Pesakit-pesakit di bawah jagaan Ling Ling semuanya diikat pada katil agar mereka tidak tercampak daripada tempat pembaringan. Jumlah mereka kini meningkat kepada 15 orang. Ling Ling khuatir jika jumlah kelasi yang akan terus sakit menjadi lebih ramai lagi. Dia tidak pasti apakah punca para kelasi ini jatuh sakit. Namun menurut Badik, kapal ini telah pun berada di bawah sumpahan. Maka itulah penjelasan paling logik yang boleh dia pakai.
Di dalam ruang yang kecil yang menempatkan katil para kelasi, lampu magis yang digantung pada dinding kapal mula berkelip-kelip. Kedengaran tapak kaki berlari-lari di luar sebelum beberapa kelasi, Badik, Altair dan seekor haiwan gempal juga turut masuk ke dalam ruang bilik dalam keadaan pucat. Pintu ditutup rapat-rapat.
"Apa yang berlaku?" tanya Ling Ling.
"Hal yang buruk." jawab Badik. "Aku patut bagitahu pada yang lain." Badik cuba membuka pintu kembali namun dihalang oleh Altair.
"Kau tak boleh buat begitu, sudah terlambat."tutur Altair.
"Tetapi mereka akan..." mata Badik melirik keluar arah luar tingkap bulat yang berada di pintu. Terdapat seorang kelasi mula mengetuk pintu dengan kuat meminta untuk masuk ke dalam.
"Berikan aku masuk!" pinta kelasi tersebut daripada luar diiringin bunyi ketukan pintu.
Badik melihat ke arah Altair. Altair hanya menggeleng kepalanya. Seperti memberitahu 'jika kau membukanya kita semua di dalam ini akan bahaya.'
Pintu bilik terus di ketuk. " Aku mahu masuk tolonglah!"
Badik melirik wajah kelasi itu dalam-dalam. Cermin tingkap ini hanya mampu daripada dalam keluar.Bukanluar ke dalam. Jadi kelasi itu tidak akan nampak siapa yang berdiri di balik pintu. Anak raja itu hanya mampu berkerut dahi dan bersimpati.
Ling Ling berdiri. "Kenapa tak bagi dia masuk? Apa yang ada diluar?" dia seakan tidak berpuas hati dengan tindakan Altair dan Badik. "Bagilah dia masuk supaya dia boleh berlindung."
Lampu magis kembali berkelip-kelip.
Lorong kaki lima telah pun menggelap sedikit. Rintihan bunyi semakin kuat kedengaran.
Kelasi itu tidak lagi mengetuk pintu sebaliknya menghala pandangannya ke sisi lain. Sebelum wajahnya bertukar pucat lesi.
Kemudian di hadapan mata Badik sendiri dia melihat rantai besi disedut keluar melalui lubang mata dan mulut kelasi tersebut membuatkan lelaki itu tidak berdaya bahkan untuk meronta sekali pun. Ia berlaku dalam sekelip mata. Rantai itu lantas lesap setelah habis ditarik keluar oleh 'sesuatu', meninggalkan kelasi tersebut makhluk tanpa mata sebelum jatuh ke lantai.
"Kau nampak? Rantai itu lah jiwa manusia yang ditariknya. Makhluk ini bukan lawan kita."
Badik terdiam, kelu seribu bahasa.
<><><><><><>
Di kaki lima yang lain, Akid dan Merah kini berhadapan dengan dua makhluk berkain hitam terbang terawang-awang dalam keadaan lemah gemalai ibarat obor-obor. Para makhluk ini muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka. Terkejut dengan kehadiran makluk aneh ini yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.
"Apa tu kak?" tanya Akid.
"Tak tahu, turunkan peresapia kau. Kita lawan makhluk ini."
Di bilik adik beradik Stomps mereka telah bersedia dengan posisi mahu bertarung. Gemasik di hadapan mereka dengan mata yang gemilang terang berwarna merah masih tidak melakukan apa-apa. Di bilik-bilik yang lain juga mereka turut berhadapan dengan gemasik. Terkejut dan takut dengan kehadiran makhluk ini, Bunga, Chibi dan Bella menyorok di balik tiang kayu.
Saat Akid melorotkan kain peresapianya, makhluk gemasik yang berada di ruang yang lain semuanya berangsur laju meninggalkan mangsa-mangsa mereka. Adik Beradik Stomps bahkan Bunga,Bella, Chibi, Asrar, Rentap, Nadim, Da Vinci dan Jebat mereka menjadi keliru pemergian gemasik. Tampaknya makhluk tersebut tidak berminat lagi pada mereka.
"Tunggu kak, kalau kita lawan di dalam kapal ini, kapal ini akan musnah." tutur Akid. Dia membayangkan impak perlawanan yang akan jadi kelak. Pasti meranapkan dinding kapal.
Merah mengetap gigi. Ada benarnya kata Akid. Mereka tidak boleh berlawan di sini. Sini bukan dataran yang mereka boleh musnahkan sesuka hati.
Dalam beberapa detik kemudian, bola mata Merah dan Akid membesar apabila melihat kehadiran lebih ramai gemasik di hadapan mereka.
<><><><>
Jika disebut siapa paling tidak keberuntungan di dalam kapal ini. Hanya ada satu orang saja yang menjuarainya. Hidupnya penuh malang dan celaka sampai ke hari ini. Aku risau. Mereka telah jumpa makanan mewah mereka di dalam kapal ini. Badik bergumam.
<><><><>
"Akid! Makhluk-makhluk tu seakan tertarik dengan kau! Pandangan mereka semua menghala ke arah kau!!" tutur Merah dengan nada yang cemas.
Akid kau lah paling malang di antara kami semua.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?