Tumpuan aku pada Iwan, termasuk hal syarikat kerana syarikat itu, syarikat yang Iwan bina dengan hasil titik peluhnya.
Aktiviti fotografi aku juga sudah aku simpan ke dalam almari. Tunggu Iwan dah kembali sihat. Biarlah kalaupun berhabuk sebab aku yakin, skill yang ada tak mudah lenyap. Pasti boleh digunakan dengan baik.
"Nisa, saya ingat nak balik rumah Mami. Saya pun dah boleh berjalan ni. Dah boleh naik turun tangga. Tak sampai hati nak susahkan mama dan abah. Mereka orang berbusines, pasti leceh dioang nak bergerak bila saya disini." Dia bersuara setelah seketika antara kami sunyi.
Alah, sunyi ini biasa dah dalam kehidupan kami kini. Apa yang nak dipelikkan.
Yang pelik adalah kini, dia tidak lagi memanggil aku khayla seperti selalu. Dia juga dah tak bahasakan dirinya habib. Suatu ganti nama yang tak pernah wujud antara kami dulu, saya-awak. Yerk. Aku masih boleh terima bila dia panggil aku nisa dan bahsa diri dia abang macam satu masa dulu. Saya-awak atau saya-Nisa. Tak boleh terima langsung.
"Habib nak balik bila?" Tanyaku mengabaikan rasa pelik itu.
"Esok." Jawabnya ringkas. Aku angguk dan kemudian kami jadi sunyi.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...