Bab 1

2.5K 227 24
                                    


Seekor burung utusia terbang melintasi hutan-hutan di sekitar Wilayah Emas. Kini dia berada di Bandar Awang Perkasa. Berhenti seketika di sebuah tiang kayu sebelum memulakan penerbangannya kembali.

Burung ini merupakan burung pembawa mesej yang menjadi salah satu cara orang Alamria untuk berkomunikasi jarak jauh. Selain daripada pantas, burung ini juga mampu mengenal pasti malah tahu keberadaan penerimanya tanpa gagal. Terima kasih pada magik clavoryane yang dimilikinya. Pepatah di Alamria juga ada selalu menyebut, 'jadi la seperti utusia, mereka sentiasa tahu destinasi mereka.' Pepatah ini sentiasa menjadi nasihat  kepada seseorang yang sedang berbelah bahagi dalam melakukan sesuatu.

Si burung terbang merendah, menuju ke sebuah rumah agam yang besar. Melihat sebuah tingkap yang terbuka luas, si burung terus menapak kedua kakinya di situ.

Kruk! Krukk.

Burung ini berkeriut-keriut di tingkap bilik. Seolah-olah sedang memberitahu 'aku sudah sampai membawa mesej untuk kamu'

Bunyinya nyaring sehingga mampu didengari Akid di luar bilik. Segera dia berlari masuk untuk melihat siapa gerangan yang membuat bising. Rupa seekor burung pembawa mesej  bisik hati kecilnya.

Melihat ada sesuatu yang terikat pada kaki si utusia ini, terus dia mengambilnya tanpa ragu. Sesudah melaksanakan tugasnya, sang burung mula terbang pergi.

Kertas bergulung di tangan segera di buka Akid. Ia kosong tanpa tulisan. Ini membingungkan lelaki itu. Tak semena-mena kertas tersebut mula berpecah menjadi kecil dan seperti ada angin meniup kertas itu mula terbang masuk ke dalam bilik, lebih hairan kepingan kertas ini semakin banyak dan berputar seperti taufan kecil di dalam bilik itu. Sebelum ia berkumpul menjadi bentuk manusia.

Daripada cemas, kini dia tersenyum. Figura kertas itu mirip dengan rupa Kak Merah. Ia bergerak-gerak seperti makhluk hidup.

"AKid aku dah terima mesej kau. AKu lega bila dapat tahu kau akhirnya sudah sembuh. Soal aku kau jangan risau sangat lah. Kami berjaya masuk ke Guererria tanpa masalah. Kau pasti tak akan percaya kalau aku cakap General yang ditugaskan mengawal negeri ni berpaling tadah dan berpihak pada kita. Ini berita yang gembira. Tak lama lagi kita mesti dapat menawan Alamria semula.

Akid, apapun aku nak cakap, yang aku rindu dekat kau. Aku tak sabar nak berjumpa kau kelak. Tapi entah bila. AKu dengar kau plan mahu pergi Gargantua? Aku harap kau berjaya. Salam sayang daripada aku. Kakak kesayangan kau kahkah." ujar si figura kertas tersebut sebelum ia berpecah kembali menjadi kepingan kertas.

Akid menggelengkan kepalanya. "Menunjuk-nunjuk la Kak Merah ni." omelnya terhadap magik baru yang digunakan Merah untuk menghantar mesej.

                                                                       <><><><>

"Lagi barang apa yang tak beli? Semua dalam list tu kau dah pangkah?" tanya Bunga pada Chibi yang sedang memegang kertas list barangan yang patut mereka beli.

"Tak cukup lagi ke kak Bunga? Banyak dah ni." Bungkusan berisi bahan-bahan makanan di pegang erat oleh Bella dengan kedua tangannya. Mukanya berkerut-kerut.

"Ada beberapa lagi kak."ujar Chibi.

"Wua, nak balik. Malas lah nak angkat barang ni." rengek Bella.

"Diam la. Jangan melawan senior."

"Kak Bunga, saya tak faham la,kenapa nak beli banyak-banyak barang. Kita ada lima orang je." tanya Chibi. Ditangannya ada satu bungkus barangan masak, di tangan Bella ada dua bungkus. Melihat betapa banyaknya barang masakan yang dibeli, seperti mahu menjamu satu kampung.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now