Bab 6 Love

2.2K 230 41
                                    

Sebulan setelah kehilangan Cahaya. Akid menjalani kehidupannya seperti biasa. Untuknya yang langsung tidak pernah mendengar nama itu bahkan mempunyai memori tentang Cahaya sedikit pun tidak mengganggu kehidupan hariannya. Namun ia berbeza dengan Bunga yang lebih dekat wanita tersebut. Saban hari dia akan menangis mengenangkan seorang wanita yang boleh dianggapnya sebagai kakaknya sendiri.

Kehilangan Cahaya bagai telah menebuk ruang yang besar dalam hidupnya. Rindunya bukan main. Ke mana perginya dia? Mengapa Akid boleh melupakan terus wanita itu?

Akid dengan senang boleh berjalan ke sana ke mari, bertukang memasak. Tapi dia, dia tak mampu. Kerana dia lah yang paling ingat pasal Cahaya. Sebulan masanya dihabiskan di dalam bilik. Melayan perasaan sendiri.

Akhirnya, mendengar khabar daripada Bunga mengenai hal ini, Merah bergegas pulang dan menemui Akid dan BUnga. Keduanya dipeluk erat, melepaskan rasa rindunya yang sudah lama sekali di tahan.

"Hei Akid, kau kenal tak aku?" tanya Merah. Sahaja dia menduga, ada baur-baur bergurau sekali dalam nadanya.

"Kenal la." jawab Akid sambil tersenyum. Akid menceritakan pengalaman masa kecilnya dengan Merah. Bagi Merah, semuanya tidak pernah berlaku sama sekali.

Merah kemudiannya menyentuh dahi milik Akid lalu membawa keluar bebenang memori. Cuba menyiasat apa yang telah terjadi. Namun saat dia membaca memori Akid, dia terkejut kerana memori dimiliki Akid sama sekali telah bertukar. Segala memori mengenai kekacauan, penderitaan yang dialaminya sebelum ini hilang sama sekali, ia diganti dengan memori kehidupan orang biasa. Tiada pertempuran pernah dilalui Akid, tiada kesedihan ketara dalam memorinya. Semuanya normal macam manusia biasa lain alami dalam kehidupan seharian mereka.

Merah terus bersandar pada kerusi. Sebenarnya apa yang telah berlaku pada Akid? Bagaimana dia hendak menolong Akid? Adakah patut dia biarkan saja Akid begini. Mungkin ini untuk kebaikan Akid juga kerana kehidupannya sebelum ini sangat tragik. Wajah Bunga dilihat oleh Merah. Kasihan pada budak ini. Sudah pasti dia mahukan Akid yang asal.

Kerana tidak sampai hati berkata apa-apa pada Bunga. Merah cuma mengatakan dia akan mencari jalan untuk memulihkan Akid. Padahal dia sendiri tak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Sehinggalah pada suatu malam, sesuatu telah berlaku pada Akid.

Malam itu suasana terasa begitu dingin. Bilik Akid dicurahi dengan cahaya bulan biru yang sedang mengambang penuh. Tingkap biliknya tidak pernah ditutup rapat oleh Akid semenjak hari dia ditinggalkan oleh Cahaya.

Akid tak pernah bercerita pada orang lain termasuklah Bunga yang sebenarnya dia juga turut rasakan sesuatu telah hilang daripada bahagian dirinya. Namun dia tak pasti apakah itu. Pada setiap malam, pasti dia rasa jantungnya menyucuk-nyucuk. Perasaan tidak damai setiasa berada di pundak dan dibawanya saban hari.

Setiap kali dia hendak kemana-mana, dia akan merasakan ada satu kelibat hitam bermain dihujung matanya. Apakah maksudnya itu? Malah kadang-kadang dia merasakan rindu yang berat di hatinya.Namun rindu pada siapa?

Malam itu, Akid terjaga. Pundi kencingnya terasa penuh. Perasaan malas mula bersarang dalam diri namun digagahi jua niatnya membuang air kecil.

Di luar bilik suasana begitu gelap sekali. Matanya terkebil-kebil cuba melihat laluan. Mujurlah ada sedikit cahaya bulan yang masuk ke dalam melalui kaca siling, boleh la dia nampak sedikit.

"Akid."

