"Dude, Nisa memang powerlah weh. Dia sepak Mia sampai lebam pipinya. Nasib baik tak terabur giginya. Memang terbaik. Cakap terima kasih dengan Nisa. Atleast aku tahu seminggu aku bebas dari Mia. Mia tu merimaskan. Suka control aku. Tapi ni selagi lebam dia tak surut, mesti dia tak nak keluar rumah. Tak nak jumpa aku. Makanya aku sangat bebas sekarang. Kau ingat pesan aku tadi, kalau kau dah tak nak dekat Nisa tu, pas dekat aku. Sedap peluk pompuan berisi ni. Mesti aku tak lepas peluk dia siang malam. Pandai Mami kau pilih. Suruh Mami kau pilih untuk aku sama. Weh, kau dengar tak ni?"
Kata-kata Lukman itu masih terngia-ngia ditelinga aku. Kalau dia depan aku, sudah aku ganyam dia. Otak tu kuning sangat. Banyak lemak. Kolestrol. Elok dibuang. Detox semua kekotoran dalam otak dia tu. Sakit hati kita.
Itu belum lagi dengan aweks dia si Mia gediks tu. masuk saja bilik air perli aku. Kata aku nak menggoda pakwe dia. Tolonglah mangkuk tu. Pakwe aku handsome lagi bergaya dari pakwe ko tu. dahlah tengok muka pun tahu jenis lelaki kaki perempuan punya. Agaknya sebab tu perempuan tu meroyan dengan aku.
Masa tu aku diam saja. Makin aku diam, makin banyak tuduhan dia lemparkan pada aku. Kebetulan masa tu masuk dua orang pelangga restoran itu, makanya makin kuat dan pedas dia menghina aku. Paling aku tak tahan dia kata
"You ingat Iwan tu suka dengan you? Sedarlah diri budak gemuk. Kau dengan dia langsung tak sesuai. Kau tak rasa ke budak gemuk yang kau tu sedang memalukan Iwan? Dia tu orang meniaga. Jumpa orang sana sini. Terpaksa bawa kau, kau ingat dia tak malu ke? Nak kena kenalkan kau PA merangkap girlfriend. Kau tak perasan ke air muka Iwan masa dia kenalkan kau tadi? Selama ni kau tak perasan ke yang kau sedang buat Iwan malu dengan kehadiran kau?"
"Kau memang dasar gemuk tak sedar diri kan?"
Dan memang lepas tu aku sepak pipi dia. Lepas tu terus aku keluar dan ajak Iwan balik. Balik pejabat, pakwe dia pula buat kita sakit hati.
Arhhh...!!! Stress!!!!
Tak sukalah orang kata kita amcam tu... Dorang ingat kita ni tak ada perasaan ke? Suka hati nak bercakap. Suka hati nak mengutuk dan menghina kita.
Kita benci gila dengan dia orang ni!!!
Suara Guy Sebastian dah keluar ditelefon bimbitku menandakan yang sekarang sudah jam 5 pagi. Aku capai. Aku matikan alarm ditelefon bimbitku. Aku kemudian membuat rutin tugasku sebagai PA Iwan. Telefon dia setiap pagi jam 5.
"Assalamualaikum, abang Iwan. Dah pukul 5. Bangunlah." Lemah saja suaraku.
"Waalaikumsalam. Nisa okey ke ni? Suara lain saja. Macam bukan baru bangun tidur." Tanyanya dalam suara serak seksi paginya.
"Tak tidur pun. Hari ni tak payah ambil Nisa. Nisa pergi sendiri. Nisa sarapan dekat rumah." Kataku.
"Nisa okey?" Tanyanya lagi penuh dengan prihatin.
"Nisa okey." Jawabku dan terus mematikan telefon.
Aku rasa nak menangis. Mana mungkin aku biar dia dengar suara aku nak menangis. Entah kenapa malam tadi aku fikir semua balik yang terjadi. Dari apa yang Mia cakap sehingga setiap detail apa yang telah Lukman katakan.
Mami pilih aku untuk dia? Bukan dia yang pilih aku? Maknanya selama ini yang dia kata dia nak mengorat aku tu sebab Mami suruh dia bukan sebab dia dah jatuh hati pada aku?
Ayat itu sentiasa bermain diminda aku malam tadi. Dan beberapa kali juga aku ketawakan diri sendiri kerana terasa aku bodoh. Bodoh kerana membuang semua pegangan aku yang selama ini aku pegang kemas.
