Bab

2K 197 31
                                    

Awan gelap bergulung mula mengatapi kapal mereka. Warna langit kelihatan seperti lumut hijau gelap gelita. Laut kian menggelora. Angin ribut mula bertiup ganas. Bunyi siulan daripada langit menambah ngeri taufan yang sedang menghampiri kapal mereka. Kapal mula terumbang ambing, melompat dan jatuh menghempas lautan. Di paksa menari  oleh ombak yang menggulung ganas.  Badai yang datang tidak memberi belas kasihan. Air mencurah-curah masuk ke dalam kapal umpama disimbah baldi yang besar.  Hempasan kuat terasa seperti di langgar batu yang besar.

Anak-anak kapal mula menambat diri mereka pada tiang dan tebing kapal. Takut jika mereka terpelanting dek terkena amukan badai yang melanda kapal mereka. Altair tiada pilihan lain, dia terpaksa mengetuai anak-anak kapal ini menghadapi ribut. Kalau karam kapal ini sia-sia saja hidup mereka semua.

Air yang masuk di bawa keluar oleh anak-anak kapal dengan magik apungan mereka. Ada juga yang membuat pendinding supaya laut tidak terus menyimbah masuk.

Kapal kendalian Altair mula membelah lautan gila. Wajah dia termasuk anak-anak kapal begitu cemas. Situasi yang menggigit ini terasa panjang dan bagai tidak akan berakhir begitu saja. Ini mungkin baru permulaan saja. Altair takut jika hal yang lebih buruk akan berlaku pada mereka lagi. Setidaknya 'itu' masih tidak muncul di lautan ini.

Di dalam perut kapal. Akid yang sedang terbaring tidur terus tersungkur jatuh ke lantai. Pukulan badai telah membuatkan seluruh isi kapal menjadi seperti roda yang sedang berputar. Barangan berterabur dan Akid gagal mengimbangkan dirinya. Setiap kali dia cuba untuk bangun, setiap kali itu juga la dia melambung dan kepalanya mengenai siling. Tiang kayu disitu cepat-cepat ditangkapnya lalu dipeluk dengan kuat.

"Apa dah jadi. Aku tidur terlalu lama, sampai taktahu apa dah jadi kat luar." gumamnya sambil menyentuh kepalanya yang terasa pening.

Merah masuk ke dalam bilik Akid. Daripada cara dia berjalan, sedikit pun tidak nampak terjejas dengan keganasan kapal yang terolek-olek.  Tapaknya terpasak utuh di lantai kapal. Melihat keselesaan Merah membuatkan Akid berkerut dahi.

"Kak, macam mana buat tak kasi melambung?"

"Kau patut guna magik untuk melekat." jawab Merah santai. "Kalau tak kau akan jadi macam Asrar. Dengar." anak mata Merah melihat ke kiri, pintu yang di masuknya. Jari telunjuknya di hala ke langit.

"CELAKAAA KAPAL CELAKAAA TAK GUNAAAAAA!!!!! ADUH!!!" kedengaran suara Asrar memaki hamun daripada luar. Akid melopong di balik helmet yang dipakainya.

"Ajarkan."

Merah mengeluh, "Hm, seharusnya kalau ikut cakap Madam Tiara, kau masih mampu guna magik minima walaupun terikat dengan kain peresapia. Mari kita cuba." tangannya terus menyentuh dahi Akid. Seketika kemudian dia melepaskan tangannya. "Sekarang Akid, cuba alirkan sedikit tenaga magik kamu berpusat ke tapak kaki." arah Merah.

Perlahan-lahan Akid cuba berdiri. Dengan ajaibnya dirinya tidak lagi terpelanting ke sana kemari. "Yes!"

<><><><>


Kedengaran suara seperti rintihan muncul daripada langit. Ia bukan bunyi nafas kencang daripada taufan. Ia sesuatu yang berlainan. Semua orang mula memerhati ke awan tebal yang gelap. Mereka tidak pernah mendengar suara rintihan seperti itu sebelum ini.

Wajah Altair bertukar pucat. Dia menggigit hujung bibirnya. 'Itu' sudah ke mari.

"Tinggalkan geladak ni cepat dan masuk ke dalam!!!" pekik Altair seraya kemudian dia juga ingin berlari masuk ke dalam.

Badik menahan Altair. "Apa kau buat? Siapa yang mahu kemudi kapal ini!?"

"Lupakan pasal kemudi kapal ini nanti! Kita semua kena masuk dalam dan mengunci diri!"

"Kenapa!"

"Gemasik sudah datang!!"

"Siapa Gemasik?"

Altair berdecih. Sesekali dia melihat ke arah langit ribut dengan kilat sambar menyambar.

"Mereka makhluk yang paling terkutuk pernah ada di lautan. Mereka boleh bau malang dari jauh. Makanan mereka adalah jiwa manusia yang tidak keberuntungan. Mereka akan menyedut jiwa-jiwa manusia malang dan hanya meninggalkan kita jasad tanpa roh!"

Rintihan kedengaran semakin dekat. Makhluk-makhluk berkain hitam mula muncul di langit. Berputar-putar menatapi kapal. Mata mereka merah gemilang. Cerah memancar sehingga menyamai cerahnya kilat di angkasa. Wajah mereka tidak kelihatan.

"MASUK!" pekik Badik mengarahkan anak kapal yang lain untuk masuk ke dalam. Mereka semua membuka tambatan lalu berpusu-pusu ke arah pintu masuk ke perut kapal.

Badik dan Altair juga ikut sama menyelamatkan diri.

----------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

----------------------------------------

PS

Author ada buat cerita baru. Magic Inside Us. Cerita ni baru je author tulis sampai bab 10. Kisah bertemakan magic realism. Ada 3 narative dalam satu novel. Semuanya berlaku melibatkan pelajar kelas yang sama. Ada kisah mengenai perempuan berkongsi badan dengan lelaki, kisah bilik yang hidup dan kisah misteri 4 sekawan.

Ada masa jenguk-jenguklah. Vote dan komen ke.

(Cis author tak reti betul promot cerita sendiri wakakaka)


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now