Bab 26

2.1K 212 34
                                    

Kerana seluruh kaki terasa seperti mee, Akid terus menghenyak punggungnya ke tanah. Keluhan besar keluar daripada mulutnya. Melepaskan beban yang telah lama disimpannya selama ini. Dilihatnya wajah Cahaya, Bunga dan Asrar. Tersengih dia berasa riang. Tanpa mereka, dia takkan mampu tewaskan Kida. Segala yang berlaku pada hari ini bagaikan mimpi.

Kemudian pandangan Akid difokuskan ke arah lelaki yang pernah menjadi musuhnya.

"Asrar, terima kasih. Tanpa kau, mereka tak mungkin dapat ke sini. Malah aku mungkin tak dapat melawan Kida dan iblisnya."

"Heh. Kau tak perlu berterima kasih pada aku. Asalnya aku datang ke sini kerana cita-cita selfish aku. Bukan kerana mahu tolong kau." Asrar hanya ketawa kecil apabila mendengar Akid berterima kasih padanya. Terasa lucu.

"Yalah Akid. Dia ni kan jahat. Kenapa nak berterima kasih? Dia buat Bunga jadi batu, hantar Bunga ke lain era. Malah dia cuba berkompromi dengan Kida." marah Cahaya.

"Aku tahu. Tapi, sebahagian besar kemenangan kita hari ni kerana dia juga. Jadi aku rasa bersalah kalau aku tak bagi dia kredit yang sepatutnya. Soal apa yang dia pernah buat pada kita. Aku anggap hutangnya sudah dibayar. Lagipun, Bunga elok sihat. Kau juga selamat dan Asrar sekarang berpihak pada kita. Aku dah rasa senang dan lega." senyum Akid.

"Um betul juga." Cahaya kelihatan ralat untuk bersetuju.

"Jap. Korang. Kita dah menang lawan Kida. Jadi sekarang apa?" tanya Bunga, mencelah perbualan. Semua orang terdiam. Yala, matlamat mereka telah capai. Kida dah pun ditewaskan. Apa lagi mereka buat disini? Mereka tiada idea. Sepatutnya mereka kembali ke masa hadapan la kan?

"Itu.." belum sempat Akid menghabiskan kata-kata. Seluruh kawasan menjadi putih seputihnya. Cahaya, BUnga dan Asrar terkejut apabila serta merta mereka berada di satu tempat yang asing.

Mereka menjadi jeda seketika sebelum seorang tua bertongkat berjalan menghampiri mereka. Berjalan dengan tenang seumpama daun kering di atas air bergerak ditiup angin. Perlahan dan seakan terapung. 

Tiada satu orang pun mampu berkata-kata. Walaupun mereka ingin mengeluarkan sekurangnya satu patah perkataan keluar daripada mulut mereka. Mereka seolah menjadi patung cendana. Mata tiada berkebil mulut terbuka luas tanpa mampu digerakkan.  Lubang telinga mereka juga terasa seperti disumbat kapas tebal dan dalam masa yang sama berdesing. Masa seolah-olah berhenti ketika itu. Mereka cuma mampu melihat lelaki tu berjalan melewati mereka dan mendekati Akid.

Siapa lelaki tua ini?

[Nampaknya kau sudah berjaya lepasi ujian yang telah ku berikan. Seperti yang aku janjikan. Kau akan kembali ke masa depan. Seperti yang kau sedia maklum. Aku akan menarik segala pengetahuan magik kau dan mengembalikan kepada sedia kala seperti asal kejadian kamu. Apakah kau faham?]

Tiada kedengaran balasan daripada Akid. Suasana menjadi satu jeda yang panjang.

[Baiklah. Rakan-rakan kau juga akan kembali ke masa hadapan. Selepas ini nama Kida hanyalah satu nama. Tiada siapa yang tahu kaitannya dengan kau. Malah kau juga tidak terikat lagi dengan masa lampau. Apa yang ditakdirkan pada kau kini hanya berjalan pada masa hadapan. Nikmati la hidup mu. Jangan lah dipersiakan peluang yang diberikan wahai anak muda Akid. Berbahagialah]

Selepas itu, si tua terus lesap ibarat asap. Pandangan yang lain terus menjadi kabur dan gelap.

Hitam pekat....

Kosong....

"Hei.."

"Akid.."

"Bangun.."

Suara bergema-gema dalam kepala Akid sebelum suara itu bersatu menjadi solid. Kedengaran jelas di telinganya. Akid membuka mata. Wajah Cahaya dan Bunga begitu lebar di hadapannya. Tersenyum luas.

