Pasukan penyiasat di bawah Unit Jeneral Archenar tiba lebih dalam ke kawasan selatan dengan kuda-kuda mereka. Saat mereka tiba, alangkah terkejutnya apabila melihat tembok batu yang tinggi memanjang jauh melindungi kawasan Tasik Gelap daripada diceroboh. Sebelum ini mereka dinyatakan oleh kumpulan Undead bahawa tiada tembok seperti ini. Adakah ia baru dibina?
Pasukan penyiasat kembali melaporkan apa yang dilihat oleh mereka.
"Sudah tentu sekali mereka mengetahui yang kita akan menyerang. Sebab itu mereka membina tembok untuk melindungi dari diserang." Kata Alapek Sutup. Namanya memang sangat ganjil namun begitu jangan memandang rendah kepadanya hanya kerana mempunyai nama yang aneh seperti itu. Dia adalah salah satu pemimpin puak balan-balan yang cukup terkenal. Boleh dikatakan bangsawan undead. Semenjak musnahnya Kapital Diraja. Dia dan keluarga mencari perlindungan di kampung halamannya yang berada di Wilayah Emas. Disana, dia diangkat menjadi orang besar puak balan-balan. Tubuhnya besar dan berjambang tebal. Dia juga gemar mengenakan rantai yang banyak pada pergelangan tangannya.
"Membina tembok yang besar dalam masa yang singkat. Kuasa apa yang dimiliki oleh mereka?" tanya Jeneral Archenar yang menjadi tertanya-tanya dengan kehebatan dimiliki oleh pihak musuh mereka.
"Hmm. Menurut pengetahuan aku, ada satu orang yang perlu kita risaukan datang dari kaum cacako. Dia adalah bekas hulubalang istana yang tarafnya boleh dikira ibarat seorang general bagi Gargantua. Dia ini adalah orang yang susah dijangka. Dulu, sekiranya kami mendengar namanya. Kami akan gentar kerana dia tidak gemar makhluk lain dari kaumnya sendiri. Bertemu dengannya depan mata. Maka berdoalah agar tidak dibatukan." Cerita Alapek Sutup.
"Apa namanya?" tanya Kolonel Umira.
"Kelembai. Jika berdepan dengannya berhati-hatila."
"Heh. Jeneral Archenar jauh lebih hebat dari dia." Ucap Kolonel Umira dengan bangga.
"Sudah tentu." Jawab Alapek Sutup.
<><><><><>
Semua para chief dari seluruh kampung berkumpul di rumah Kelembai. Mereka meneliti senjata tombak yang dikutip mereka kelmarin.
"Senjata tombaknya seperti apa yang kita miliki di Alamria. Namun berhasil untuk mencederakan kita." Kata Chief Arjuna. Rupanya seperti biawak bermisai.
"Tidak. Kalau dilihat dari mata tombak. Ia jelas-jelas telah diperkuat dengan magik. Ia panas sehingga besi pun cair jika tersentuh matanya." Kata Chief Hijau, rupa seperti sesumpah. Matanya agak besar.
"Benar ia adalah dari teknologi yang kita tak miliki. Dulu sewaktu aku menjadi hulubalang, aku banyak melihat peralatan perang mereka. Semuanya aneh-aneh." Ujar Kelembai. "persoalannya teknologi mereka serba canggih tapi kenapa membuat senjata yang terlihat kuno seperti ini? Kenapa berupa tombak dan pedang? Mereka ada senjata yang lebih hebat dari ini. Jika kita memiliki rentaka, mereka memiliki senjata yang dipanggil senapang. Rentaka kita mengeluarkan peluru besi yang biasa. Senapang mereka mengeluarkan tenaga magik yang termampat keras." Sambungnya lagi.
"Alasan kenapa mereka tak menggunakan senapang mereka ke atas kita adalah kerana mereka mengetahui siapa kita." Ujar Asrar yang berada disitu. Matanya memerhati setiap satu orang yang ada di hadapannya. Semuanya spesis cicak. "Bukan kita..silap. Aku lain, aku manusia. Siapa korang yang betulnya hehe. Sebab mereka tahu kulit korang yang keras dan sukar dilukai dengan magik. Maka senjata seperti ini lah yang lebih sesuai digunakan."
"Mereka tahu siapa kita?" tanya Chief Arjuna.
"Sudah jelas bukan? Yang mereka mendapatkan bantuan dari orang Alamria sendiri."senyum Asrar.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?