Bab 12 Small talk

2.4K 217 90
                                    

Sementara Cahaya dan Wira Jaya dibawa menuju ke bilik penginapan mereka, Akid pula disebaliknya. Dia diiringi oleh Genesis menuju sebuah dewan. Dewan itu kosong, tak ubah seperti sebuah tempat untuk berlatih bertarung. Dinding dewan tersebut di hiasi dengan ukiran kepala haiwan setiap selang sedepa. Lantai pula diperbuat dengan buluh. Suasana dalam bilik itu kelihatan suram. Api dari obor tidak mampu menerangi keseluruhan kawasan. Mungkin disengajakan menyuramkan keadaan di dalam dewan ini.

"Baru sampai dah kena belajar ke apa ni?" Akid ketawa. Sangkanya Genesis mahu mengajar magik fusion. Namun sebenarnya itu bukan tujuan Genesis membawanya ke sini.

"Berapa lama dah kau tahan?"

"Hah? Tahan apa?"

"Racun dalam tubuh kau. Aku boleh nampak kau sedang menahan sakit sahabat ku. Depan mereka kau boleh berpura-pura. Depan aku, kau tak mampu sembunyikannya."

"Syukurlah kau boleh nam..." Akid terus tumbang. Dia sudah tidak sedar diri lagi. Mukanya berpeluh-peluh dan menjadi merah. Nafasnya turun naik dengan laju.

"Kau beruntung Akid kerana bertemu aku awal." Genesis menepuk tangan. Lalu dari pintu-pintu dewan terbuka. Masuklah sepasukan perawat membawa kotak-kotak alat mereka.

"Aku mahu kalian sedaya upaya untuk menyelamatkan dia!"

"Baik tuan!!"

<><><><><>

Cahaya berada di kolam air panas. Dia berasa segan kerana berkongsi kawasan mandi dengan wanita-wanita lain. Mereka ketawa melihat kelakuan Cahaya.

"Apa yang nak dimalukan cik Esta? Kita sama-sama wanita." Ujar salah seorang daripada mereka. Dia berenang ke sebelah Cahaya. "Kulit kamu, mulus juga." Pujinya sambil melirik ke arah lengan Cahaya.

Cahaya ketawa dalam hati. Bukan badan dia pun.

"Te..terima kasih."

"Cik Esta, kami tak faham, kenapa tuan muda boleh menerima orang macam Cik Esta sebagai tetamu. Jelas sekali, sepatutnya orang macam Cik Esta tidak layak untuk jejak kaki di kota ini langsung."

Kata-kata itu jelas-jelas mengandungi sindiran dan kejian. Ini menjadikan Cahaya merasa geram. Dua tiga wanita lain berenang menghampirinya.

"Tengok la rambutnya. Mana tahu ada kutu." Mereka bermain rambutnya. Cahaya segera menarik kembali rambutnya dan menolak salah seorang daripada mereka dan berenang ke arah lain. Dia perlu keluar daripada kolam ni.

"Saya tahu kenapa dia menemani kawan kepada tuan Genesis. Kerana dia ingin menumpang senang. Dasar pelacur." Mereka mengetawakan Cahaya. Kerana tidak tahan mendengarnya, Cahaya terus keluar daripada kolam air panas.

"Saya paling benci apabila tetamu saya dilayan tidak sepatutnya."

"Ah! Madam." Wanita-wanita itu beratur secara sebaris di dalam kolam sambil kepala mereka menunduk seperti mahu terus masuk menyorok dalam air. Seorang wanita tubuh agak besar namun cantik masuk ke ruang mandi secara berkemban. Rambutnya sama seperti Genesis, berwarna hijau. Namun lebih berkerinting. Dia merapati Cahaya lalu dipeluk bahunya wanita itu. Kemudian dia menghadapkan Cahaya kearah wanita-wanita di dalam kolam tersebut.

"Sekali lagi saya dengar tetamu ini dihina. Kalian boleh berambus dari rumah ini. Saya tak perlukan orang berhati keji berada di dalam rumah ni faham?"