Suara sayup di dengarinya. Matanya melihat satu kelibat hitam berlari lalu hilang apabila masuk ke bahagian penjuru lorong. Akid tidak pasti apakah itu, namun dia tidak lah penakut. Segera dia mengikut jejak kelibat tadi. Perasaan ingin tahunya menebal sejak dari hari itu lagi.

"Siapa?" panggilnya. Namun tidak bersahut. Di bahagian kaki lima yang lain, dia melihat lagi kelibat itu berjalan melewatinya lalu hilang kembali. Kemudian Akid mendengar seseorang berbual-bual. Suara itu seakan berdengung dalam kepalanya.

"Manajanji kau Akid? Kau kata mahu melindungi semua orang? Apakah kau sudah berputusasa sehingga menyebabkan diri kau dikuasai oleh kejahatan? Ini bukan kekuatanyang macam kau katakan... kekuatan sebenar kau tak perlu bergantung pada ini."

"Siapa?" tanya Akid lagi.

"Bakal bini kau la bang."

"Siapa?" Akid terus melangkah. Kepalanya berdengung lebih kuat sehinggalah memaksa dia memegang kepalanya.

"Tolong jangan biarkan aku bertepuk sebelah tangan."

"Siapa?" wajah Akid menjadi merah, uratnya di dahi mula timbul. Dia berjalan menyentuh dinding, dijadikan tongkat agar dia tidak tumbang. Langkahnya perlahan. Peluh dingin mula keluar mengalir.

"Aku ada dengan kau ni Kid. Kau pun kena duduk sebelah aku."

Siapa???" Dia memaksa dirinya mengingati sesuatu. Namun benaknya seolah dihalang.

"Aku cintakan kau Akid."

Akid berhenti. Dengungan dan kesakitan di dalam kepalanya hilang serta merta. Kini dia berdiri di hadapan sebuah bilik. Seperti ada satu perasaan memanggil-manggilnya untuk menjenguk ke dalam bilik ini. Perasaan kerinduan.

Tombol pintu dipulasnya perlahan. Tiada orang. Sudah tentulah, rumah agam ini besar. Banyak bilik. Dia hanya tinggal bersama Bunga, Bella dan Chibi. Pasti akan ada yang kosong. Namun apa yang menarik perhatiannya ialah buku-buku yang berselerak di dalamnya pakaian-pakaian penuh di atas katil seperti sebelum ini bilik ini dihuni seseorang.

Akid berjalan menuju ke meja bersebelahan katil. Tingkap di berhampiran direnungnya keluar melihat sebuah pohon sakuja yang bercahaya di tengah taman. Bilik ini ternyata begitu strategik.

Ktak.

Satu bunyi di almari meja menarik perhatiannya. Segera ditarik keluar laci.

Matanya menangkap sesuatu. Satu skroll bercahaya malap di ambil Akid dari dalam laci tersebut. Dibukanya.

[Cari aku.]

Akid tidak faham dengan teks pendek yang tertulis diatas kertas tersebut.

"Cari? Cari siapa? Siapa kau?"tanyanya seorang diri di dalam bilik tersebut.

Kemudian teks itu bertukar lagi.

[Pabila bintang dilangit saling berjajaran menjadi satu jalan yang lurus, itu la kunci membuka kotak pandora.]

"Perasaan cinta kau telah menemui aku Akid." bisik suara wanita yang tiba-tiba muncul betul-betul di cuping telinganya. Akid tergamam, dia segera berpusing tubuhnya lalu entah bagaimana seluruh tempat dia berdiri telah bertukar menjadi padang bunga. Dia melihat dua orang wanita berdiri di hadapannya. Seorang bertopeng seorang lagi cantik wajahnya. 

Seorang wanita bertopeng mula menghampiri Akid lalu disentuh dahinya. "Hanya jika perasaan jujur dan cinta yang mendalam sahaja mampu meleraikan kau dari sumpahan ini. Tidurlah Akid, semoga hidup kau tidak lagi dipenuhi dengan kesengsaraan."

Pandangannya mula menggelap.

"Akid! Cari aku! Aku tak seperti yang kau bayangkan. Cari aku Akid!" Akid mendengar suara wanita sayup-sayup.

Akid tersedar, dia kembali berdiri di dalam bilik yang kosong itu. Namun begitu, sesuatu telah membuka dirinya kembali. Peluh dingin lebat membanjiri wajahnya.

Air matanya juga mula menitis. Skrol ditangan dipeluknya erat. Matanya terpejam rapat.

"Cahaya." ungkapnya perlahan.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now