Bab 19 Divisyen 09

3.2K 301 22
                                    

Jangan nak mimpi. Aku tak boleh mati disini.

Akid menenangkan dirinya, ditarik nafasnya sedalamnya. Perutnya masih dirasakan sakit. Dia memulakan untuk fokus kesakitan itu. Tenaga magiknya mula berkumpul dikawasan yang telah ditembak. Dia berusaha untuk memberhentikan aliran darahnya daripada keluar dengan membekukan darah di kawasan luka. Kini lubang itu telah berjaya ditutupnya.

Dia membuka matanya, kawasan menjadi sepi. Nampaknya mereka telah meninggalkan dirinya begitu sahaja. Adakah mereka memang mahu membunuhnya atau sengaja mengujinya? Akid perlahan-lahan bangun. Tubuhnya masih lagi dirasakan terlalu lemah.

Dia berjalan terhuyung-hayang kembali ke kawasan penginapan. Semua yang melihatnya terpinga-pinga.

"Akid!" Dororan mendapatkan Akid yang kelihatan pucat lesi. Dororan masih lagi berada diluar kerana dia menunggu Akid. "Apa dah jadi!? Kenapa baju kau penuh darah?" tanyanya dengan cemas.

"Tolong dapatkan seseorang untuk merawat luka aku pls.." Pinta Akid sebelum dia jatuh pengsan semula.

<><><><>

"Apa? Jadi budak Asrar tu hantar seseorang untuk tembak kau?" Dororan mula beremosi. "Celaka, main tembak hendap macam tu."

Akid gigit hujung ibu jarinya. Dia mula berfikir. Adakah memang itu kerjanya Asrar? Jika ya. Asrar mungkin mempunyai pengaruh yang besar. Jika tidak dia tak mampu mengupah puluhan orang seperti tadi. Persoalannya sebesar mana rangkaiannya? Adakah mereka semua mempunyai kuasa magik kuat? Magik Mentarus tempoh hari boleh dikatakan magik kelas tinggi. Ini bermakna juga, Asrar tak memudahkan perjalanannya ke Kapital Diraja.

"Dororan, aku minta maaf. Boleh tak kalau sampai sini sahaja kau teman aku?" tanya Akid. Badannya masih berbalut dengan kain.

"Tak Akid. Aku tak biarkan kau sorang-sorang ke sana. Lagipun kau tak ada magik kan?"

"Siapa kata?"

"Ehhhh.." Terus muka Dororan berubah. "Kau..kau kau.. ada magik?Sejak bila?"

"Maaf aku tak boleh bagitahu kau semuanya. Tapi, kalau kau bersama aku. Nyawa kau dalam bahaya."

Dororan menepuk bahu Akid. "He he. Kau fikir aku selemah itu? Di kampung Kodok, aku dipanggil prodigi tahu." Dororan mula mencekak pinggang, mendabik dada.

Tiba-tiba Akid lekas bangun dari katilnya. Lantas dia menuju ke tingkap bilik dan memerhati luar dalam keadaan sorok-sorok. Dororan turut bangun dari kerusi. "Kenapa?"

"Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Tiada orang lalu lalang lagi diluar. Hairan." Ujar Akid. Matanya masih menatap diluar jalanan. "Tch. Ada seseorang ke mari."

"Siapa?" Dororan turut mengintai di balik tingkap. Dia melihat seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopi hitam sedang berjalan sambil kedua tangannya masuk ke dalam poket seluar. Wajahnya tak kelihatan kerana dari atas, mereka hanya mampu dapat melihat topinya sahaja.

"Kadap ne. Si tua maniring, si ibu bauni atu ngurob. (Hari semakin gelap. Si ayah melihat si ibu memerhati api yang marak.)" lelaki itu mula bercakap-cakap. "Ngana? (Kamu pula?)" Dia mula mendongak sambil tersengih keji melihat ke arah Akid dan Dororan. Akid mengetap gigi.

Bram!!!!

Seluruh rumah penginapan meletup. Letupan itu menghancurkan terus struktur bangunan. Api yang marak terus membakar kepingan-kepingan sisa binaan. Asap berkepul-kepul naik ke atas. Tiada orang berada di sekitar rumah penginapan. Seolah-olah telah dikosongkan.

"09. Divisyen di dalam organisasi Kosong yang ditugaskan khas untuk melakukan assasination. Mereka sangat professional dalam membunuh secara senyap, tetapi adakala mereka gemar melakukan havoc." Cerita Asrar sambil dia meletakkan buah catur ke atas papan. Dihadapannya ialah Mentarus yang masih mengurut dagu melihat catur-catur di atas papan.

