"Akid betul ke kau nak buat ni? Kau takkan dapat balik seperti sebelumnya jika kau dah buat benda ni." tanya Da VinCi
Akid mengangguk kepalanya. Dia menolak daun pintu, terlihat lebih kurang 50 Sang Falsafah sedang menunggu di dalam dewan. Pasukan perawat juga berada di dalam sama. Wajah masing-masing begitu serius. Bilik itu dipenuhi dengan peralatan bedah. Buku-buku, skrol bertimbun-timbun di atas meja. Bauan herba dan ubatan bercampur-campur di udara. Tengik dan meloyakan. Jelas sekali Akid tak menyenanginya.
Di tengahnya dewan, sebuah katil tersedia khas untuk Akid.
"Akid apa khabar?" seorang lelaki tua keluar dari keramaian orang itu dan mula menjabat tangan Akid. Akid mengenalinya. Dia merupakan ketua tertinggi Sang Falsafah, Tok Cong Ming. Seorang bunian malah paling banyak ilmunya.
"Akid, apa yang kita bakal buat hari ini adalah satu sejarah bagi para sang falsafah di Alamria. Benda ni belum pernah dilakukan oleh sesiapa. Tiada seorang pun dalam dewan ini ada pengalaman membuat pembedahan ini. Kejayaan ini akan bergantung kepada 50 peratus kemahiran ilmu kami dan 50 peratus keberuntungan kamu. Kamu faham?" tanya Sang Falsafah Aji Samat.
Kepala Akid turun naik tanda mengerti.
"Hehehe. Kau tak akan dapat bayangkan betapa mereka semua nervous teruk Akid." Sang Falsafah Chalbakos turut berada di dewan ini. "Sebab itu mereka merayu pada aku untuk menyertai projek ini sekali."
"Selepas semua ini berakhir, maka kamu bukan manusia lagi Akid. Kamu akan jadi spesis baru. Tak ada di dunia ini akan sama macam kamu lagi. Ini menjadi kan kamu adalah makhluk pertama dalam kaum kamu sendiri Akid." ujar Madam Tiara.
Akid memerhati setiap wajah yang berada didalam dewan tersebut. Masing-masing berwajah ketat. Dia dapat merasakan atmosfera yang berat di dalam dewan ini. Tiada jalan pulang lagi. Kalau dia mahu kalahkan fairy, ini sahaja caranya.
Dia membaringkan dirinya di atas katil. Jantungnya berdegup kencang.
"Mari mulakan, projek Dewain." ujar Chalbakos. Akid mula disuntik ubat pelali.
<><><><>
"Kak Bunga, tak ajak Akid keluar? Dia sekarang betul-betul nampak lain." Bella melirik ke arah tingkap bilik di tingkat atas. Di tangannya sedang bermain pedang. Hari ini mereka mengasah teknik bertarung bersama Bunga.
Chibi mengangguk setuju. "Yalah, sepanjang tahun ni berapa kali je kita nampak muka dia."
Bunga mengeluh berat. Setelah Cahaya tiada disisi, dan dia kembali ingat tentang wanita itu. Akid menjadi seorang yang terlalu berusaha
Setiap hujung bulan dia akan pergi kembara terus ke seluruh Alamria, bertemu dengan para sang Falsafah, mungkin mempelajari daripada mereka. Apabila pulang dia akan mengurung diri dalam tempoh yang lama sekali.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?