Bab 20 Wira Jaya vs Badai Salju

2.1K 190 16
                                    

Sinaran mentari terpecah-pecah menjadikan seolah-olah pedang cahaya menusuk keluar setiap dari kepulan kapas putih di langit. Burung-burung di angkasa berkuak-kuak bertebaran. Mereka sendiri tahu apa akibatnya terlibat lebih lama di kawasan ini. Naluri haiwan ternyata begitu. Mencari kawasan selamat.

Akid bermengah-mengah, akan tetapi wajahnya tidak sesekali berubah, masih berupa singa garang. Dia benar-benar tidak bersetuju dengan tindakan Wira Jaya yang mengambil jalan mudah, malah memilih untuk menggunakan kuasa kejahatan yang sememangnya di larangnya.

Apapun, bagi Wira Jaya apa yang difikirkan Akid tidak penting. Malah dia sendiri tak pernah mengenali Akid sebenar-benar. Jadi kenapa harus dengar katanya? Kalau lelaki itu tidak mahu terlibat dengan ini. Tak apa. Biarlah dia sendiri yang buat. Dengan memiliki kuasa ini sahaja semua masalah bakal selesai. Masalah Akid, masalah Alamria. Semuanya boleh!

Dari jauh, Bai Guang di beritahu oleh orang kanannya bahawa mereka melihat Kida. Sebenarnya mereka telah salah sangka. Disangka Akid adalah lelaki yang pernah menghasilkan ketakutan di Alamria selama dua tahun ini. Melihat pertelangkahan ini, mereka membuat teori sendiri.

"Ahaha, rupanya Kida mempunyai masalah dengan iblis-iblisnya. Kemudian dengan bantuan anak murid barunya. Dia ingin menghapuskan terus ketiga iblisnya." Ujar Bai Guang yang tidak mengetahui apa-apa.

Di kawasan Asrar dan yang lain. Lelaki bunian itu tersengih dan ketawa kecil.

"Ah. Benar-benar serabut. Siapa sangka. Lelaki itu memiliki grimoire pula."

Bunga yang melihat seakan tidak mahu percaya. Matanya bergoncang.

Wira Jaya mencampakkan Theretia Bebuta ke arah Akid seperti sehelai kain buruk. Buku ditangan, disuap masuk ke dalam mulutnya. Kelihatan rahangnya mampu membesar seperti ular untuk membolehkan buku di telan semahunya. Tubuhnya dengan perlahan-lahan bertukar rupa. Selain bentuk langsuyar kini dia menjadi seperti seekor kerbau besar. Sengihannya menampilkan gigi yang tajamnya seolah mampu mencarik daging dengan mudah.

"Aku bagi kau. Urusla dia semahu kau Akid." katanya saat melemparkan wanita pohon tersebut ke tanah. Theretia Bebuta bergetar tubuh seperti ayam yang sudah disembelih. 

"Orang-orang kau sangat celaka Akid." makinya. Akid melihat sedalamnya.

"Maafkan aku Theretia. Aku tak boleh berlaku adil. Tapi ini, bukan dalam rancangan aku. Aku sendiri tak sangka."

Dari jauh bumi bergema dengan tempikan Badai Salju. Tempikan sekuat guruh di langit itu mengejutkan Wira Jaya, Akid dan yang lain.

"THERETIAA!!!" Dia melungsur terbang ke arah Akid dan Theretia Bebuta. Namun apabila jaraknya semakin dekat, dia berhenti. Terpinga-pinga melihat Theretia Bebuta sudah tiada disitu. Lesap entah kemana. "MANA DIA??"

Pada ketika itu jugalah, Wira Jaya menerkam Badai Salju sehingga bersama mereka jatuh lalu menghentam bumi. Tanah berselerakan, berpecah-pecah bersama debu naik ke angkasa.

Sedetik kemudian Wira Jaya terbang melayang keluar dari kepulan debu. Dia telah ditendang oleh Badai Salju yang ingi nmelepaskan diri dari terus dicekup lelaki langsuyar tersebut.

Pada ketika itu hulubalang bunian mengarahkan untuk masuk campur. Beberapa Sang Falsafah yang dirantai di leher mereka di bawa ke depan. Mereka diarah untuk melakukan magik mereka dan menyerang dari jauh.

Melihat itu, Badai Salju menghidupkan magiknya. "JANGAN GANGGU!!"

