Surgania- Fairyland, floating island.
Daerah Surgania penuh dengan kecantikan, jauh lebih indah dari dataran makhluk biasa. Disini lah tanah dimana para fairy menetap selepas musnahnya tempat tinggal asal mereka Kota Oberon. Surgania juga adalah pulau terbang yang berlindung di balik awan. Tiada siapa yang tahu kedudukannya melainkan kaum fairy sendiri.
Bangunan-bangunan terbina di Surgania tersenggam indah dibina daripada batuan berlian dan emas. Suasana disini penuh cahaya memancar-mancar menggambarkan betapa suci dan terpeliharanya daerah ini. Dari jauh kelihatan bandar di Surgania ini berada di dalam taman. Bayangkan pohon-pohon menghijau menjadi hiasan setiap bangunan disamping air terjun mengalir keluar dari celahan pepohonan dan jatuh ke dalam kolam di bawahnya.
Makhluk fairy yang berbagai rupa terbang ke sana ke mari dengan bebas. Disini tiada hasad dengki, dan kejahatan makhluk. Mereka hidup dengan aman damai.
Jauh di balik istana pula, para fairy boleh lihat sendiri sebuah menara yang tinggi mencapai bulan. Mereka menggelarnya menara abadi. Sesiapa yang masuk ke dalamnya dan cuba mendaki menara tersebut, ia akan meresap hayat orang itu, apabila mereka mencapai puncak tidak ada apa lagi yang tinggal untuk mereka melainkan debu.
Hari ini Melodi telah dipanggil untuk hadir ke dewan besar oleh para Eldest Fairy. Mereka inilah penguasa sebenar Surgania. Yang menentukan adat dan peraturan disini. Mereka telah wujud begitu lama dan fizikal mereka juga tidak berubah seperti makhluk fairy yang lain. Mereka bertubuh besar mengalahkan giant, Berambut panjang sehingga menutup mata mereka kecuali mulut dan hidung. Wajah mereka semua seakan dan memakai jubah besar berwarna putih. Selain itu mereka megah melebarkan sayap putih berbulu lembut tanda keagungan mereka.
Dewan besar itu tempat para Eldest membuat segala keputusan dan bermesyuarat. Sesiapa yang masuk ke dalam dewan ini pasti tak berasa senang kerana mereka di kelilingi oleh para makhluk yang besar dan tiada emosi. Begitula yang dirasai oleh Melodi saat dia menjejak masuk ke dalam nya. Dia terasa seolah dia sedang diadili.
"Saya Melodi dari Order of Symhonies." Dia berlutut sebelah kaki di tengah dewan besar tersebut.
"Beritahu kami berita dari tanah emas itu." ujar salah satu Eldest disitu.
"Memandangkan Ratu Rosetta gagal mencari calon sesuai Arcana sebelum Elvey terlepas, maka kami telah membawa beliau kembali ke sini seperti yang direncanakan. Fuss." terang Melodi.
"Heh membuang masa. Kami telah bagitahu rancangan untuk menghidupkan kembali sistem Arcana adalah sia-sia. Ia adalah rancangan lama yang tak sesuai untuk menahan Elvey lagi."
"Aku sudah nasihati Ratu bodoh itu. Namun kau lihat sendiri kan sifat berkerasnya."
"Dia perlu menghormati kita, bahkan kita hidup jauh lebih lama dari dia. Tak sedar kah dia, dia hanya lambang di Surgania?"
"Aku sengaja biarkan dia lakukan apa yang dia mahu dulu, dan terbukti sekarang ketololannya."
Para Eldest masing-masing mengutuk dan mengeji langkah Ratu Rosetta mencari calon Arcana.
Melodi hampir menunjukkan air muka menyampah di dalam dewan ini. Sebenarnya dia tidak begitu menggemari Eldest Fairies kerana kebongkakan mereka.
"Budak, apakah kau telah mendapatkan mantera di dalam penjara Elvey?" tanya mereka kepada Melodi.
