Part 50

3.8K 167 5
                                    

"Habib, tak nak tanya khayla apa-apa?" Tanya Nisa selepas kami selesai solat Isyak.

"Nak tanya apa?" Tanyaku kembali.

"Habib tak nak tanya apa yang berlaku sehingga kita boleh jadi begitu?" Tanyanya semula.

Sudah sebulan kami berbaik semula. Tidak pernah isu itu aku bangkitkan apatah lagi ingin bertanya. Aku rasakan yang apa juga yang terjadi antara kami, biarlah menjadi lipatan sejarah yang tidak ingin aku ingatkan semula. Peritnya biar disimpan tanpa perlu dikenang. Aku bahagia kini. Itu yang paling penting.

"Kena ke untuk tahu?" Aku memulangkan kembali soalan untuknya.

Dia angguk.

"Then, cerita saja apa yang khayla mahu ceritakan." Putusku.

Aku lihat dia tarik nafas dalam. Sedalamnya. Seakan perkara itu terlalu berat untuknya. Aku biarkan dia seketika. Lama dia berjeda.

"Ya khayla, kalau benda itu terlalu berat. Biarkan saja ianya menjadi satu cerita dalam lipatan kenangan dalam hubungan kita. Tak perlu untuk dibangkitkan apatah lagi untuk membuka kembali luka lama." Kataku.

Dia senyum. Dia duduk dihadapanku. Lutut bertemu lutut. Tangannya kini diwajahku. Sebuah kucupan hinggap dibibirku. Perkara baru yang dia rajin lakukan kini. Aku tak kisah. Aku suka dan aku gembira. Dia makin pandai menunjukkan rasa cintanya kepadaku. Dan aku tahu, dia makin mencintaiku dan mempercayaiku.

"Tapi habib kena tahu." Katanya.

Aku pandangnya lama. Membalas senyuman yang dia kirimkan. Dia menggenggam jemariku. Aku rasa sebuah tenaga sedang disalurkannya kepadaku. Tenaga itu membuatkan aku menumpukan perhatianku kepadanya.

"Khayla tak kenal siapa lelaki itu. Khayla cuma tahu yang namanya Nazs. Siapa dia dan apa pekerjaannya, semuanya khayla tak tahu. Masa tu khayla tahu cinta dan sayang khayla hanya untuk habib tapi entah kenapa khayla tertarik padanya. Khayla yang memulakan langkah untuk berkenalan dengannya dan rapat dengannya. Khayla minta maaf." Katanya.

Aku cuba untuk mensabarkan diriku. Aku tak sangka. Selama ini aku bertahan kerana yakin dan percaya kata Umar Khalif. Katanya itu bukan diri Nisa yang sebenar. Namun, dengan pengakuannya ini buatkan aku mula mencurigai apa yang diperkatakan oleh Umar Khalif itu.

"Bila dengan dia, khayla rasa seronok dan bahagia. Bila dengan habib, perasaan tu tiada. Namun, habib kena tahu satu perkara. Khayla bukan buang habib. Cinta dan sayang khayla pada habib masih utuh tapi khayla sendiri tidak tahu kenapa perasaan kosong itu wujud bila berhadapan dengan habib. Sehingga saat habib sepak khayla. Waktu itu, segala kewarasan minda khayla hadir. Khayla terus tersedar. Semua perasaan khayla kepada dia, terus hilang. Langsung tiada. Yang ada cuma perasaan khayla pada habib saja. Perasaan cinta dan rasa bersalah. Khayla keluar dari rumah bukan kerana marahkan habib tapi khayla malu nak berhadapan dengan habib lagi. Bila habib terima khayla semula, khayla tukar nombor telefon agar dia tidak mencari khayla. Dan sebagai tanda yang khayla tidak lagi mahu berjumpa dengan dia." Sambungnya.

"Semuanya bermula sewaktu habib tolak permintaan khayla untuk bermesra dengan habib. Masa tu khayla macam dirasuk oleh sesuatu. Khayla tahu waktu itu adalah haram untuk kita bermesra tapi entah kenapa khayla begitu berkeinginan. Bila habib tolak sekerasnya, khayla rasa habib sudah tidak perlukan khayla. Habib tidak sayangkan khayla." Sambungnya lagi.

"Khayla tahukan yang sayang habib pada khayla sejak pertama kali habib nampak khayla lagi. Cumanya habib tak perasan perasaan yang timbul. Malam itu memang haram untuk kita berjimak. Hukum Allah tetap hukum. Sebagai hamba-Nya, kita kena patuhi." Aku cuba untuk terangkan padanya keadaan ketika itu.