"Hantar 09 untuk menguruskan budak tu? Tak ke keterlaluan?" tanya Mentarus, gilirannya pula menggerakkan caturnya.

"Dibandingkan divisyen lain. 09 masih lagi dikira mainan kanak-kanak. Eh woi. Tu kira checkmate la kan?" Asrar terbeliak melihat papan catur.

Mentarus menggeleng kepala. "Belum lagi tuan. Baru check. Boleh jalan lagi. Tapi masih lagi 09 adalah antara pasukan terkuat. Walapun mereka tak punya magik. Tapi mereka mempunyai teknik-teknik membunuh yang sangat menakutkan. Aku sendiri tak nak berdepan dengan diorang secara bersemuka."

Asrar mula mengemaskan rambutnya. "Mungkin."

Mujur Akid sempat membuat dinding magik supaya dia bersama Dororan terlindung dari impak letupan tersebut. Jika tidak mereka sudah menjadi daging panggang disitu juga. Dororan teruja melihat kuasa yang dimiliki Akid.

"Dasyatla kau. Sejak bila kau belajar semua ni?" tanya Dororan.

"Tak ada masa untuk bersembang. Jaga dia datang lagi."

Dua orang lelaki menembak tali mereka ke dinding bangunan lalu dengan laju mereka terbang ke arah Akid bersama pedang katar di lengan kiri dan kanan mereka.

"Orb cahaya!" Dororan mengangkat tangannya. Bola-bola cahaya muncul di udara merata tempat. "Akid hidupkan pendinding kau."

Akid mengikut arahan, setelah pendinding magik dihidupkan. Semua bebola cahaya meletup satu demi satu. Dua orang lelaki yang terbang laju ke arah mereka terjatuh ke atas tanah akibat terkena ledakan bola cahaya Dororan. Tubuh mereka berasap-rasap. Lantas tanpa membuang masa Akid terus menghampiri mereka.

"Mereka hanya manusia biasa. Aku dapat rasakan tak ada magik dalam diri diorang." Akid memeriksa tubuh mereka. Melihat mekanikal yang terikat di pinggang mereka membolehkan mereka terbang ke udara dengan pantas mengikut arah tali yang mereka tembak. Akid terus memeriksa, di belakang tapak tangan mereka. Terdapat tatu bernombor 09. "Ini pasti organisasi mereka."

Salah seorang lelaki yang tercedera itu mula mengerang sakit. Akid terus memegang lehernya. "Adakah Asrar yang menghantar korang?" tanyanya dengan tenang, namun setenang suaranya tindakan dia seperti orang yang boleh membunuh bila-bila masa. Tangan Akid terus mencengkam kuat. Dororan pula jadi gentar.

"Ya." Tiba-tiba mulutnya mengeluarkan buih putih. Dia mula menggeletar dan tak lama kemudian dia tidak lagi bergerak.

"Akid! Kau bunuh dia?"

"Tak. Dia bunuh diri. Cyanide."

"Cya apa?"

Akid terus memeriksa ke dalam mulut lelaki tersebut. Di bawa keluar sesuatu seperti jarum dan beg cecair kecil. "Cyanide adalah racun. Cara mudah untuk mati."

"Mana kau belajar semua ni Akid?" Dororan terpinga-pinga. Sepanjang dia kenal Akid, Akid tak pernah masuk akademi. Bagaimana boleh jadi pandai magik dan tahu hal seperti ini?

"Negara Oshin. Sebagai perintis Sang Falsafah."

"Apa? Kau..kau jadi perintis Sang Falsafah? Biar betul kau? Kau tipu aku eh?" Dororan mula berundur. Ah dia tak nak percaya.

"Sekarang Dororan, buat pilihan. Mahu teruskan atau tak?" tanya Akid.

Terasa seperti soalan yang berat telah ditujukan kepadanya. "Aku takut, tapi..bukan ni ke sebahagian dari hidup di luar kampung ke?"

"Tak ni tak normal. Kalau ikut aku. Bermakna kau sertai medan perang Dororan."

Sekali lagi dia rasa tertekan. "Aku nak jadi kuat macam Kak Merah. Aku takkan mengundur Akid!" ucapnya tegas.

"Bagus, wang masih ada lagi dengan kau?"

"Eh kenapa?"

"Aku lapar. Kita kena makan."

"dalam keadaan macam ni pun kau pikir makan lagi Akid!?"

"Jangan risau, mereka takkan mengapakan kita jika kita berada di kawasan orang ramai. Lihatlah mereka mengaturkan kawasan ini dikosongkan supaya mereka boleh menyerang kita." Ucap Akid tenang.

"Tapi..tapi Akid.... Eh kau pergi mana!?" Dororan mengejar Akid yang sudah berjalan laju ke hadapan.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now