Mawar Cahaya bersiul-siul sambil menyikat rambutnya. Pakaian berselerakan atas katil. Petang ini dia akan keluar bersiar-siar dengan Akid. Walaupun mereka sentiasa mengembara bersama tetapi beza sekali perasaan jika hendak keluar sekadar bersiar-siar. Ini dah tentu lah dipanggil dating. Sudah tentu dia perlu lebih cantik daripada biasa."Hari ini hari jadi Akid..aku kena belikan sesuatu dekat dia. Mungkin aku kena keluar lebih awal belikan hadiah untuk dia. Lepas tu petang nanti keluar dengan dia boleh la aku kasi. Hehe pandai lah awak ni Cahaya. " Gumamnya sambil tersenyum-senyum. "Lepas tu mesti dia balas. 'Eh Cahaya, benda apa kau bagi nih? Hodoh gila." Cahaya membuat gaya kebiasaan Akid bila bergaduh dengannya. "Ambik jela bodoh, hadiah untuk kau. Bukan selalu gadis comel ni nak kasi hadiah dekat udang macam kau." Kali ini dia buat gaya bila dia membalas kata-kata Akid pula.
Mawar Cahaya melihat wajahnya pada cermin, mukanya merona merah. Tipulah jika dia tak ada perasaan pada Akid. 2 tahun yang lepas, dari hari pertama dia sekadar bermain-main mengucapkan perkataan sayang, bakal suami. Sekarang dia termakan dengan kata-kata itu sendiri. Cumanya dia sedikit kecewa kerana kenapa Akid tidak sedar akan perkara itu? Bagaimana Akid boleh menganggap ciuman itu sesuatu yang biasa sahaja? Sedangkan dia malu sampai nak mati memikir hal itu. Sampai sekarang, jika teringatkan hal itu, jantungnya akan berdetap lebih kencang. Darah akan mengepam-ngepam deras ke muka. Akid, tak tahu ke insan yang sentiasa berada di sisi kau ini sudah jatuh hati dengan kau? Tak kah kau mampu melihatnya?
<><><><>
"Lica?" aku terkejut melihat Lica tiba-tiba menyerbu masuk dan memeluk aku dengan sebelah tangannya.
"Aku rindu kau. Ngaw." Senyum Lica sambil mendongak melihat aku. Ekornya meliuk ke belakang. "Kau semakin tinggi Akid. Ngaw."
Aku ketawa. "Macam mana kau tahu aku ada kat sini?"
"Nadim yang bagitahu. Ngehehehe."
Mata aku menangkap tangan kanannya. Ianya seperti tergantung. "Lica, err. Kenapa dengan tangan kau?"
Lica melilau mencari sesuatu di dalam bilik. Dia tersenyum melihat katil yang berada tersorok jauh sedikit dari pintu bilik. Dia menghenyakkan punggungnya ke atas katil. "Ini? Ini berlaku masa aku berlawan dengan Sultan Alam Shah ngaw. Sekarang tangan kanan aku ni terus lumpuh dan tak dapat lagi digunakan. Ngaw. Lupakan pasal ni Akid. Apa tujuan kau kesini? Nak lawat aku ke nih? Rindu aku ye? Ngaw." Lica melirik matanya yang nakal melihat aku.
"Sebenarnya..aku risau kalau kau benci dekat aku Lica. Sebab aku tak sokong kau berperang dengan Sultan Alam Shah."
"Aku faham. Kau jangan la rasa bersalah sangat. Semua tuh dah lama jadi. Sekarang ni, aku datang sini nak jumpa dengan kawan baik aku balik ngaw. Aku gembira sangat dapat jumpa kau hari ni Akid. Kau tahu, aku menangis setiap malam memikirkan aku tak dapat nak selamatkan kau masa kau kena tangkap. Ngew..Pada hari selepas pertarungan kami di Kapital Diraja. Aku cepat-cepat pergi ke Oblige Bokussu dengan harapan dapat membebaskan kau. Tapi sampai sana kau tak ada, rupanya kau dah diselamatkan. Walaupun terkilan dengan diri sendiri namun aku tetap bersyukur. Ngaw." Lica mengesat matanya.
Lica risau kan aku? Jadi selama ini Lica memikirkan pasal aku. Kedengaran hiruk pikuk diluar. Jeritan sorakan orang ramai apabila mendengar seseorang sedang menyanyi dengan iringan musik-musik. Sudah tentu Kapital Gaia sedang berpesta. Sebab itu lah meriah.
"Kau tahu kenapa ada pesta di Kapital Gaia, kid? Hari ini ulang tahun kemenangan kami menentang kerajaan Sultan Alam Shah. Kami namakan ia sebagai hari kemerdekaan Negara Utara. Ngaw" Lica terus berdiri. "Kau tak ada apa nak buat kan? Apa kata kalau kita keluar bersiar sekarang. Boleh kan Kid? Aku dah lama tak keluar ngan kau. Jom. Jom. Ngaw." Sebelah tangan Lica berpaut pada aku. Aku tak dapat nak kata apa. Dia terus menarik aku keluar dari bilik. Er. Agaknya tak apa kot. Aku janji dengan Cahaya nak keluar petang ni. Jadi ada masa lagi kalau aku keluar dengan Lica sementara.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?