Di dalam rumah agam yang besar dan indah, Madam Tiara duduk berbual dengan Cahaya. Pada pengamatan Cahaya,wanita ini wajahnya sedikit pun tidak terusik oleh masa. Wajahnya kekal cantik sebagaimana kali pertama mereka bertemu 700 tahun yang sudah. Ini sudah pasti kerana kelebihan keturunan djin yang menjadi sebahagian dirinya. Wanita ini kan makhluk seribu kaum.
Kebanyakan isi perbualan pada petang itu, berkisarkan pengalaman sudah Madam Tiara selama 700 tahun selepas Cahaya bersama yang lain kembali ke masa kini. Dia juga menceritakan kebangkitan Raja Buana Gelap, perang besar yang berlaku antara Sang Kejahatan itu dengan Seri Sang Nilam, kemudian dia menceritakan bagaimana tertubuhnya pusat Sang Falsafah di Kota Oshin yang kini menjadi pusat peradaban dan perkembangan maklumat di Alamria.
Kesempatan yang ada, Cahaya mengambil peluang untuk berbual mengenai Arcana. Rahsia yang kini sudah diketahuinya sejak pertama kali Gambit membawanya ke Alamria. Akid juga mengetahuinya. Namun, apa yang diceritakan pada Akid tidak selengkap apa yang Gambit cerita kan padanya. Hanya dia dan Gambit sahaja tahu kebenaran yang sebenar. Kebenaran yang sebenarnya Cahaya adalah kunci untuk menewaskan Calamity buat selamanya.
"Jadi Akid hanya menjalan kan tugasnya sebagai Guardian tanpa tahu kenapa dia perlu menjaga kau selama ini?"
Cahaya mengangguk kepalanya. "Gambit er Genersis cuma kata, kuasa saya bakal membawa kesusahan jika diketahui orang lain dan Akid mempercayainya.Hakikatnya siapa sebenar diri saya, Akid taktahu. Gambit minta saya terus berahsia."
"Sekarang Calamity sudah terlepas. Mereka akan mencari kau."
Cahaya terdiam, hatinya timbul seribu rasa resah. Madam Tiara nampak perubahan wajah pada wanita berambut perak itu lantas terus dia mengenggam telapak tangan kecil wanita itu. Dia berhasrat untuk mendamaikan keresahan di dalam dada Cahaya.
"Saya tahu. Tapi apa yang perlu saya buat? Saya taknak berpisah dengan Akid." mata Cahaya mula berkaca.
Madam Tiara pula yang terdiam. Rasa kasihan pada Cahaya. Dia tahu hakikat sebenarnya Genesis tidak pernah berjaya menyelamatkan Cahaya dari 'mereka' jika bukan kerana bantuan 'mereka' sendiri. Entah kenapa 'mereka' seolah membiarkan Cahaya diambil mudah oleh Gambit.
Dia teringat ketika dia dan Genesis bertemu seorang makhluk asing yang terdampar di pantai. Lemah dan tak bermaya. Dibawa oleh mereka dan dirawat sehingga sembuh. Makhluk itu tidak pernah dia lihat serupa itu di Alamria. Mempunyai kepak lutsinar, wajah mulus putih namun mempunyai pergelangan tangan dan kaki berbulu tebal seperti haiwan. Katanya dia fairy.
Awalnya mereka tidak mempercayai. Namun kemudian si fairy menceritakan rahsia balik rahsia.
Alamria tanah yang suci,
Namun ia juga penjara buat sang keji,Sang keji dahulunya emas.
Namun curang setelah lemas.21 tingkat dalam tanah.
Sekadar membendung busuknya nanah.Kita semua tahu ia bakal tak lama.
Pabila keluar binasa la kita semua.
Lagu itu menutur dibibir sang fairy. Ia lagu berbentuk amaran kepada mala petaka yang diramalkan bakal berlaku.
"Ada satu pulau, seorang wanita dikurung. Dia merupakan kunci untuk menghalang sang keji ini. Namun dia telah dikurung. Tolong aku bebaskan dia, sebelum calamity keluar dari kurungan. kita perlu membawa wanita itu ke sini." kata fairy itu.
Gara-gara itulah Genesis telah melakukan pelayaran untuk menyelamatkan wanita di sebuah pulau, dan dengan harapan untuk menghalang mala petaka daripada berlaku. Pada awalnya Genesis kelihatan terkejut kerana berjumpa kembali Cahaya. Namun kemudian dia mengagak inilah takdirnya. Kelihatan semuanya kini masuk akal.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasiDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?