Kapten Hawk telah ditemui terlentang bermatakan putih di lantai kamar kapten. Setelah diperiksa ternyata nadi tidak berdenyut lagi.Badik meraut wajah bingung dan risau. Para kelasi juga begitu. Kini mereka berada di tengah lautan. Kalau tiada orang yang mampu mengemudi kapal ini maka mereka akan terus tersadai disini sampai mereka mati.
"Tuan Badik!" Seorang kelasi menolak jatuh Velorum, sehingga kedua kepala lutut lelaki itu menyentuh lantai. Wajahnya meminta simpati.
"Adakah ini kerja kau?" tanya Badik. "Bukankah Kapten Hawk memanggil mu sebelum ini""
"Betul, tapi aku tak sempat menemuinya. Aku ada saksi." Velorum melihat kiri dan kanan, melihat keramaian orang di dalam kamar itu sebelum dia menunding jarinya ke arah Chibi. "Budak itu ada melihat aku! Dia boleh pastikan bahawa aku tak pernah masuk ke kamar ni lagi."
Wajah Chibi di toleh Badik, dia mahu mendapatkan kebenaran. Chibi mengangguk kepalanya. "Benar tuan. Saya telah diberi arahan dari tuan Rentap untuk mengawasinya kecuali ketika dia menghantar makanan ke tahanan kita, itu er sebab saya.."
"Cukup aku tak mahu tahu lebih." Badik memberhentikan bicara budak lelaki itu. "Disebabkan kau ada alibi yang bagus. Maka aku lepaskan buat masa ini. Tapi kau harus dikurung juga."
Velorum akhirnya di kurung bersama Altair dan Poseidon di ruang kurungan. Disangka masalah telah selesai. Namun kejadian malang ini tidak berakhir lagi. Pada malamnya, tiga kelasi telah muntah-muntah dan mengalami demam panas. Beberapa kelasi lain pula pengsan tanpa sebab. Mujurlah ada Ling Ling yang pernah menyertai pasukan perawat sebelum menjadi Hulubalang. Sekarang, dia lah yang menjaga kelasi-kelasi yang sakit ini.
Bagaikan sebuah domino, selepas satu masalah muncul lagi satu masalah. Lautan kini mula bergelora. Kilat sudah pancar memancar di langit. Guruh berdentum dentam. Mereka tahu ribut sedang menghampiri.
Jebat, Rentap dan Nadim mengambil keputusan untuk campur tangan. Mereka menemui Badik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
"Aku hormat kau selaku ketua ekspedisi ini, tapi kita akan jadi lebih teruk kalau tiada siapa yang mampu kemudi kapal ini Badik. Kita ada orang berpengalaman untuk kemudi dalam kapal ni yang telah kau terlepas pandang, tapi ini semua terletak atas tangan kau. Kau harus buat pillihan yang betul-betul crucial untuk kita." kata Jebat.
"Apa maksud kau?"
"Lepaskan Altair, biarkan dia sendiri yang kemudi kapal ini." balas Rentap pula.
"Aku tak boleh buat begitu. Dia musuh kita." Badik membantah.
"Ini bermakna tuan mempertaruhkan nyawa kami semua." celah Nadim
"Dia boleh buat hal yang buruk" Badik cuba menegakkan benang yang basah.
"Kalau apa-apa jadi. Dalam kapal ini kita ada beberapa orang yang berpengalaman bertarung, kita ada Akid. Kita ada orang macam Rentap, Nadim. Malah aku tak rasa dia begitu bodoh untuk bertarung di atas kapal yang menjadi tempat dia berteduh juga." Jebat menguatkan hujahnya.
Badik mengeluh berat. Dia akui bahawa keputusan untuk membebaskan Altair adalah keputusan yang paling tepat untuk situasi mereka sekarang ini. Akan tetapi sekembalinya Badik ke tempat kurungan, dia terkejut apabila pintu kurungan telah terbuka.Cuma Velorum saja di dalamnya. Altair dan Poseidon telah melarikan diri!
Badik terus mencekak kolar Velorum. "Kemana mereka!?"
"Mereka, mereka cuba larikan diri." punca utama Velorum masih kekal disitu kerana dia masih berharap kapal ini akan tiba juga di Surgania. Kepalanya sudah lama dikelabui dengan bayang-bayang Melodi, sehingga dia sendiri dalam keadaan yang tidak berapa waras.
<><><><>
"Aku tak mungkin akan tinggal atas kapal yang terkena sumpahan. Gila apa, sudah la tak ada kapten, ingat boleh hidup lama ke kalau tersadai terus atas kapal ni." Altair bermonolog. Dia bersama Poseidon secara senyap-senyap menuju ke arah geladak bot, cuba melarikan diri dengan menaiki sampannya kembali.
Kapal terumbang ambing, ombak besar mula menghempas-hempas lambung kapal sehingga membanjiri ruang geladak. Air daripada langit mula jatuh secara menggila ibarat tujahan peluru-peluru tanpa henti. Sesekali langit akan menjadi cerah umpama siang.
"Cepat Poi. Aku dah jumpa sampan kita." panggil Altair dari jauh sambil memerhati ke sisi lambung. Tali yang mengikat sampan terus dilonggarkan. Sampannya sudah mendarat di laut. Dalam keadaan badan yang tidak stabil, panda itu berjalan sambil mengimbang diri. Bulu-bulunya telah kebasahan bercampur air hujan dan laut.
"Berhenti Altair!" jerit Badik. Dia datang bersama yang lain. Altair dan Poseidon mengangkat kedua tangan ke udara. Altair tersengih-sengih.
"Aku tak mahu duduk atas kapal yang terkena sumpahan! Kita jumpa lagi! Kemon Poi." Altair memaling tubuh bersedia melompat keluar namun tindakannya berhenti. Bola matanya membesar melihat ke arah bawah lambung kapal. Dia menjerit kecewa. Sampannya telah hancur dipukul ombak besar. Yang tinggal hanyalah kayu-kayu papan yang bertebaran di permukaan laut.
"Hei Altair, nampaknya sampan kau pun turut terkena sumpahanlah." sindir Poseidon. Mereka hanya mampu merasa terkilan kerana ambil keputusan yang salah untuk datang ke kapal ini.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantastikDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?