"Dekat mana ni?" Bingung melihat kawasan sekitarnya. Seperti berada di dalam pohon.

Bunga terus peluk tubuh abang kandungnya. "Selamat kembali Akid!!!"

                                                                                     <><><><>

Asrar berjalan keluar daripada dalam pohon. Kaget seketika apabila melihat Kelembai sedang berdiri di hadapannya sambil mencekak pinggang. Seketika kemudian mulutnya Asrar terjungkit sedikit ke atas. Namun matanya tidaklah menampakan reaksi seperti seorang yang gembira.

"Aku dah tak ada urusan lagi disini. Apa yang aku nak tak berjaya nak capai. Aku gagal pujuk Kida untuk tawan dunia. Ahah, impian seperti seorang anak kecil. " Asrar sedikit menunduk.

"Aku tahu, sebab itulah Alamria ni masih berada di tangan Gargantua. Kalau di tangan Kida.Kita tak mungkin ada perbualan macam ni." balas Kelembai.

"Sebenarnya, aku nak sangat menjadi sesuatu. Semenjak kecil aku tak pernah diiktiraf sesiapa. Orang kampung bencikan aku. Ayah aku juga begitu. Selama aku hidup aku dilayan seperti sampah. Dibesarkan oleh syaitan."

"Aku rasa kau telah buat sesuatu tanpa kau sedar Asrar. Lelaki dalam pohon tu. Aku dapat rasakan, dia sangat penting untuk dunia ni suatu hari nanti dan kau pula telah menolongnya. Berbanggalah sikit."

"Begitukah?" tawa Asrar tertahan. "Akhirnya apa yang aku dapat tahu dari masa silam ialah bahaya besar menanti kita semua. Kalau lelaki bernama Akid ini adalah penyelamat dunia. Aku harap dia memikir sesuatu supaya dia mampu menjadi kuat semula. Jika tidak, sia-sia lah kita meletakkan nasib dunia ni atas bahunya."

Asrar terus berjalan meninggalkan Kelembai disitu. Roda Takdir? Hari ini dia telah melepaskan dirinya daripada menjadi salah satu Arcana. Apa yang di kesah kan pun. Lagipun dia hanya roda palsu. Ah sebenarnya ini semua hanya direka-rekanya saja. Sistem Arcana sebenar telah lama terhapus.

"Ayah, apa arcana ni? Ayah?"

"Ahhh apa yang kau sentuh! Ketepi la anjing! Jangan sentuh barang aku!!"

"Ayah sakit ayah! Jangan pukul Xi Wang. Xi Wang janji tak sentuh barang ayah lagi..."

Ahh. Ayah?

Hari itu, kerana cuba melindungi dirinya. Dia telah terbunuh orang tuanya. Bukan niatnya untuk menikam perut ayahnya. Dia hanya menepis. Ah kalau dia tak berada di ruang bawah tanah pasti ayahnya masih hidup. Tapi disebabkan keinginan untuk tahu segalanya telah membawanya untuk membaca kajian dan bahan bacaan ayahnya. Kerana itu dia berada di sini. Dia berkongsi minat yang sama macam ayahnya. Namun ayahnya tidak suka kalau dia menyentuh satu pun manuskrip-manuskrip lama ayahnya.

Setiap kali ayahnya mendapat tangkap perbuatannya mencuri baca. Ayahnya akan menyeksanya. Tapi pada suatu hari, ayahnya bercadang untuk membunuhnya. Pada saat pisau hampir merodok perutnya, dia terus menendang tangan ayahnya lalu entah bagaimana ia terus tertusuk terus ke tengkuk ayahnya.

Akhirnya dia telah terbunuh ayahnya sendiri. Asrar selepas itu menjadi tidak keruan. Hampir gila kerana tidak mampu menerima yang dia telah membunuh orang.

 Perasaan bercampur baur bermain dalam kepalanya, hingga la sampai satu masa dia akhirnya mengambil keputusan menyambung obsesi ayahnya untuk menjadi salah satu roda takdir. Roda Chaos.

Malah dia juga ingin mendapatkan Grand Wish semata-mata untuk menghidupkan bapanya. Bapa syaitannya.

Namun selepas dia mendapat tahu, Grand Wish hanya lah rekaan sahaja. Maka sekarang dia kehilangan impian. Dia kehilangan tujuan hidup. Dia tidak lagi peduli dengan semuanya.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now