Pada awalnya Merah cemas melihat Akid secara tiba-tiba menghalakan magiknya ke arahnya namun mata itu, mata itu bukan benar-benar melihat wajahnya, sebaliknya Akid sedang melihat sesuatu yang berada di belakangnya. Magik di lepaskan dari tangan Akid, melepasi Merah lalu dentuman dan impak yang kuat terjadi dibelakangnya sehingga mencampakkan Merah ke hadapan. Kedua tangannya menyentuh lantai. Seluruh kawasan menjadi kabur kerana debu-debu memenuhi kawasan. Dia kebatukan sambil melihat wajah Akid. Akid masih melihat akan sesuatu itu."Mereka datang." Ucap Akid.
Merah memaling wajahnya, terkejut kerana begitu ramai makhluk jadian sedang mengepungi rumah mereka.
"Mustahil, sepatutnya mereka tak tahu kita berada di mana. Rumah ni berada jauh dari kawasan pekan." Ucap Merah. Benar kawasan tempat tinggal mereka jauh daripada kawasan perumahan penduduk dan pekan. Ia hanya satu-satu rumah tinggalan di tengah kawasan yang luas.
"Asrar bijak, dia menghantar orangnya menyerang kita dulu sebelum kita." Kata Akid.
Nadim, Jonathan dan Dororan cepat-cepat keluar ke balkoni. Masing-masing tertanya-tanya akan letupan bunyi dan gegaran yang barusan saja terjadi. Apabila mereka melihat situasi yang berlaku baru lah mereka faham.
"Nampaknya, betul lah maklumat kita dapat mereka memang tinggal disini." Kata makhluk jadian berupa harimau.
Akid melihat ke langit.
"Nampaknya malam ni ini menjadi malam yang panjang buat kita semua."
Bulan mengambang penuh. Bermakna ia adalah satu-satu waktu dimana makhluk jadian mempunyai kuasa yang tak terkalah. Hanya kaum jadian sahaja yang mampu mengekstrak magik dari cahaya bulan dan menjadikan sumber kekuatan mereka.
"Kau tahu Akid, ini mengingatkan 2 tahun yang lepas. Semasa kita bertarung dengan maras." Ucap Merah mengenai peristiwa yang berlaku di Kampung Jogo 2 tahun yang lepas. Dimana masa itu, mereka telah tewas dengan pasukan maras yang dipimpin oleh Ruby. Lica juga terpaksa berpura mati dan Rancho melarikan diri ibarat seorang pengecut.
"Aku panggil tentera kita." Kata Nadim. Ingin memanggil pasukan divisyen musuh yang dikawal olehnya.
"Tunggu. Jangan buru-buru lagi. Tentera kau takkan mampu berlawan dengan mereka pada waktu bulan mengambang macam ni." Bantah Jonathan.
"Tapi lebih baik begitu dari tak lawan langsung." Ucap Nadim.
"Sebenarnya aku malas nak cakap, tapi pasukan yang kau kawal tu tak berguna. Sebab mereka tak ada magik. Nak jadi fodder pun tak berbaloi." Ucap Merah.
Nadim mencebik, mengakui ada benarnya kata-kata Merah.
"Kenapa tak kawal je terus diorang ni?" tanya Dororan sambil menunjuk ke arah musuh.
"Itu takkan terjadi kerana, pada bulan mengambang kaum jadian adalah istimewa. Minda mereka tak boleh dikawal. Cis. Aku berharap sangat dapat menolong korang bertarung." Ucap Nadim sambil mendengus menyalahkan diri. Dia rasa tak berguna pada ketika ini kerana dia tak mempunyai kemahiran bertempur.
"Dari kau salahkan diri. Lebih kau kira berapa orang yang ada pada ketika ini Nadim." Kata Akid.
"Kira-kira seratus."
"Ramainya." Dororan mengigit bibir. "Jadi apa je cara nak kalahkan mereka? Kalau mereka ni kebal?"
"Mereka tak benar-benar kebal, mereka masih boleh di cederakan dan dikalahkan. Cuma ketahanan dan kekuatan mereka pada waktu ini 10 kali ganda dari kebiasaan. Apa yang perlu kita buat ialah, lawan sampai mereka lunyai atau tunggu sahaja sampai siang." Kata Merah. Dororan mengetap gigi. Berlawan sampai lunyai? Dia takut dia dan rakan-rakan yang akan kehabisan stamina terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?