Part 56

3K 156 11
                                    

                 

"Umar" Panggilku.

"Assalamualaikum Uncle." Ucap Umar Khalif dan menyalami tanganku. Dia tunduk hormat mencium tanganku. Budak ni bagus. Pandai kak Nita dan abang Azril didik. Harapnya anak aku nanti pun macam dia.

"Buat apa dekat sini?" Tanyaku bila pelik dia ada dipejabatku.

"Nak jumpa uncle. Kak Nisa mana?" Tanya Umar Khalif.

"Dia tak pergi pejabat. Katanya penat. Preggy's women Umar. Biasalah." Balasku. Menyembunyikan hakikat sebenar.

"Tulah. Nampak perutnya dah besar tapi lupa nak tanya berapa bulan. Berapa bulan dah uncle?" Tanya Umar Khalif.

Aku kerut dahi.

"Dah nak masuk bulan ke-9. Bila masa Umar nampak dia?" Tanyaku.

Betul aku hairan. Nisa tak pernah cakap dia jumpa Umar Khalif dan kami memang tak jumpa lagi Umar Khalif sudah lama. Jadi macam mana Umar Khalif boleh tahu keadaan Nisa?

"Ini lah nak cerita ni. Jom uncle. Kita pergi lunch. Boleh cerita apa yang patut." Ajaknya.

Aku setuju dan mencadangkan untuk ke Kedai Nasi Ayam memandangkan aku memang tengah teringin nak makan disitu.

Umar Khalif naik kereta denganku. Senang sekali pergi saja. Lagipun, aku memang akan balik ke pejabat semula. Baik pergi satu kereta. Mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sampai di Kedai Nasi Ayam itu, kami membuat pesanan dan sambil menunggu makanan, banyak benda yang kami sembangkan. Semuanya berkaitan dengan perniagaan. Umar Khalif walaupun masih mentah tapi sudah menguruskan perniagaan yang besar. Zaz Global bukan nama kecil dalam industri. Mereka bukan hanya terlibat dengan pemasaran online tapi juga hartanah dan jual beli saham syarikat. Sama macam aku. Bezanya, aku beli dan jual tapi mereka beli dan melabur.

Makanya banyak syarikat yang dimiliki oleh mereka. Syarikat-syarikat milik Zaz Global belum lagi ada yang kecundang. Kesemuanya menjadi makin meletup dan sekaligus menaikkan nilai saham syarikat mereka. Aku bangga dengan pencapaian Zaz Global. Aku tahu ini semua hasil titik peluh kak Nita dengan sokongan kuat dari abang Azril. Aku tahu banyak tentang Zaz Global dari Zahran dan media. Rata-rata syarikat di Malaysia, ingin bergabung dengan Zaz Global.

Bila pesanan kami sampai, kami menjamu selera tanpa bunyi. Aku tahu Umar Khalif tak suka bercakap bila makan. Dia sangat menjaga adab ketika makan. Didikan yang kuat itu masih dipegang walaupun sudah besar. Kerana itu aku harap aku boleh didik anak aku menjadi seperti anak-anak kak Nita dan abang Azril.

Tapi adakah aku peluang itu? Anak yang dikandung Nisa itu anak aku kah? Kalau benar anak aku, adakah Nisa akan beri aku peluang untuk mendidiknya seperti mereka? Pasti anakku akan rasa pelik kerana abi dan uminya duduk berasingan.

"Uncle. Umar dan keluarga minta maaf banyak-banyak dengan Uncle. Kami asyik tak sempat dan lupa nak bagitahu Uncle. Kak Nisa minta kami rahsiakan tapi ibu dan ayah kata tak elok untuk perkara ni dirahsiakan. Takut merosakkan hubungan korang" Umar Khalif membuka mukadimah perbualan kami. Tujuan asal dia berjumpa denganku.

"Sebenarnya selama ini, Kak Nisa selalu ke rumah kami. Ada sesuatu yang menimpa kak Nisa. Dah lama. Semenjak hari perkahwinan Kak Mawar dengan abang Ayush dulu." Kata Umar Khalif.

Aku menjadi gabra. Apa yang sudah menimpa Nisa? Kenapa Nisa tak cerita padaku? Kenapa Nisa cerita pada orang luar tapi bukan aku suaminya? Memanglah dia tak cerita padaku. Aku bekas suaminya. Aku pun tak pernah beri dia ruang untuk bercerita tentang dirinya semenjak kami berpisah.

"Sebenarnya, kak Nisa pun tak tahu apa yang dia alami. Kami bukan ubatkan dia tapi kami cuba bantu dia untuk lawan apa yang ada dalam badan dia sekarang secara halus tanpa dia sedar." Kata Umar Khalif. Aku sudah kerutkan dahiku.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now