BAB 17 Ambang Perang

2.4K 226 28
                                    

Akhirnya Jeneral Archenar mengadakan pertemuan dengan dua kolonel, satu kolonel dari unitnya dan satu lagi kolonel bantuan yang dihantar oleh Borealis. Mereka membincangkan langkah untuk mengambil kembali Wilayah Emas. Di sebuah kedai makan, penuh sahaja dengan tentera mereka.

"Maaf. Aku kena tolong para monyet disini untuk melakukan tugas mereka terlebih dahulu. Macam yang korang tahu la, aku tak suka terhutang budi. Tambah-tambah dengan para makhluk yang tak bertamadun." Ucap Archenar, menenggak arak. Di rasa terlalu lama dia tidak minum minuman keras itu semenjak dipenjarakan.

"Itu tak mengapa puan, er. Saya dengar dari Kolonel Umira yang puan akan masuk ke kawasan Tasik Gelap. Itu bermakna tujuan kita adalah sama. Jeneral Borealis mengirimkan 5000 prajurit elit untuk menakluki kawasan itu terlebih dahulu kerana di sana boleh jadi ancaman terbesar kita. Musuh boleh menyelinap masuk ke Un-Hana dengan menggunakan jalan di Tasik Gelap. Jika kita berhasil mengawal tempat tu. Maka, kita boleh membantutkan rancangan musuh untuk masuk ke Un-Hana." Kata Kolonel Hayat pula sambil menunjukkan jarinya pada peta Alamria.

Sebenarnya tidak jauh dari kawasan perbincangan mereka, kebetulan Cahaya, Bunga dan Akid turut makan disitu. Tak sengaja pula mereka mendengar perbualan tersebut.

"Kak..kenapa open sangat diorang bincangkan rancangan diorang?" bisik Bunga.

"Er..mungkin sebab diorang tak fikir ada orang yang akan curi dengar." Jawab Cahaya. Sebenarnya ia agak bodoh buat tentera Gargantua kerana bincang rancangan perang mereka secara terbuka. Kerana di dalam perang, semuanya perlu la dilakukan dengan berhati-hati walaupun di markas sendiri seperti ini. Tetapi adakah mereka terlalu memandang rendah pada orang Alamria?

"Kak. Bunga dengar diorang nak serang Tasik Gelap. Kita harus buat sesuatu."

Cahaya gigit bibir. Ini bakal menjadi lebih sukar jika perang berlaku di sana. Kalau Asrar terbunuh, maka Akid mungkin tak dapat disembuhkan.

"Akid? Eh mana Akid?" tanya Cahaya. Bunga dan Cahaya melihat kiri dan kanan. Akid hilang dari situ.

"Ini anak siapa pulak yang terencat nih!!" terdengar jeritan dari arah berkumpulnya tentera Gargantua.

Mata Cahaya dan Bunga terbelalak luas bila melihat Akid berada di tepi meja Jeneral Archenar dan para kolonel. Hampir pengsan dibuatnya. Cahaya suruh Bunga tunggu sementara dia sendiri akan pergi mengambil Akid.

Saat dia mendekati meja tersebut, para pengawal tentera terus mengacu pedang mereka ke arah Cahaya.

"Berhenti disitu budak. Kau nak buat apa?" tanya mereka.

"Maafkan saya.. anak terencat itu adik saya." Cahaya cepat-cepat bersujud.

"Oh haha. Yakah? Kelihatan dia sangat lapar." Ujap Jeneral Archenar sambil melihat Akid yang suka-suka dia sahaja mengambil makanan dari pinggannya. Dada Cahaya berdegup pantas. Takut sekali Akid dibunuh disini. Tambah pula di hadapan mereka ini adalah tentera berpangkat tinggi.

"Ma.maaf kan saya. Dia tak tahu apa-apa. Mohon jangan diapa-apakan dia." Rayu Cahaya.

"Uh..muka adik awak ini kelihatan sangat familiar." ucap Jeneral Archenar sebelum dia mendiamkan diri. Dia melihat Cahaya dengan matanya yang tajam. Cahaya merasakan aura membunuh yang sangat menakutkan.

Gawat! Fikir Cahaya. Dia langsung terlupa akan status Akid sebelum ini sebagai ketua pemberontak. Dengan meletakkan kan topi dan pakai pakaian yang biasa sahaja tak cukup menyembunyikan Akid.

Dup. Dup.

Perasaan Cahaya semakin cemas, dia semakin berpeluh-peluh. Kalau diketahui identiti mereka, maka mereka bakal terbunuh disini. Apa yang perlu dia buat? Melawan dan cepat-cepat melarikan diri? Tapi mereka mungkin tak mampu kerana ini adalah jeneral mereka. Dia pernah dengar kuasa seorang jeneral sahaja mampu menghapuskan satu Alamria. Cahaya mengetap gigi. Tubuhnya menggeletar.

"Dia macam badut di tempat kami." Archenar ketawa. Kolonel Umira dan Hayat hanya mendiamkan diri.

"Puan. Puan dah mabuk teruk ni. Marilah, pulang ke khemah." Ajak Kolonel Umira.

Kemudian tentera Gargantua semua beransur pergi meninggalkan Akid dan Cahaya disitu.

"Cahaya!"

Cahaya menonggak kepalanya. Dia menghela nafas semacam terlepas dari hukuman gantung. Tekanan itu langsung hilang.

"Akan! Akan!" senyum Akid.

Cepat-cepat Cahaya bangun lalu memeluk tubuh Akid,

"Akid, tolong jangan buat Cahaya sakit jantung lagi.." katanya sambil air matanya mengalir keluar seperti sungai.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now