Surgania
Salah satu ketua ahli pertahanan Surgania, Sorbet wanita berkepala burung merpati dan bertopi merah jauh lebih besar daripada kepalanya malah dihiasi dengan buah strawberry telah menemui beberapa mayat fairy tanpa kepala. Mereka telah ditemui terbaring di balik semak-semak. Tubuh mereka bersih tanpa sebarang luka, potongan di bahagian leher juga terlihat kemas tidak seperti dipotong dengan mata pedang atau senjata apa-apa. Sorbet berkerut dahi. Dia tidak pernah sangka berlakunya pembunuhan di daerah Surgania. Satu-satu tempat yang paling damai dalam dunia ini. Walaupun setiap fairy masing-masing berupa berlainan mengikut asal ketua fairy mereka. Seperti dia, dia merupakan kaum syayap. Kaum fairy berupa burung. Nenek moyang mereka memilih untuk menukar bentuk mereka menjadi rupa burung.
Ada yang berupa kucing, arnab, dan ada juga yang berupa kaum manusia. Namun perbezaan ini tidak menimbulkan sedikit pun rasa iri atau perbalahan. Di Surgania setiap kaum ini sangat bertoleransi dan mereka semua sama taraf. Tiada kasta atau penindasan.
Namun pada hari ini, pembunuhan kaum fairy amat lah mengejutkan dia. Surgania pasti telah diceroboh. Hanya orang luar sahaja akan buat begitu. Tidak syak lagi ini pasti kerja Elvey. Gara-gara dia telah terlepas. Pasti dia akan cari kaum fairy untuk dihapuskan. Kerana kaum fairy sahaja yang berupaya untuk menghalang matlamatnya.
Sorbet meneliti lagi pakaian yang dipakai oleh mangsa. Mereka juga adalah ahli pertahanan surgania dan salah satu mayat itu menarik perhatiannya. Ia berbeza daripada yang lain. Matanya mengembang tatkala dia rasa dia kenal pemiliknya.
"Tak akan la dia."
Bahu Sorbet di tepuk daripada belakang. Membuatkan bahunya terjungkit sedikit. Orang yang menepuknya adalah Lullaby. Wanita fairy berambut kuning yang berupa manusia. Lehernya telah dililit dengan kain.
"Teruknya. Siapa yang lakukan ini!" wanita itu menutup mulutnya.
Mata Sorbet terkebil-kebil. "Kau..aku..er..aku ingat kau yang dibunuh.."
"Aku? Kau jangan nak bergurau. Aku salah seorang ahli khas di bawah Ratu Rosetta. Mustahil orang akan membunuh aku." Lullaby menafikan.
"Melalui pakaian nya, ia sama macam pakaian kau selalu pakai."
"Ia bukan pakaian rasmi Sorbet. Ia pakaian harian aku dan sesiapa sahaja boleh memakai pakaian yang seakan aku."
Lullaby mengarahkan Sorbet untuk memaklumkan hal ini kepada Elders Fairies. Dia mengesan bahawa Surgania mungkin sedang terancam. Dia menduga penceroboh masih berada di Surgania dan sedang berlegar-legar. Mungkin juga ingin mengacau upacara Ratu untuk membuka pintu bulan kelak.
Sorbet bersetuju. Jika penceroboh merupakan orang Elvey sudah tentu mereka akan menghalang upacara tersebut daripada dijalankan. Segera dia berjumpa dengan para Elders di Dewan Besar. Dia bercerita perihal pertemuan mayat dan bahana yang menanti namun para Elders tidak mempercayai kata-katanya malah mereka mengetawakannya. Mereka katakan mustahil Surgania diceroboh oleh Elvey kerana lokasi Surgania adalah rahsia dan dilindungi dengan magik.
Apabila dia menemui Lullaby kembali menceritakan kegagalannya menyakinkan para Elders, fairy berambut kuning itu juga turut ketawa.
"Sudah tentulah Sorbet. Sebenarnya tiada siapa yang mati."
"Kalau tiada siapa yang mati mayat-mayat tu?"
"Tak wujud." Lullaby memberikan senyuman. Senyuman penuh berbentuk sinikal.
"Nanti..jangan kata kau lah.." Sorbet mengesan kepelikan pada Lullaby.Dia melangkah mundur.
Dengan laju, Lullaby terus menyentuh dahi Sorbet. Lalu matanya terus tertutup rapat.
"Tidurlah wahai Sorbet. Apabila kau sedar kelak, kau tak akan ingat mengenai hal ini."
<><><><><>
Akid merenung dihadapan cermin. Dia sedang memakai helmet khas, dan berpakaian jubah hitam. Bunga telah menyediakan pakaian ini untuk Akid ini bakal melindungi wajahnya. Mungkin di Surgania boleh guna magik namun di Gargantua nanti sudah pasti magik Kak Merah terhapus kerana Da Vinci beritahu disana tiada siapa mampu menggunakan magik melainkan bergantung pada teras magik.
"Okey tak Akid?" tanya Bunga.
"Dah macam orang jahat je."
Bunga ketawa. "Mungkin, tapi kalau wajah tulang-tulang lagi orang takut nak tengok."
"Ni macam mana nak makan?" Akid menyentuh helmetnya.
"Tanggal lah."
"Lecehnya.."
"Terpaksa."
Pintu bilik diketuk, sejurus kemudian Merah masuk dan memaklumkan bahawa semua orang sedang menunggu diluar. Hari ini, saatnya penting bagi Akid. Ini kerana keputusan yang dia ambil bakal menjadi masa hadapan Alamria. Sekiranya dia mahu berperang, dia perlukan orang. Saat Akid keluar sahaja daripada rumah, beratus-ratus orang sedang menunggu diluar. Antaranya adalah tentera Badik, pasukan lamanya, bekas hulubalang dan pendekar Sultan Alam Shah, pahlawan kaum cacako, jadian dan undead malah Asrar dan pasukan kosongnya turut ada bersama. Kesemua mereka menyatakan sokongan mereka untuk bersama-sama Akid melindungi Alamria. Tanah air mereka.
Akid terkesima dengan suasana seperti ini, perasaan luar biasa dengan tekanan semangat daripada semua orang sangat-sangat dirasai Akid ketika ini. Dia kehilangan kata-kata.
"Sehingga saat ini Akid, tiada orang pernah memiliki kekuatan tentera sebesar ini. Tidak pada Raja Buana Gelap, Sultan Alam Shah malah raja sebelumnya.. Tetapi hari ini, gagasan tentera paling besar dalam sejarah telah dibentuk dan bersama-sama ingin berjuang bersama kamu Akid. Kami semua tak membiarkan semua beban itu ditanggung oleh kamu. Pimpinlah kami. Bawalah kita semua ke arah kemenangan." ucap Badik.
Semua para tentera dan pejuang mula berlutut sebelah kaki beramai-ramai. "Kami berada di belakang kamu Akid! Sang Falsafah Akid!!"
Di balik helmetnya mata Akid mula sebak. Lidahnya kelu.
"Benar Akid. Kami telah mengangkat kamu sebagai Sang Falsafah. Pangkat yang tertinggi dicapai oleh bangsa kita selain daripada Raja."
Akid menjulang sebelah tangannya ke langit.
"Aku, Sang Falsafah Akid berjanji akan melindungi Alamria daripada sesiapa sahaja mengancam tanah air kita ini!! Pegang lah janji ku. Berjuang la bersama aku!!"
Mereka semua bersorak umpama guruh dilangit. Hari itu, pakatan tentera terbesar dalam sejarah Alamria telah terbentuk.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?