Part 35

3.9K 195 7
                                    

"Morning sickness ar, Nisa." Kata Doktor Lau. Doktor yang sentiasa setia merawat aku sekaluarga.

"I'm not pregnant. Macam mana pula morning sickness." Hairan pula aku doktor ni.

Dia pandang aku dengan ekor matanya. Wajahnya masih tunduk menghadap laporan kesihatan aku yang diberikan oleh jururawat yang bersamanya. Dia senyum.

"You tak ada buat pregnancy test ke before?" Tanyanya.

Aku geleng.

"You rasa kenapa you pengsan semalam? Kenapa I tak ada buat x-ray untuk you semalam before you admit?" Tanyanya.

Aku angkat bahu.

"Before ada rasa macam ni ke? Cramps kaki, rasa loya nak muntah, sengal badan etc. ada ke?" Tanyanya.

"Macam ni baru hari ni. Kaki cramps tu biasalah doktor. You juga cakap dulu. Badan I besar. Bila banyak jalan, kaki cepat cramp." Jawabku.

"Rasa loya?" Tanyanya lagi. Aku fikir sejenak. Kemudian aku geleng. Dia sudah angkat wajahnya pandang aku.

"Your husband?" Tanyanya lagi. Aku fikir lagi.

Sejak dua menjak ni memang Iwan rajin muntah. Salah bau je, mulalah dia nak muntah. Pening-pening. Tapi dia memang selalu macam tu. cuma sejak akhir-akhir ni makin kerap dan makin banyak pula list benda yang dia tak boleh bau.

"Adalah tapi itu normal, kan? Ada benda yang dia tak boleh bau." Jawabku.

"Tak kisahlah Itu symptoms, your blood test positive you are pregnant." Kata Doktor Lau.

"Congratulation, Nisa." Ucapnya dan datang dekat dan memelukku.

Dia memberi aku petua untuk menjaga kandunganku. Petua dia mestilah dari istilah perubatan modern bukan yang tradisional yang macam makcik-makcik selalu perturunkan tu.

"Assalamualaikum. Morning, doktor." Iwan masuk dengan wajah cerianya.

Dia balik malam tadi setelah puas aku menghalaunya. Tak nak balik. Takut apa-apa jadi dekat aku. Macam rumah tu jauh sangat dengan hospital. Jalan kaki pun sampai. Belakang rumah je pun hospitalnya. Mengada-ngada.

Tapi tulah. Ia buat aku yang tak boleh tidur. Akhirnya, terpaksa kacau Darwish yang temankan Farina. Sekali kacau Farina. Jadi bahan tu tak payah cakaplah. Aku redha saja. Tapi aku pesan awal-awal dengan diorang, jangan bagitau Iwan. Kalau dia tau, malu setahun weh.

"Morning father-to-be." Balas Doktor Lau.

"Father-to-be doktor? Seriusly?" Tanya Iwan tak percaya. Suaranya teruja dan kuat.

Doktor Lau hanya angguk. Sebuah senyuman gembira dihadiahkannya pada Iwan. Iwan terus meloncat dan dekat dengan aku. Mencium dahiku, pipiku dan bibirku. Puas aku mengelak kerana malu dengan perbuatannya dihadapan Doktor Lau. Dia kemudian terus melangkah keluar. Menjerit memanggil Darwish dan Farina.

"Young boy, you are at the hospital. Behave." Tegur Doktor Lau. Aku ketawa kecil bila dia kena setepek dengan Doktor Lau.

Dia angkat tabik hormat.

"Kenapa weh?"Darwish dah cema bertanya dari pintu ke pintu.

"Nisa mengandung." Katanya dengan suara yang diperlahankan.

"Seriusly?" Darwish turut teruja. Aku senyum saja. Iwan angguk laju.

"Alhamdulillah. Berapa bulan?"  Tanya Darwish lagi.

"Doktor, berapa bulan?" Laungnya perlahan dari pintu.

Doktor Lau hanya angkat jarinya 5. Dia sudah menutup laporan kesihatanku dan menyerahkannya kepada jururawatnya. Dia sudah bersedia untuk keluar.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now