Part 23

5.6K 277 11
                                    

                 

                 

Hidup aku berlangsung seperti biasa sejak lebih seminggu Nisa tinggalkan aku. Sesekali...

Sesekali?

Ok. Selalu saja aku ingat pada Nisa. menimbulkan rasa rindu. Maklumlah, dia ada sentiasa dimana saja aku berada kecuali dirumah. Makanya dirumah, aku akan tidak rindukan dia.

Tak rindu dekat rumah?

Ok. Sekali lagi pembohongan bila selendang Nisa sentiasa ada temani aku. Macam mana aku tak rindukan dia? Menyesal pula ambil benda ni. Tapi nak pulangkan, sayang pula. Nanti aku terlalu rindu kan dia pula.

Itu baru cerita selendang, belum lagi cerita buku scrap dia yang dah serupa buku kisah dongeng yang perlu aku baca setiap malam sebelum tidur. Kalau tidak, mata aku duk ngelip-ngelip ingat kat dia. Pakaiannya didalam keretaku juga aku bawa naik keatas dan aku gantungkan kemas didalam almari bajuku.

Aku memang super angau.

Aku pandang meja Nisa. Terasa macam dia ada saja disitu. Kalau dia ada, mesti sekarang ni tengah bertekak dengan dia agaknya. Sememangnya bila masuk bab kerja, Nisa ni suka bagi idea dan bila dia bagi idea, aku kena ikut sebab kalau aku membantah, pasti dia akan pertahankan idea dia tu. Sebab tu juga aku suka bekerja dengan Nisa. Walaupun dia sekadar PA tapi dia adalah orang yang paling banyak menyumbang untuk aku menguruskan syarikat dan dia juga mata-mata aku dalam pejabat ini.

Arh!!! Aku rindukan Nisa.

Rasa nak jerit saja. tapi telefon bimbit telah menjerit dulu. Aku lihat jam sebelum melihat gerangan yang membuat panggilan. Pukul 11 pagi. Mami.

"Allah, lupalah Mami. Sorry." Setelah menjawab salam Mami baru aku teringat sesuatu.

Aku ke pejabat hanya untuk menandatangani beberapa cek yang Mai sudah sediakan. Kemudian aku akan balik ke rumah dengan kadar segera kerana hari ini ada majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena Mami nak Umrah hari Khamis nanti. Aku pula kena settlekan hal pejabat sebelum pergi ke Bandung Isnin ni.

Ini Mami dah nak bisinglah tu sebab dah pukul 11, aku masih disini. Siapa nak tolong Mami kemas rumah? Masak tak apa. Katering saja.

Ini semua Nisa punya pasallah ni. Suka buat aku teringat kat dia. Berangan kan dia.

"Dah tu? Cepat sikit balik." Kata Mami.

"Baik" Segera aku matikan talian dan mengemas mejaku.

Sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Mami.

"Ya, Mami, Iwan dah nak keluaq lah ni" Kataku sebaik menjawab panggilan Mami tu.

"Ni, Mami nak pesan, Bawa Nisa mai. Boleh tolong apa yang patut." Kata Mami.

Nisa? Mana nak dapatkan Nisa.

"Nisakan cuti Mami." Kataku.

"Pi lah ambil dia dekat rumah dia. Cepat sikit. Sat lagi tak sempat nak kemas rumah ni." Kata Mami dan terus mematikan talian. Aku garu kepala.

Tang mana nak cekau Nisa. Pagi tadi kereta dia masih tak ada di garaj rumah dia. Sejak Nisa tak ada ni, hari-hari aku lalu depan rumah dia. Tak kisahlah kena bersoal jawab dengan pak guard tu. Lagipun, Pak guard tu sebenarnya dah kenal aku. Tak ada tanya banyak sangat. Sekadar ikut prosedur.

Cakap Mami jangan nak bantah. Pergi saja.

Aku memandu kearah rumah Nisa. Aku tak nampak kereta dia tapi masih lagi nak ikut cakap Mami. Aku tekan loceng rumahnya. Tak lama tu, pintu pagar dibuka.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now