Pernah diceritakan oleh para pelayar mengenai makhluk terkutuk bernama Gemasik. Mengenai asal kejadian mereka. Daripada mana mereka muncul. Lebih kurang puluhan ribu tahun yang lalu, dikatakan gemasik adalah makhluk yang tercipta daripada buangan sifat negatif para fairy. Selepas perang Arcana, fairy yang ada telah berjanji antara mereka tidak ada yang akan tersesat lagi. Khuatir mereka bakal menjadi seperti Elvey. Mereka berkumpul di tengah lautan. Membebaskan sifat keji mereka di lautan. Dari peristiwa inilah, pengumpulan sifat kejahatan mereka telah melahirkan satu makhluk yang baru dikenali sebagai gemasik.
Gemasik merupakan makhluk yang tertarik dengan bauan malang. Dahulu jika para pelayar yang terdampar di lautan atau kalangan mereka terlibat dengan penyakit dan kecelakaan. Gemasik akan datang secara gerombolan dan menyerang kapal tersebut. Makan segala jiwa mereka yang dikatakan malang.
Di dalam sejarah, tiada yang pernah berjaya melawan gemasik. Ini kerana kekuatan mereka dikatakan jauh lebih tinggi daripada makhluk yang ada bahkan para fairy yang menyedari mereka melahirkan sesuatu yang tidak patut juga tidak mampu membuat apa-apa mengenainya. Makhluk ini tidak mampu dibunuh.
Rentetan itu, Gemasik dibiar terus melata di tengah lautan.Pelayar diingatkan, asalkan kapal mereka tidak berada di bawah sumpahan atau penyakit malang, mereka selamat daripada ancaman gemasik. Gara-gara itu setiap kali melakukan pelayaran, mereka harus melakukan ritual hiburan berbentuk tarian di atas kapal di mana kapten Hawk tidak lakukannya.
Akhirnya ia memakan diri. Kapal yang dinaiki Akid dan rakan-rakan diserang oleh gemasik.
Sekarang, disebabkan Akid telah meleraikan kain peresapia yang mengikat dirinya. Dia telah menyebarkan bauan malang yang kuat ada padanya. Ini menyebabkan para gemasik mencarinya kerana ghairah dengan bauan malang pada Akid. Masing-masing ingin mendapatkan jiwa Akid.
Akid kini di dalam kebuntuan, dia tidak tahu caranya menewaskan makhluk ini tanpa menjahanamkan kapal. Rancangan Akid dia mahu menyerang dengan tangan kosong.Tanpa guna magik.
"Aku akan cuba guna vortex." tutur Merah. Dia menghentak kakinya ke lantai. Muncul vortex gelap di hadapan para gemasik, cuba menyedut masuk ke dalam lohong gelap tersebut. Namun para gemasik tidak tersedut masuk sebaliknya berputar laju mengelilingi vortex tersebut sebelum ia hilang seperti telah dimakan oleh makhluk terkutuk ini. Merah terkejut dengan keupayaan makhluk ini. "Kita dalam masalah."
"AKID! LARI! JANGAN BIARKAN MEREKA MENGAMBIL JIWA MU!!!" Badik muncul daripada sisi koridor yang lain berlari ke arah Merah dan Akid. "MEREKA MAHU KAU!" tempiknya cuba menyelamatkan Akid.
Rintihan gemasik semakin kuat. Mereka cuba menghampiri Akid. Kaki Akid bagai terpasak ke lantai. Tidak mampu bergerak. Hanya mampu menatap para makhluk berkain gelap ini dengan keadaan seperti seorang yang telah dibekukan.
"Tidak!" Badik mula pucat dan berpeluh. Akid tidak akan selamat di tangan gemasik yang banyak ini. "Buat sesuatu!!"
Gemasik mengangkat tangan-tangan mereka.Bersedia untuk menyedut jiwa Akid.
Rintihan mereka semakin bingit. Merah menekup telinga. "Akid! Hancurkan saja diorang! Kita akan cari jalan untuk baiki ruang kapal ni nanti! Akid!!" Merah melihat Akid sedikit pun tidak bergerak, menjadi seperti patung.
Bingit. Segalanya menjadi terlalu bingit. Kepala Merah dan Badik menjadi pusing. Persekitaran mereka seperti sedang berputar. Merah pejam matanya rapat.
Argh!
Rintihan itu kemudian perlahan-lahan mengecil sebelum para gemasik berputar dan bertebaran lari.
Badik terkebil-kebil tidak faham apa yang telah terjadi. Gemasik itu tidak jadi menyedut jiwa Akid? Kenapa?
Altair memunculkan diri. "Ini sangat-sangat jarang terjadi. Gemasik selalunya tidak akan lari meninggalkan mangsa."
"Melainkan...jiwa Akid telah lama mati." gumam Badik melihat Akid daripada jauh. Akid sudah mampu bergerak kembali, hanya tadi kerana dia terlalu takut untuk bergerak.
<><><><><>
Hari sudah siang, kapal mereka sudah terselamat daripada ancaman ribut dan gemasik. Para kelasi yang sakit juga dikhabar oleh Ling Ling sudah kebah daripada sakit mereka. Ternyata mereka sudah melepasi sumpahan yang melanda kapal mereka.
Namun begitu, tangisan syahdu kedengaran daripada kalangan anak kapal. Kematian rakan mereka dan kapten Hawk amat mengesan bagi mereka. Mayat mereka dibungkus dan di tenggelamkan di tengah lautan.
Begitulah penyudah episod hitam pelayaran mereka. Altair dan Poseidon terpaksa berada di kapal ini lebih lama dan membantu untuk meneruskan pelayaran menuju ke Surgania dengan bantuan daripada Velorum.
Pagi itu, Rentap bertemu dengan Jebat. Ada perkara yang perlu dia tahu. Baru ini dia mendapat tahu kebenaran bahawa dia bukan lah manusia atau bangsa intelek yang lain. Dia hanyalah homunculus. Makhluk yang tercipta daripada experiment yang gagal. Apa yang bermain di dalam kepalanya ialah dia ingin tahu, siapa ibunya. Asal usulnya. Kisah disebalik experiment ini.
Jebat menunggu Rentap sambil melepaskan asap rokoknya.
"Ini akan ku ceritakan mengenai seorang wanita yang paling aku sayang, kelahiran kau, Sultan Alam Shah dan mengapa aku rebel menentangnya. Segalanya terkait." tutur Jebat.
-------------
Akan datang kisah Jebat.
Dah lama korang tunggu kan kisah sebalik kenapa Jebat dituduh penderhaka. Kenapa dia melawan Sultan Alam Shah? So Author akan ceritakan apa yang dah berlaku pada zaman dulu...Jeng jeng.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?