"Khayla tahu. Khayla sedar tentang itu. Tapi bermula dari itulah perasaan kosong itu wujud dan mula mencari lain. Walaupun masa tu khayla rasa gembira dengan dia tapi khayla tahu satu perkara, habib tetap nombor 1 dalam hati khayla. Dia tiada makna langsung dalam hati khayla. Entahlah habib. Khayla tak tahu macam mana nak terangkan tapi itulah yang terjadi. Adakala khayla rasa macam ada orang lain sedang mengusai diri khyala. Khayla jadi keliru dan kerana itu khayla terlepas kemarahan pada diri sendiri kepada mami, mama, abah, abang ngah dan paling teruk kena habib. Khayla minta maaf banyak-banyak." Katanya. Air matanya mengalir deras tanpa bunyi esakan yang kuat. Dia sudah tunduk mencium tanganku.

Aku kesiankan dia yang sedang tertunduk begitu. Pasti sakit pinggangnya nanti. Aku pegang kedua-dua bahunya dan mengangkat tubuhnya untuk duduk tegak. Dia dalam keadaan kekesalan yang teramat. Masih mahu menundukkan kepalanya. Lantas aku bawa dia untuk baring. Aku turut baring disisinya. Dia bangun dan memelukku erat. Tangisannya sudah mula kedengaran. Lama dia menangis diatas dadaku.

"Khayla sedih dan selalu menangis bila berkasar dengan habib dan mami tapi bila berhadapan, perasaan kosong itu bertukar jadi menyampah. Khayla jadi menyampah sebab habib tak pernah halang khayla pergi jumpa dia. Habib tak pernah nak pertahankan apa yang menjadi hak habib. Habib masih berlagak cool. Khayla menyampah betul. Kerana itulah hubungan yang sekadar kawan bertukar menjadi pasangan kekasih yang mesra. Masa tu khayla rasa bersalah sangat dengan habib. Khayla tahu khayla curang dan nusyuz. Tapi perasaan khayla masa tu tak boleh nak dibendung. Khayla makin gembira bila dengan dia dan makin benci bila nampak habib sebab habib seakan menjadi penghalang hubungan kami." Dia menarik nafasnya panjang sebelum menyambung.

"Tapi, kalau khayla cakap saat itu sebenarnya khayla rasa kosong dengan dia. Perasaan gembira itu hanya bila dengan dia. Selepas itu, perasaan tu tak ada. Hilang. Habib percaya? Bila dengan habib walaupun khayla marah tapi rasa cinta yang memang ada untuk habib makin mekar. Melihat kesungguhan habib mempertahankan khayla depan mama, abah dan abang ngah. Melihat sabarnya habib menghadapi khayla yang nusyuz. Semua tu buatkan khayla makin mempercayai cinta habib pada khayla. Dalam masa yang sama, khayla juga tak dapat nak bendung perasaan benci pada habib." Dia menyambung lagi. Tangannya sedang menari-nari didadaku.

"Habib percaya. Buktinya sekarang ni. Khayla makin manja dan makin pandai nak express kan feeling. Impress betul. Habib love it. Habib like it so much." Aku bangun dengan perlahan sehingga Nisa baring disebelah. Aku mengiring dan menongkat kepalaku dengan tanganku. Nisa bangun sedikit dan mencium bibirku.

"Macam ni?" Tanyanya.

Aku senyum. Aku pejamkan mataku. Aku angguk.

Sekali lagi aku dapat rasakan dia mencium bibirku. Aku buka mataku. Kini mata kami bertentangan dengan jarak setapak tangan. Dia senyum kearahku. Sekali lagi dia mengucup bibirku. Aku tak dapat tahan diri dari ketawa bila dia terus bangun dari katil dengan wajah malunya. Mujur kulitnya tak cerah, kalau tidak, pasti sudah kemerahan.

"Khayla nak pergi mana tu?" Tanyaku bila dia menuju kearah pintu.

"Lari dari habib yang mula nak mengatal." Jawabnya dan keluar dari bilik. Aku ketawa.

Aku biarkan dia pergi. Aku mula memikirkan kembali apa yang diceritakan Nisa kepadaku tadi. Aku selak kembali lembaran lama yang aku sudah lupakan.

Selepas kejadian malam tu, aku memang abaikan dia. Tidak bertegur sapa dengannya. Pergi ke kenduri rumah kak Nita pun sendiri-sendiri. Aku tak tunggu dia apatah lagi nak menemani dia menyelesaikan tugasannya.

Bila kami masuk bekerja pada hari Isninnya, aku masih dengan mood marahku. Aku biarkan dia pergi sendiri. Aku tak tunggu dia. Sarapan yang dia sediakan juga aku tak jamah. Waktu makan juga aku abaikan dia. Entahlah. Aku sebenarnya tunggu dia pujuk tapi dia buat tak reti saja. Akhirnya perkara ini melarat sehingga aku nampak dia dengan lelaki lain.

Rasa bersalah mula menghantuiku. Aku sebenarnya punca keretakan rumahtangga kami. Aku tak sepatutnya melayan rajuk dan marahku. Seharusnya aku tegur dengan berhemah.

Allah, maafkan aku.

Khayla, maafkan habib.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now