"Ah ya." Skrol besar di sandang di belakang Melodi di letakkan di atas lantai. Lantas dia membukanya. Berguling la kertas di kiri dan kanan dan terhampar lurus di lantai tersebut.
Terdapat tulisan-tulisan berbahasa onoang ditulis diatasnya. Para Eldest mengamati skrol tersebut dari jauh.
"Apakah kau menulisnya betul?" tanya mereka.
"Ya."
"Boleh kami tahu bagaimana dia boleh keluar dari penjara tersebut?"
"Dengan bantuan pemujanya. Fuss"
"Bagaimana pemujanya boleh tahu kedudukan penjara Elvey sedangkan kita disini pun tidak pernah mengetahui hal tersebut dan apa kau buat di sana? Kau tidak menghalangnya?"
"Maafkan saya. Saya gagal kerana diperdayakan olehnya. Fuss" Kepala Melodi terus menunduk, dia memejamkan matanya rapat.
"Bodoh!" bergema suara salah seorang Eldest Fairies di dalam dewan tersebut. "Apa kalian sebenar-benarnya buat di tanah itu? Bermain-main? Bercuti?"
"Kita tiada pilihan lagi. Elvey sudah pun terlepas, kita boleh membuka pintu bulan untuk mengurungnya kembali."
"Ya, Rosetta harus membayarnya, Alamria juga harus membayarnya. Sudah tiba mereka bertanggungjawab dengan tugas mereka. Lagipun penduduk Alamria adalah penjaga penjara Elvey, ini masanya mereka hidup di bawah nama itu."
"Dari awal memang begitukan rancangan kita? Aku pasti penduduk Alamria juga bangga kerana mereka berkorban untuk kestabilan dunia. Menghalang dunia dari musnah."
Melodi tercengang dengan perbualan para Eldest. Apakah maksud mereka? Berkorban? Berkorban dengan cara apa? Nyawa? Sebelum ini dia hanya diberitahu Rosetta merupakan kunci untuk menewaskan Elvey, namun dia tidak pula mendengar penduduk Alamria juga dikorbankan.
"Maafkan saya kerana mencelah. Apa yang Master cuba lakukan? Fuss." tanya Melodi.
"Untuk membuka pintu bulan, jelas sekali kita perlu korban nyawa. Tahukah kamu mengapa Alamria wujud? Mengapa hanya di Alamria makhluknya dianugerahkan dengan magik? Jelas sekali untuk ini. Semuanya rancangan untuk menewaskan Elvey."
"Tapi bukankah kita sepatutnya melindungi Alamria? Mereka di Alamria juga adalah makhluk! Fuss."
"Apakah kau berada disana telah melembutkan hati kau? Jangan kau lupa sejarah budak. Kau pun tahu bagaimana akibatnya jika Elvey terlepas. Dia jauh lebih berbahaya dari Azazil. Keazamannya dan cita-citanya itu yang akan memusnahkan kita semua. Jadi jangan kerana kasihan makhluk yang sekelumit itu kau sanggup biarkan dunia dan isinya binasa."
"Ta..tapi... adakah Ratu Rosetta mengetahui hal ini? Pasti dia sendiri takkan bersetuju kalau nyawa penduduk Alamria akan menjadi bayaran untuk menewaskan Elvey, malah nasib semua nyawa itu berada di tangan Ratu sendiri. Fuss."
"Dia tidak perlu tahu tentang itu. Dia hanya perlu jalankan tugasnya."
Melodi terdiam. Wajahnya bertukar pucat. Mereka sepatutnya menjadi penjaga Alamria kenapa sekarang keadaan menjadi macam ini?
Tak..ini semua tak betul. Aku kena bagi amaran buat penduduk Alamria.
---------_----------
Oh ya lupa nak habaq. wanzeneth ada buat cerita berdasarkan Alamria. Cuba la baca. 😉
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?