Mungkin ada yang masih blur-blur mengenai fairy, Elvey, ratu fairy dan sebagainya. Chapter ni Author mahu cerita sedikit mengenai sejarah Elvey dan para Fairy. Masih ingat tak kisah di Volume 2 bahagian prolog dimana sebuah kota fairy, kota Oberon telah diserang oleh Azazil dan sekutunya?
Masa itu Ratu Tianna merupakan ratu fairy pertama. Bagi fairy, ratu mereka adalah semuanya. Macam semut yang bergantung pada ratu mereka. Begitulah hubungan antara fairy dan ratunya. Pada akhir kisah di prolog, Azazil telah berjaya memusnahkan keseluruhan daerah Kota Oberon dan tidak meninggalkan apa-apa untuk para fairy. Ratu Tianna yang geram dengan tindakan itu telah mengambil keputusan mengorbankan diri demi menewaskan Azazil. Ini menyebabkan fairy kehilangan ratu mereka. Pesanan terakhir Ratu Tianna adalah menyebar ke serata dunia.
Namun para fairy tanpa ratu adalah sesuatu yang membuatkan mereka lemah. Tambahan mereka juga tak biasa untuk hidup di tempat lain. Akhirnya ramai antara mereka gagal untuk survive. Pada ketika itu, pemimpin para fairy mula berkumpul dan mereka mengambil keputusan untuk berevolusi. Mereka memilih untuk menukar bentuk tubuh mereka agar mampu sesuaikan diri dengan alam.
Oleh kerana itu la, muncul kaum fenix, syayap dan sebagainya.
Calamity dan siapa dia?
Calamity dari volume 3 tidak dinyatakan siapa dia sebenar. Tapi hint-hint telahauthor berikan semenjak itu. Contohnya siapa telah terlepas. Siapa yang dikurung. Volume 5 barulah Madam Tiara mengatakan calamity adalah Elvey.
Mungkin ada pembaca yang tanya eh Elvey dah mati volume 2.
Kalau tengok epilog dia masih hidup, dia mengutip dua buah buku. Buku grimoire putih yang hancur ditangan Lica tu adalah pendua yang dibuatnya.
Elvey kenapa dia jadi jahat?
Pada volume 5 Madam Tiara bercerita Elvey telah jatuh cinta pada Ratu Tianna. Kematian ratu telah memberikan dia kesan mendalam. Dan apabila fairy lain mula ambil keputusan untuk mengubah bentuk. Elvey sangat tidak berpuas hati. Dia rasa mereka ingin melupakan ratu fairy dan asal kejadian mereka. (Namun begitu alasannya dia menjadi fenix yang pertama itu bakal author ceritakan dalam volume akan datang.)
Selepast itu, Elvey memulakan ideologi nya. Dia percaya, jika tiada hidupan lagi atas dunia ini maka satu hari dunia akan memulakan kembali kisah. Maka Ratu Tianna akan wujud lagi, Kota Oberon juga tidak musnah lagi, fairy juga akan terpelihara.
Para pemimpin merasakan Elvey gila dan berbahaya. Mereka cuba untuk menghalangnya. Disebabkan Elvey adalah bekas pemimpin kanan fairy, maka dia juga mempunyai ramai penyokong ideologi gilanya. Maka perang tercetus antara dua pihak yang berpendapat berbeza.
Ia dipanggil perang Arcana. Dari sini lah wujud istilah Calamity untuk Elvey.
Pemimpin para fairy wujudkan Arcana untuk lemahkannya. Arcana adalah makhluk-makhluk yang dipilih dan diberi kuasa luar biasa.
Untuk pengetahuan, sesama pemimpin asal fairy mereka tidak boleh membunuh sama sendiri sebenarnya. (Tapi mereka boleh melantik makhluk lain untuk lakukan tugas itu)
Akhir perang Elvey akhirnya ditewaskan dan dikurung. Disinilah Alamria. Penduduknya telah diberi tanggungjawab untuk membendung Elvey sekiranya dia keluar kelak. Namun kurun berganti kurun. Penduduk telah lupa akan tugas itu dan menganggap semua kisah ini tidak lebih daripada mitos dan dongeng.
Begitulah kisahnya..haa amacam. Dah kurang blur sikit tak siapa Elvey? Calamity dan fairy? Harap faham lah.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?