"Faham madam."

"Sekarang keluar."

"Baik!" mencicit mereka keluar dari kolam mandi lalu berjalan keluar secara tolak menolak. Rasa malu dan takut terus menebal dalam diri mereka masing-masing. Tidak sangka Madam Besar akan masuk ke ruang mandi.

"Saya harap kamu tak kecil hati. Tak semua pembantu kami sebodoh itu. Ada yang berhati baik." Wanita itu mula menenggelamkan separuh tubuhnya ke dalam kolam mandi.

"Eh takpa, takpa. Saya okey saja puan..err..."

"Tiara. Madam Tiara."

"Ha ya Madam Tiara. Lagipun saya hanya tetamu."

"Tetamu la harus dilayan dengan baik. Apa nama kamu?"

"Esta."

"Bukan nama yang kamu pinjam badan ini. Nama sebenar kamu."

"eehhh." Terbeliak mata Cahaya. Bagaimana dia tahu? Akid cerita kan ke? "Nama saya Cahaya. Mawar Cahaya."

"Cantiknya nama. Saya panggil awak Mawar boleh?"

"Ikut la Madam."

"Bagus. Kamu mesti terkejutkan bagaimana saya boleh tahu?"

Cahaya mengangguk dengan laju.

"Ini la kelebihan saya. Masuk la kembali ke dalam kolam ni. Jangan la berdiri tercegat saja." Ajaknya. Cahaya kembali masuk ke dalam kolam. "Saya sebenarnya kakak kepada Genesis. Dahulu saya juga bersikap seperti wanita-wanita tadi. Kerana jalur keturunan saya yang jauh dihormati walaupun di kalangan bunian. Saya menjadi sombong. Namun apa yang merubah sikap saya adalah Genesis sendiri. Melihatkan dia tidak merendah-rendahkan kaum lain dan beranggapan setiap kaum adalah setaraf. Maka saya mula admire dengan sikapnya. Kerana tidak mahu menjadi seorang kakak yang bakal memalukan dia. Saya juga mula mengubah sikap diri saya. Lagipula, itu la sepatutnya dilakukan oleh saya. Dalam diri ini, saya dan Genesis adalah mewakili seluruh kaum di Alamria. Darah mereka mengaliri dalam diri kami juga. Jadi kenapa hendak merendahkan kaum lain pula kan?"

"Saya sebenar kagum la. Tentang bagaimana keluarga madam boleh menerima berkahwin campur dengan kaum yang lain. Biasanya bunian pasti mahu berkahwin dengan bunian. Manusia dengan manusia kan?"

"Itu la adat dan tradisi kami." Senyum Madam Tiara.

"Bagaimana dengan kamu pula Mawar? Saya pasti kamu bukan seorang manusia, bukan juga mana-mana kaum di sini. Kamu adalah *****( hanya mulutnya sahaja bergerak, tetapi suaranya tidak keluar). Bagaimana boleh berada di Alamria?"

Cahaya terdiam. "Madam tahu semuanya. Bagaimana madam lakukannya?"

"Kan saya sudah kata. Kelebihan. Atau kamu boleh panggil ia sebagai magik gerak hati. Hm tapi saya tak rasa ia adalah magik. Jujurnya saya tak punya magik yang gah namun mempunyai kelebihan seperti ini sahaja."

"Memang benar saya bukan makhluk di Alamria ini. Saya takut Madam. Saya takut jika orang di sana datang mengambil semula saya. Saya tak nak berpisah dengan Akid." Cahaya menggenggam tangannya dan di letakkan di dadanya.

"Jika begitu apa yang perlu kamu lakukan adalah menjadi lebih kuat. Saya rasa saya boleh bantu kamu dalam hal ini. Mahu tak?"

Mata Cahaya bersinar-sinar. "Ajar saya madam! Saya sangat berterima kasih kalau Madam dapat membantu saya. Saya mahu jadi kuat agar boleh membantu Akid!" ujarnya dengan penuh keyakinan.


Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now