Tidak semena-mena lantai menjadi putih, dengan pantas ia bergerak ke arah pasukan tentera bunian, kawasan Asrar, Cahaya dan Bunga.

Belum sempat berbuat apa-apa. Ke semua mereka menjadi patung ais.

Asrar meniup nafas lega. Cahaya dan Bunga juga melakukan tindakan yang sama. Mujur lelaki bunian ini mempunyai anti magik. Jika tidak nasib mereka serupa dengan tentera yang lain.

Masing-masing berpeluk tubuh kerana cuaca turut berubah serta merta. Menjadi dingin sedinginnya. Sampai-sampai setiap bicara mereka mengeluarkan kepulan wap dari mulut.

"Tak salah lagi Kak, lelaki yang bersama kita tu orang yang bakal mencetuskan sejarah di masa hadapan. Lelaki yang ditakuti. Lelaki yang terkenal dengan kekejaman." kata Bunga.

"Maksud Bunga.." belum sempat Cahaya menghabiskan ayat. Dia telab dipotong oleh Asrar.

"Raja!! Dia bakal jadi Raja Buana Gelap!!! Hahaha ini ternyata hari yang bersejarah!!!"

Wira Jaya mengawal dirinya di langit. Belum sempat menarik nafas lega. Satu objek terbang selaju peluru menghentam perutnya lalu menyepak lelaki langsuyar itu terpelanting ke arah bukit. Bukit-bukit di sekitarnya habis bersepai seribu menjadi pasir halus.

Akid cuba berlari ke arah rakan-rakannya. Tak mahu terlibat dengan pertarungan ini. Sesekali dia tergelincir jatuh kerana licinnya lantai dia berpijak.

"Celaka apa tukar lantai jadi ais!" Marahnya.

Dalam keadaan berhati-hati bergerak itu, sesuatu jatuh tidak jauh di hadapannya. Ia menghasilkan ledakan yang kuat dan menyebabkan lelaki dari masa hadapan ini terjatuh kembali menyembah bumi.

Apabila dia mengangkat kepalanya. Dia melihat Badai Salju sedang berdiri di tengah kawasan letusan tadi dengan separuh kakinya melutut. Keringat bersama cecair merah bercampur pada wajah iblis ais ini. Ternyata Wira Jaya membalas serangan kembali.

Badai Salju tidak mempedulikan kewujudan Akid disitu. Fokusnya lebih terarah lelaki yang telah membunuh Theretia Bebuta.

Iblis Ais kemudiannya menyalut tubuhnya dengan ais. Membuat perisai ais. Kemudian dia mencipta senjata ais pula.

Wira Jaya dengan laju terbang ke arah iblis ais itu lalu mereka bertembung tenaga. Tanah tempat mereka berpijak menjadi mendap. Getaran kuat begitu terasa.

Hanya berbekalkan tangan dan cakaran, lelaki dari puak langsuyar itu menyerang semahunya. Badai Salju pula terpaksa bertahan serangan yang berat umpama gunung.

Wira Jaya kini telah menggunakan kuasa tandanya. Hasil gabungan grimoire dan kuasa dalam dirinya. Menjadikan dia bertambah-tambah kuat. Terdapat tulisan-tulisan aneh terapung mengelilingi tubuh lelaki itu. Akid fikir, Wira Jaya telah melakukan sesuatu yang membolehkan lelaki itu tak perlu membaca mantera di dalam grimoire dan menggunakannya secara terus. Lelaki ini benar-benar sesuatu.

"Hanya ini saja kah kekuatan iblis-iblis Kida? Kalau beginilah. Tak sepatutnya la aku gentar sejak dulu." Sindir Wira Jaya sambil mereka berbalas serangan.

"Kau hanya bergantung kepada kuasa buku."

"Apa kurangnya kau? Kau bergantung pada kuasa yang diberi tuan kau."

Badai Salju berdecih. Tidak mahu berlawan kata lagi. Tangannya diangkat tinggi.

"Meteor ais!"

Tak semena-mena bumi menjadi gelap. Cahaya matahari sudah terlindung oleh sesuatu.

Apabila mereka mendongak kepala. Terbelalak mata Akid, Cahaya, Bunga dan Asrad melihat batuan-batuan ais yang besarnya umpama gunung perlahan-lahan cuba menjunam jatuh menghentam bumi.

Asrar menarik-narik rambutnya. Cahaya mengggigit kuku. Bunga pula hanya mampu terduduk.

Kuasa iblis Kida memang menakutkan.





Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now