Bab 10-2

2.5K 223 26
                                    

Charles Peace pulang ke rumahnya, di rumah dia disambut oleh beberapa budak lelaki yang menunggu kepulangannya.

"Abang Charles!" panggil seorang budak berkulit gelap berambut kerinting. Umurnya lebih kurang 13 tahun. Paling tua diantara 10 orang budak yang menyambut Charles Peace yang rata-rata berumur 6 hingga 10 tahun. Paling kecil berumur 3 tahun, segera didukung oleh Charles Peace.

"Idin, kau dah masak untuk adik-adik?" tanya Charles Peace kepada budak lelaki yang sulung itu. Idin menggosok hidung sambil tersengih.

"Sudah-sudah. Ni Gerard dengan Yong pon tolong sekali."

Yong budak paling gemuk berumur 11 tahun, asalnya dari kaum bunian tetapi ditinggalkan ibunya. Sebenarnya budak-budak yang berada di dalam rumah ini semuanya anak yatim piatu yang dijaga oleh Charles Peace. Gerard pun sama umur dengan Yong, memakai kaca mata dan paling pendiam.

"Baguslah, kalau nak duit belanja dapur cakap la."

"Okey-okey." Balas Idin.

"Aku mengantuk. Aku nak masuk tidur dulu. Jom Mello. Kita masuk tidur ya." Ucapnya pada anak kecil dikendongnya. Anak-anak di rumah ini bergantung hidup padanya. Jika dia tidak carikan duit. Mereka bakal kebuluran. Mereka tiada tempat lain lagi untuk pergi. Tapi hendak menyara seramai ini bukan senang. Dia perlu wang yang banyak.

Menjadi pencuri upahan selalunya tidak menguntungkan. Sebab ia bergantung pada upah pelanggan. Lainlah kalau seperti perompak lain. Merompak hasil dagang yang lalu di jalan perdagangan. Tapi itu bukan cara dia. Dia tak suka merompak secara kasar.

Malam itu diatas katil dia teringat akan perbualan dia dengan Jekon di bar siang tadi. Upah yang menjanjikan dia untuk hidup senang. Dengar memang la agak menggodakan, tetapi bagaimana kalau ia meragut nyawanya? Bukankah nanti anak-anak dalam rumah ni bakal kehilangan orang yang akan menjaga mereka?

Walaupun pada awalnya Charles Peace berfikiran begitu. Namun pada suatu hari sesuatu telah menimpa ke atas keluarganya. Mello telah di dapati demam dengan teruk, memaksa dia membawa anak berusia 3 tahun itu berjumpa dengan ahli perubatan.

Setelah pemeriksaan, Mello di dapati dijangkiti sejenis kuman yang berbahaya, yang mana untuk mengubatinya memerlukan belanja yang besar. Dia menjadi runsing. Simpanan duitnya tidak mencukupi. Mello pula semakin hari semakin tenat.

Oleh kerana itu dia tidak ada pilihan lagi. Segera dia berjumpa dengan Jekon. Menanyakan sekiranya pekerjaan melibat kan Mother Waterhouse masih ada atau tidak.

"Hei Jekon, aku terdesak ni. Kau...er..orang tu masih mengupah tak? Er..Mother Waterhouse tu?" tanya Charles Peace.

Jekon menyeringai. Dia mengangguk.

Lalu kemudian Charles Peace dibawa masuk ke dalam sebuah bilik. Dipertemukan dengan seorang lelaki berpakaian serba cantik, bajunya berkilau-kilau. Belum apa-apa dia terus melutut dan bersujud.

"Tuan, anak jagaan saya sedang sakit tenat. Tolong la, sumbangkan bayaran awal kepada saya terlebih dahulu. Supaya saya dapat mengubati nya. Selepas itu, saya akan berkhidmat kepada tuan selama mana yang tuan mahu." Rayunya sambil menangis.

"Bangun la, walaupun beta anak kepada raja. Tapi beta tak pantas menerima sujud dari rakyatnya lagi. Soal bayaran perubatan itu. Beta akan uruskan. Beta dengar kamu tanggung sepuluh orang anak yatim kan?" tanya lelaki itu.

Beta? Anak raja? Apa yang seorang anak raja buat di sini? Tempat kumpulnya para penjenayah? Charles Peace kelihatan pucat. "Maafkan patik. Patik tak tahu."

"Haha. Bangun-bangun. Bagaimana kalau beta kemukakan tawaran buat kamu, kamu terima tak?"

Charles Peace mengangkat kepalanya. Melihat wajah Tengku Badik. Belum pernah lagi dia melihat wajah anak raja ini kecuali dari dengar-dengar sahaja.

"Tawaran?"

"Anak-anak tanggungan kamu tu, beta janji akan sara mereka, beri mereka pelajaran, tempat tinggal, makan, tapi kamu harus berkerja dengan beta selamanya? Tak perlu lagi menjadi seorang pencuri upahan."

"Patik sanggup!" ucapnya tanpa berfikir panjang.

"Baiklah sekarang kita bincang bisnes."

***

Mello sudah sembuh diubati oleh pakar perubatan dari istana. Anak-anak jagaannya berpelukan sama Charles Peace berduka apabila mereka kelak bakal terpisah. Barang-barang anak-anak itu Charles membantu meletakkannya ke dalam pedati.

"Bang Charles, jangan lupa nanti lawat kami." Menangis la si Yong. Yang lain pun sama.

"Bila hidup senang nanti, jangan lupa pada daratan. Ingat asal usul kita." Pesan Charles Peace. Mereka semua mengangguk. Pada petang itu, berangkat lah mereka menuju ke Kapital Diraja.

Charles Peace pula ada urusan yang perlu di selesaikan.

"Apa yang kamu perlu buat ialah mencuri sebuah kitab putih dari rumahnya."

Malam keesokannya, Charles Peace berseludup masuk ke dalam sebuah kawasan denai. Di sana terdapat sebuah rumah yang usang. Segera dia mendekati dengan berhati-hati. Takut-takut terserempak dengan si nenek sihir itu. Mengikut cerita Tengku Badik, nenek sihir itu memang tidak mati. Kerana orang lupa, dia datang daripada Kaum Undead, puak balan-balan. Di mana puak ini boleh memindahkan roh mereka ke bahagian tubuh badan mereka yang lain.

Contohnya jika jarinya tak terjejas maka dia boleh tumbuh kembali melalui jari itu walaupun seluruh tubuhnya yang lain sudah hancur. Bayangkan macam seekor cicak mencabut ekornya. Macam tu la Balan-balan. Cumanya, nyawanya bukan lagi pada jasad sebenar, tapi pada 'ekornya' itu.

"Ingat, kalau kau terpaksa berdepan dengan dia, pastikan kau betul-betul hancurkan seluruh tubuhnya. Kalau kau perasan tangannya hilang cari tangannya, kalau kau perasan jarinya hilang, cari jarinya. Jangan sampai cuai. Dia boleh tumbuh balik dari potongan badannya."

Kini dia berada di bahagian atap bumbung rumah usang tersebut. Bersedia untuk masuk ke dalamnya. Dari atap, terdapat lubang-lubang kecil, dan cahaya dari dalam juga kelihatan keluar dari celahan lubang tersebut.

"Agaknya tak salah kot mengendap nih." Gumamnya. Dia mengintai ke dalam rumah. Tidak lama kemudian wajahnya bertukar pucat. Matanya juga turut terbelalak luas. Peluh mula muncul. Dia bagai tak percaya dengan apa yang dia lihat.

Apakah!!


Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now