Bab 22 Akid vs Amuk Kasturi

2.4K 207 60
                                    

Amuk Kasturi melibas-libas pedangnya di udara. Bersedia untuk menghentak budak lelaki yang cuba mencabarnya ini.

"Nampaknya perasaan agak surreal bila tengok muka kau sama macam tuan aku. Macam terpaksa lawan tuan sendiri. Haha."

"Hei, Amuk Kasturi. Andai kata aku mati di tangan kau. Apa jadi pada teman aku yang lain?"

"Sudah tentu mereka akan mati sekali."

"Oh. Itu je aku nak tahu. Supaya aku tak rasa menyesal berlawan dengan kau."

Akid menarik nafas dalam-dalam. Walaupun ragu-ragu dengan keupayaannya sendiri. Namun keputusan ini telah difikirkan masak-masak. Dia tidak akan mundur. Sesekali tidak akan mengaku kalah sebelum berlawan. Masa hadapan menantinya. Alamria berharap padanya.

"Cahaya, Bunga. Kalau apa-apa jadi dekat aku, harap korang jangan menangis pulak. Kalau ada peluang untuk lari. Lari kay? Okey lah fuh." Nafas berat dihela. Jantungnya berdegup kencang. Benar-benar rasa gugup.

Posisi kakinya mula berubah. Kaki kanannya dilunjur sedikit kebelakang. Kaki kirinya dibengkokkan sedikit bersedia untuk menujah ke depan. Pandangannya menghala pada Amuk Kasturi.

Pedang mula terhasil di tangan Akid.

"Amuk Kasturiiii!"

Kakinya mula bercahaya biru. Rambutnya mula bergerak-gerak pantas umpama lalang ditiup angin. Batuan kecil berarak menjauhinya. Tanpa berlengah dia menujah dirinya ke arah iblis perang tersebut.

Aaaaaaaaa

"Hei. Akid."

"Ada apa tok jun?"

"Apa yang jadi pada diri kamu adalah dugaan. Tok harap kamu terus tabah dan kuat. Akid boleh janji tak dengan tok, yang Akid tak akan berputus asa? Yang Akid akan menjadi seseorang yang membanggakan Tok?"

"Kalau tok harapkan Akid macam tu. Akid akan jadi macam tu tok! Akid janji! Tok Jun lihat sahaja lah. Perhatikan Akid dari belakang ya!"

Akid bertembung dengan Amuk Kasturi di tengah udara.

Pedang bertemu pedang. Besi menghasilkan percikan api.

Pedang diangkat lagi.

Diterjah kembali. Berlaga.
Terus berlaga. Menghentam. Membantai satu sama lain.

Bunyi bingit terhasil daripada pertembungan besi dan besi. Tanah sekitar meletus dek tenaga gelombang kejut.

Akid kau harapan kami. Aku takkan benarkan kau mati.

Gulai. Aku takkan mati disini.

Akid ditendang oleh Amuk Kasturi, lalu jatuh ke tanah. Tubuhnya berguling-guling sebelum dia terbaring melihat langit.

Lelaki iblis menjunam bersama pedangnya menusuk terus ke dada Akid.

Pedang ditarik keluar. Percikan darah keluar dari dadanya.

Akid menolak kakinya. Dirinya terbang melayang tanpa kawalan lalu jatuh terseret di tanah. Lubang di dadanya mula menyembuh.

Amuk Kasturi kembali lagi dan terus memegang salah satu tangan milik Akid dan terus memotongnya.

"Aaaaargh!!!!"

Tersembur la lagi darah Akid. Menjerit la dia kerana kesakitan menusuk-nusuk amat sangat. Bergetar giginya. Namun itu tidak memberhentikan Akid. Terus dia berpusing badan, menendang iblis itu jauh-jauh.

"Haa yeah, macam itu la Akid! Darah panas membuak, darah wira mengalir dalam diri kau. Luahkan!"

Tangan Akid yang kudung kini mula tumbuh kembali. Dari munculnya tulang, otot, urat saraf lalu sempurna menjadi tangan yang baru.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now