Bab 5 Chalbakos World

3.5K 317 34
                                    




Macam sifat seorang kanak-kanak, Cahaya dan aku tak henti-henti mengagumi setiap keganjilan yang kami lihat. Ada satu bunga kalau kita langgar ia akan membesar sampai mencecah langit. Ada sekor ular pula berlingkar secara mengundur, hujung ekor berkelip-kelip merah. Awan di langit plak ada boleh bertukar-tukar bentuk. Kadang-kadang jadi bentuk haiwan, kadang-kadang abjad dan perkataan macam. 'Ohh.' 'Poot..' 'Witwitt-cik adik manis.' Macam tak ada makna tapi menarik!

"Err untuk apa kita masuk ke alam djin ni cikgu?" tanya aku.

"Kita nak pergi jumpa Sang Falsafah. Ada urusan dengan dia." Jawab Cikgu Jebat.

"Dari kalangan djin pun ada Sang Falsafah jugak pakcik?" tanya Cahaya pulak. Aku tahan ketawa, pakcik dia sebut. Haha. Memang pun. Dah tua.

"Ada. Tapi ini adalah Sang Falsafah terakhir dari kalangan djin. Hidup sudah jangkau 300 tahun." Jawab Cikgu Jebat. Dalam bangsa intelek, kaum djin memang istimewa dari kaum yang lain, hayat mereka boleh jangkau sampai seribu tahun. Tetapi mereka ada kelemahan, mereka tidak pandai berorganisasi. Ini menjadikan mereka tidak mampu memimpin sebuah negara.

Kami mendaki sebuah bukit dipuncaknya kami menemui sebuah rumah separa bulat yang terbuat daripada batu. Terdapat sedikit lumut yang mula timbul di bahagian bumbung. Sekitar kawasan rumah ini tiada pokok apapun. Hanyalah lapang dan berumput saja. Jadi inilah rumah Sang Falsafah dari kalangan djin ya.

Cikgu Jebat mengetuk pintu. Kemudian tak semena-mena pintu tersebut mula menimbulkan wajah. Terbit mata, hidung dan mulut di permukaan kayu. Erk. Thibout, Cahaya dan Aku terbeliak. Pintu ada mata mulut! Ganjil!!

"Siapa kamu? Tora-tora.." tanya pintu tersebut sambil matanya melihat kearah Cikgu Jebat.

"Aku mencari tuan kamu. Sang Falsafah Chalbakos." Jawab Cikgu Jebat.

"Boleh saya tahu dulu dengan siapa saya bercakap? Tora-tora"

"Jebat dari Kapital Diraja, sahabat lamanya."

"Tapi Kapital Diraja dah musnah. Tora-tora"

"Kau ni pintu baru ya? Mana pintu yang lama? Banyak tanya plak. Apapun kata saja Jebat."

"Pintu yang lama dah musnah. Saya la pintu baru. Tora-tora."

"Yelah aku tahu. Cepat sikit panggil Chalbakos."

"------------------" keadaan menjadi sepi seketika. "...boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap? Tora-tora."

"Jebat!!! Jebat la bodoh!!" Cikgu Jebat mula mengangkat tangan, cepat-cepat Thibout menahannya. Belum pernah lagi aku tengok Cikgu Jebat meradang macam ni. Hahaha. Hilang sabar nampaknya.

"Cakap la awal-awal. Sekejap. Tora-tora.." Wajah itu hilang dari pintu.

Kami semua menepuk dahi.

Tak lama kemudian pintu itu terbuka sendiri. Cikgu Jebat menjenguk masuk kemudian diikuti kami.

Ruang dalamnya kecil sahaja. Banyak buku berselerakan di atas lantai. Cikgu Jebat suruh kami menjaga langkah kami. Jadi kami terpaksa melangkah dengan berhati-hati. Aku toleh ke kiri dan kanan. Tiada siapa di dalam rumah ni.

"Jebat!! Sahabat ku." Ujar satu suara yang halus. Aku berpusing-pusing mencari pemilik suara itu namun tak kelihatan sesiapa sampai la satu saat aku lihat satu bentuk kecil melompat ke atas meja. Rupa macam serangga plak. Badan hijau. Tidak berpakaian, tetapi memakai topi. Sedang elok duduk bersilang kaki diatas bukunya. Dia ke Sang Falsafah Chalbakos? Keciknya!!

"Akid, comel la." Bisik Cahaya.

"Chalbakos, pintu lama kau pergi mana? Pintu baru kau ni menjengkelkan." Tanya Cikgu Jebat.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now