Part 18

5.7K 243 16
                                    

Sabar saja aku dengan abang aku yang seorang ni. Ada ke ajak pergi makan dekat tempat nostalgia katanya. Nostalgia sangat bila tempat ni pernah buat aku malu setahun. Tempat ni dah aku haramkan untuk jejak sejak peristiwa aku terjatuh terjelepuk bila nak bangun keluar dari tempat duduk. Ini semua gara2 kerusi dan meja statik dan rapat. Untuk aku yang badan besar ni, sangat tak selesa. Terpaksa masukkan perut dulu sebelum boleh dudukdengan tegak.

Memanglah seronok duduk disini sebab agak privacy dengan orang lain kerana belakang kerusinya tinggi tapi bila nak bangun dari duduk, aku kena mengeresot dan akhirnya aku terjatuh kerana perut aku tersekat disitu. Sejak itu, aku tak pernah masuk sini sehingga hari ini. Itu pun abang aku yang sewel ni nak sangat makan dekat sini kerana steak dia rare.

Dia senyum tahan gelak tengok aku bersusah payah nak duduk. Bodoh punya abang. Kalau tak sebab dia kempunan dan teringin, memang tak hingin aku teman. Menyusahkan orang. Satu jelingan maut aku hadiahkan kepadanya.

"Shut up!" Aku berinya amaran keras dengan suara perlahan. Di angkat tangan dan buat gaya zip mulutnya.

"Janganlah marah. Anggap saja ni pengorbanan Maksu untuk baby to be." Kata abang Long Hasnul. Aku cebik.

Siapa kata aku anak tunggal? Aku cuma anak tunggal perempuan. Aku ada 2 abang. Abang Long Hasnul dan abang Ngah Hairul. Abang Long Hasnul dah kahwin dan kini menetap di Jepun. Dia belajar disana dan jatuh hati dengan orang sana. Terus buat keputusan nak kahwin dan menetap disana. Ini dia balik seorang kerana mengidam nak makan dekat sini. Isterinya pula ditinggalkan di Jepun kerana masih dalam keadaan berjaga-jaga. Anak pertama selepas 3tahun berkahwin. Rahim masih belum kuat untuk bergerak jauh.

"Husna nak makan apa?" Tanya abang long Hasnul.

"Sizzling black paper steak" Jawabku. Dia kemudian terus memanggil pelayan dan membuat tempahan.

"Lama gila tak datang sini." Ujarnya selepas pelayan itu berlalu.

"Abang Long tu yang lama tak balik." Rungut aku. Aku ni dahlah anak tunggal perempuan dan hidup pun memang gaya tak ada adik beradik.

Abang Ngah Hairul lagi tak boleh pakai. Atleast Abang Long Hasnul tu duduk jauh. Dia setakat JB. Alasannya kerja dengan Singapore tak tentu masa. Alasan semua tu. Langsung tak boleh pakai. Aku pun pernah duduk jauh tapi boleh saja balik seminggu or dua minggu sekali. Mengada-ngada saja tu. malas nak dengar mama bebel suruh dia kahwin. Kalau tak nak kahwin tapi jaga mama dan abah tu, tak apa lah juga. Ini sebab nak hidup bebas tanpa kongkongan. Nyampah gila.

"Busy lah adik. Sekarang ni lagilah tak boleh nak balik. Silap-silap, raya nanti pun tak boleh nak balik. Masa tu Kak long dah sarat." Balasnya.

"Alasan." Protestku.

"Betullah." Tegasnya.

"Abang Long dah berapa lama duduk sana?" Tanyaku.

"7 tahun."

"Berapa kali setahun abang Long balik?"

"2-3 kali."

"Kenapa?"

"Busy"

"Kat sana tak cuti langsung ke? Tak boleh ambil cuti?"

"Boleh."

"Dah, nampak tak tu semua alasan?"

"Husna." Abang Long Hasnul menyebut namaku. Sebelum mengeluh. Dah tahulah tu yang dia tu salah.

Kenapa abang Long Hasnul panggil aku Husna? Entah. Dia seorang saja panggil aku Husna. Yang lain semua panggil aku Nisa. Kalau dalam kad pengenalan tu tulis Nisa' Ul Husna binti Shah Iswandi.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now