Hi, hari ni takda nak update apa-apa. Saja nak bercerita. Tak sangka ye, dekat tiga bulan cerita SFA ni kat wattpad. Dah masuk volume 2 dah pun. Tenkiu banyak-banyak sebab sedia menanti cerita SFA dari hari ke hari. Ranking SFA pun naik turun-naik turun sebab bersaing banyak cerita fantasi lain yang lebih masyuk. Tapi rasanya kalau letak unsur-unsur romantik dalam SFA boleh melonjak naik lagi kot? Mostly cerita yang top semua ada unsur romantik kan?Bila fikirkan balik sebenarnya dah lama aku terlibat dengan wattpad ni. Semenjak tahun 2012. Masa tu tak ramai pembaca/penulis Malaysia kat wattpad, tak macam hari ni tumbuh macam cendawan. Macam-macam cerita keluar. Dasyat-dasyat. Yang jenis cerita kalau nak baca kena tutup dua belah mata pun ada.
Dan nak bagitahu ni akaun kedua aku. Akaun pertama dulu aku dah terminate. Tapi dari akaun pertama tu la sebenarnya aku agak berjaya.
Cerita pertama aku tulis ialah cerita cinta. Macam kebanyakan orang nak first-first belajar menulis. Mesti ar genre cinta kan? So do i.
Aku tulis cerita bertajuk 'Dewi Personaliti'
Sambutan agak meriah jugak. Masa tu 60k view kira satu pencapaian.
Dan nak dijadikan cerita aku berjaya siapkan cerita tuh. So aku berangan, aku mungkin dapat terbitkan buku ni kot sebab kat wattpad, banyak komen aku dapat. Semua bagi komen positif. Kembang hidung aku masa tu. Terasa macam ada peminat sendiri.
So, Aku hantar manuskrip ke publisher mainstream. Semua aku hantar. Semua nak rejek aku. Sebabnya? Sebab cerita aku bahasa sempoi sangat kot. Lagipun jumlah words yang terlalu sedikit dan bukan sekadar cerita cinta biasa, tu cerita orang ada split personaliti. Skang dah banyak dah cerita2 camtuh.
Lepas tu baru aku tahu kewujudan publisher alternatif. Fixi, Lejen Press semua tuh. Aku hantar FIXI. Pun sama kena rejek. Ahahaha. Malang seribu kali malang. Depa rejek sebab depa kata diorang dah banyak cerita macam tu. Ok acceptable la.
Aku pun dah berputus asa nak hantar kat publisher. Aku fikir memang susah ler nak terbit buku ni. Cerita kita pun sebenarnya bukan hebat mana pun. Kau bayangkan sekarang ni ramai penulis-penulis di wattpad. Semuanya ada impian yang sama. Terbitkan sebuah buku. Barulah layak digelar penulis. Tapi berapa ramai jiwa-jiwa yang kecewa bila cerita diorang sekadar berada di ruang maya ni je dan selamanya disini tanpa jadi bentuk fizikal yang boleh kita cium, pegang, lambung, baling kat anjing.
Macam tu la perasaan aku. Last sekali aku kata okey lah last penerbitlah. Hantar lepas tu kalau kena rejek jugak, berenti menulis dan fokus kat something yang lain ke.
Sebulan selepas aku hantar. Aku dapat mesej
'hai cerita kau menarik. Nak terbitkan tak?'
AHAHAHAHA
Aku melompat tau masa tuh. Betapa seronoknya aku.Aku tendang bantal, aku tendang laptop. Aku tendang lalat berterbangan. Okey over plak.
Dan akhirnya...
Lahirlah anak pertama aku. Jeng jeng jeng. Terbitan dari Terfaktab. Tajuk pun dah bertukar.
Lepas tu aku delete wattpad aku. Ahahahahahah.
Then aku muncul balik,
Kali ni aku terasa nak buat cerita berunsur horror plak. Aku tulis cerita 'Di Balik Tirai'
Orang memang suka cerita seram thriller kan? Aku pun tulis lah, sebab aku rasa semua nak buat cerita seram meremang. Aku pun nak gak lah. Tapi cerita aku tak tipikal hantu la. Dan sambutan agak ramai, viewer mencecah 200k gitu la. Aku punya seronok, Aku gelak dalam hati. Ramai gak baca ni. Aku ingat aku tulis hambar je.
Lalu aku hantar ke publisher.
Kemudian tup, tup anak kedua aku pun lahir...
Nama aku letak nama lain. Sebab konon nak acah misteri sikit kakakaka. Cerita ni pun aku dah delete kat wattpad. Bodohnya aku. Sepatutnya aku spare la sikit kan? Yang ni keluar bukupojok. Kalau jumpa mana-mana beli la. Aku jamin syok ooo.Itu lah ceritanya. Buat yang bercita-cita nakkan sesuatu, jangan la korang berputus asa. Kalau rasa berputus asa pun. Buat jugak.
Dan sekarang aku berharap sebenarnya kalau SFA pun mengikut jejak abang-abang dia. Aku haraplah.
Begitulah perjalanan aku sebagai penulis di wattpad. Thanks kepada pembaca sebab terus memotivatekan aku untuk terus-terus menulis. Aku dah la pemalas. Kalau tak da pembaca lagi pemalas la aku nak menulis hahaha. Terima Kasih.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?