Bab 16

3.2K 311 68
                                    




"Bagaimana tuan tahu dia dah crack?" tanya Mentarus.

"Kau tak nampak? Senyuman itu. Walaupun dia cuba menafikan apa yang aku cakap. Tapi, sebahagian dirinya menunjukkan sebaliknya. Ini bermakna, kejahatan mula menguasai dirinya dan telah berhasil menggoda dia." Balas Asrar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Akid masih lagi berdiri menghadap almari. Nafasnya tercungap-cungap. Dadanya tidak berhenti daripada berdegup dengan kencang. Dia tak faham, apa yang sedang berlaku pada dirinya. Senyuman tadi. Ianya senyuman spontan tanpa kehendaknya.

Walau apapun aku takkan terima kau!

Ucap Akid pada lembaga hitam seperti bayang-bayang yang kini muncul di hadapannya. Ia datang menggodanya kembali. Sama macam yang berlaku 2 tahun yang lepas. Tak, kali ini dia takkan hilang kawalan. Mentalnya dah diperkuatkan. Dia takkan tewas.

Pandangan Akid menghala kearah Lica dan yang lain-lain. Dia segera mendekati Lica, memeriksa nafas. Lica cuma ditidurkan. Dia mula berjalan keluar daripada bilik. Keadaan sunyi tanpa pengawal. Seorang tukang pembantu rumah dilihat sedang terbaring diatas lantai. Bersama cawan dan dulang berselerakan. Air dan makanan habis terbazir sahaja di lantai. Akid terus berjalan menuju ke pintu utama. Di luar rumah juga begitu, pengawal terbaring dan terlentok. 

Ini lah peluangnya untuk melarikan diri.

"Snuggles. Mujur kau ada lagi disisi aku." Ucapnya pada haiwan kecil yang terapung terbang dibahunya.

"Nyuu."


"Mana chanelling." Ucapnya perlahan. Snuggles masuk ke dalam tubuhnya lantas selepas itu dia menghidupkan cahaya magik dikakinya dan terus berlari dengan pantas meninggalkan rumah itu.





Mawar Cahaya mengikuti Asrar dari belakang, mereka berjalan menuju ke sebuah kamar. Asrar tidak sanggup membiarkan Mawar Cahaya tidak terurus berada di dalam dungeon bawah tanah. Dia memang jahat tapi dia punya prinsip. Yang pertama orang tua haruslah dihormati. Yang kedua, wanita harus dilayan elok. Yang ketiga, kanak-kanak kalau kurang ajar sekeh je kepala. Malah sampai sekarang kejahatannya tak adalah sampai melibatkan pembunuhan dan penyeksaan. Kecuali apa yang dia lakukan pada Akid. Akid adalah kes istimewa.

"Ini adalah istana kedua Sultan Alam Shah, mujur ia berada di pinggir Kapital Diraja. Jadi taklah rosak akibat serangan Azazil dulu." Terang Asrar tentang bagaimana istana ini boleh terselamat daripada musnah. Serangan Azazil 2 tahun yang lepas hanya memusnahkan bahagian tengah Kapital Diraja. Dimana tempat ia diseru. Tetapi bahagian-bahagian pinggirnya masih elok dan tersergam. Penduduk yang masih tinggal masih menghuni sehingga kini. Cuma mereka tiada pemerintah. Kebanyakan sudah melarikan diri ke bandar-bandar berhampiran kerana Kapital Diraja sudah tidak selamat lagi.

Pintu kamar dibuka, Mawar Cahaya diberikan layanan khas. Dia boleh berada di dalam bilik tersebut, dan meminta apa sahaja dia mahu. Tetapi dia tak akan dibenarkan keluar.

"Kalau kau mahu tukang urut pun aku boleh aturkan untuk kau." Ucap Asrar.

Mawar Cahaya mencebik. "Aku Cuma mahukan Akid! Akid!" dia terus menekankan kehendaknya.

"Dia akan datang kemudian. Enjoy la berada dalam bilik serba luas ni. Kau boleh mandi di dalam. Ada buku untuk kau baca. Tiga kali sehari makanan sedap-sedap dibawa pada kau. Doalah Akid segera datang ke sini, supaya kau tak bosan nanti." Kata Asrar kemudian dia terus menutup pintu. Kedengaran pintu dikunci dari luar.


Mawar Cahaya berlari ke arah katil. Dia menyembamkan mukanya. Menangis teresak-esak. Dia mahu kan semua ini berakhir dengan segera.





Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now