"Orang gemuk tak layak untuk cinta. Aku pilih untuk terus gemuk dan aku pilih untuk hidup tanpa cinta"
Bodoh betul. Macam mana aku boleh lupa. Macam mana aku boleh ingkar janji ni? Aku sudah janji untuk tidak terpedaya dengan cinta. Orang lelaki hanya suka permainkan insan seperti aku. Saja suka-suka. Lupa ke pesan paksu? Paksukan dah kata
"Tak ada lelaki yang suka perempuan gemuk. Kalau dia kata dia suka, hati-hati. Itu maknanya dia nak sedap"
Lupa ke? Oh, terima kasih pada Lukman kerana ingatkan aku apa yang Paksu pesan dulu. Bukti kata-kata Paksu tu adalah Lukman. Kan dia cakap, aku ni sedap buat peluk.
Dan bukti pada prinsip aku itu adalah Iwan. Dia bukan pilih aku tapi terpaksa pilih sebab Mami.
Sampai hati abang Iwan main-mainkan hati dan perasaan aku. Kata nak mengorat aku tapi rupa-rupanya Mami yang suruh. Kata rindu padaku padahal hanya mainan kata agar hasrat Mami dapat dijayakan. Semua itu auta.
Tak, bukan salah abang Iwan. Aku yang perasan sendiri. Bila dia cakap dia rindu aku, aku yang terperasan sendiri. Dengan kawan pun kita boleh rindu, kan? Mungkin selama ini aang Iwan anggap aku kawan atau adik dia saja. Aku yang declare rasa sayang aku padanya. Selama ini mana pernah dia cakap dia sayangkan aku apatah lagi cintakan aku. Aku saja yang perasan sendiri.
Malunya...
Mujur selama ini kami kurang bercakap tentang hati dan perasaan. Perbualan kami lebih pada pengetahuan am dan isu semasa. Selama beberapa bulan sejak aku jadi PA merangkap kekasihnya ini, tidak sekali pun kami bercakap tentang perasaan. Mujurlah... Syukur, Ya Allah. Kalau tak mesti malu gila.
"Nisa, Iwan dah datang ni" Jerit mama dari bawah.
Dia datang? Kan aku dah pesan supaya tak datang. Aku pergi sendiri. Aku nak biasakan diri tanpa dia. Dekat setahun aku biasa sentiasa ada dengan dia. Kemana pun dia, disitulah aku. Kalau pergi outstation atau oversea pun, aku tetap bersamanya. Jadi, aku dah putuskan untuk kurangkan waktu bersamanya. Tapi dia pula datang.
"Kenapa abang Iwan datang? Kan Nisa pesan dah. Nisa pergi sendiri." Cepat saja aku keluar dari bilik. Menjengahnya dari atas..
"Nisa tak siap lagi. Tak mandi pun lagi" kataku lagi. Dia hanya pandang aku.
"Abang risaukan Nisa. Tu yang datang awal." Katanya setelah lama memerhatiku.
Aku pandang jam yang tergantung didinding. Baru pukul 7.15am. Awalnya. Buat apa datang awal macam ni. Risau? Eyh Nisa. Kawan pun boleh risau tau. Abang pun selalu risaukan adiknya. Jangan nak perasan yang dia risaukan kau sebagai kekasih.
"Kejap, Nisa siap." Terus aku masuk ke bilik selepas menyuruhnya menungguku seketika.
Aku ke bilik air, membuka shower dan menghemburkan air mataku. Sakitnya ya Allah mengenangkan dia yang tidak ada apa-apa perasaan padaku. Sakitnya bila tahu hakikat yang diri ini bodoh kerana memperbodohkan diri sendiri. Sakitnya, Ya Allah...
Iwan dekat bawah. Nisa, tahan diri. Kau okey saja. Kau kawan dia. Dia bos kau. Sebagai PA yang berdedikasi, kau kena tabah. Kau kena kuat. Bertahanlah wahai Cik Nisa.
Cepat saja aku bersihkan badan. Aku angkat wuduk. Walaupun tak boleh solat, wuduk kena jaga agar aku terhindar dari semua bisikan syaitan. Insya Allah... Amin.
Selesai berpakaian, aku pandang ke cermin. Ya Allah, cantikkan akhlakku seperti mana kau cantikkan kejadianku. Allah, tolong pinjamkan aku kekuatan dan ketabahan serta kesabarn. Hindarkan aku dari menangis dihadapannya. Biarlah aku jadi normal dihadapannya. Jangan engkau gerakkan hatinya untuk mengesan kesedihan dan kesakitan yang aku alami ini. Amin...
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...