Bab 3 Persediaan

3.8K 324 46
                                    

           

Aku dah terbayangkan duit yang banyak dalam tangan. Aku nak beli pakaian, pedang baru. Fuh, serba baru ni macam hari raya plak dah. Cahaya memincingkan pandangannya pada aku. Ceh, apa benda yang dia tak puas hati lagi ni? Nak lawan, cakap.

"Ingat Akid, kau hutang ngan aku makan siang tadi." Ujar Cahaya mengingatkan aku. Pergh berkira. Berapa kerat sangatlah aku guna duit dia. Hei, kalau aku dapat upah ni nanti, tiga kali ganda aku boleh bayar lah. Kecoh minah nih. Kau tunggu, aku ungkit balik benda-benda yang dia hutang ngan aku plak. Nak berkira sangat kan. 

"Ok." Balas aku. Uish apahal ngan aku ni? Ini je mampu keluar dari mulut aku? Ahh. Aku gosok kepala aku laju-laju.

Kami akhirnya sampai ke tavern seperti dijanjikan. Keadaan di dalamnya sunyi sahaja disamping cahaya api yang suram. Aku lihat dua orang lelaki sedang duduk di salah sebuah meja. Satunya kami kenal. Suria Pertama. Seorang lagi tak kenal. Mukanya cengkung saja, rambut berserabut. Inikah orang yang akan bersama-sama kami lawan dengan Petaka Besi? Macam tak yakin je.

"Dua je? Lagi dua mana?" tanya aku sambil mengambil tempat duduk di hadapan mereka. Cahaya juga begitu.

"Lambat sikit." Jawab Suria Pertama.

"Nubis." Lelaki muka cengkung menghulurkan tangan. Aku menyambut tangannya. Sambil memperkenalkan diri kami.

"Jadi beast yang kita lawan ni apa kelebihannya?" Tanya Cahaya. Betul setiap beast ada kelebihan masing-masing. Macam yang lain, mereka juga mempunyai magik. Tetapi lainnya mereka dengan bangsa intelek, ialah mereka tak hasilkan magik daripada stamina. Mereka mengumpulnya dari alam. Pendek kata dalam udara kita ni mempunyai magis partikel. Sama macam oksigen. Namun begitu, hanya haiwan dan tumbuhan sahaja yang mampu menggunakan magis partikel ni. Bangsa intelek tak mampu menggunakannya. Sebaliknya kitorang la merembeskan keluar magik partikel ini untuk kegunaan mereka. Simbiosis. Untuk bangsa jadian, mereka sebenarnya pun boleh gunakan magik partikel, mereka perolehnya dari cahaya bulan. Sebab itu waktu bulan mengambang adalah waktu yang paling terbaik untuk mereka. Kerana penyerapan magik partikel lebih banyak. Ini menjadikan mereka seolah-olah kebal.

"Susah nak cakap." Nubis dan Suria Pertama mula menundukkan kepala. Mata mereka mengecil, terasa seperti ada aura murung dikeluarkan oleh mereka. Pasti beast ini sangat kuat. Manakan tidak, membunuh ramai orang.

Pintu ditolak kedengaran bunyi loceng berdentangan.

"Maaf lewat."

Dua susuk tubuh mula memasuki ke dalam tavern. Aku cepat-cepat berdiri. Aku kenal mereka. Lantas cepat-cepat aku berlari ke arah mereka.

"Cikgu Jebat! Thibout!" aku peluk Thibout dengan gembira.

"Akid?" wajah Cikgu Jebat terpinga-pinga melihat kewujudan aku di dalam tavern ini begitu juga Thibout. Aku tak boleh salahkan mereka. Dah tentu mereka tak sangka aku boleh ada kat sini.

"Kau buat apa je kat sini? Macam mana kau, boleh ada kat sini? Kau dari mana ni?" bertalu-talu Thibout menanyakan aku soalan. Aku ketawa je tengok dia bingung melihat aku macam tengok hantu.

"Panjang ceritanya. Duduk la dulu Cikgu, abang Thibout." Aku mempelawa mereka duduk sekali dengan kami semua. Suria Pertama mulanya berkerut kemudian dia ketawa kecil.

"Korang ni dah pernah kenal la ye?" tanya Suria Pertama.

Cahaya tarik hujung baju aku sambil muncung kan bibir.

"Oh ye, lupa nak kenalkan yang ini Mawar Cahaya." Aku memperkenalkan Cahaya kepada mereka. Cahaya tersengih kerang. Dasar tak boleh tengok lelaki hensem.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now