Setelah jauh berjalan Akid dan Dororan akhirnya sampai di sebuah bandar baru berdekatan dengan terowong menghubungkan Negara Utara dengan Wilayah Emas. Bandar yang diberi nama sebagai Bandar Jelajah ini merupakan bandar kedua selepas Bandar Gaia yang dibina untuk mengawal laluan perdagangan dari Guererria dan Wilayah Emas.Bandar ini masih pesat dibina dan dikatakan antara bandar paling moden di Alamria kerana ia mengambil teknologi yang ada pada Gargantua dan diguna pakai semula untuk kemudahan di bandar ini.Semua atas sebab tinggalan teknologi yang dijumpai mereka di Bandar Gaia. Untuk memahami cara penggunaan teknologi Gargantua. Dua tahun lepas, Lica dan orangnya pernah menangkap orang-orang Gargantua yang dihantar ke Alamria untuk memecah belah kan Alamria. Namun rundingan mereka gagal sejurus mereka tiba di Bandar Gaia. Ketua mereka Exodus, telah dijadikan tahanan dan dalam tempoh dua tahun itu dia dipaksa untuk mengajar mengenai cara menggunakan teknologi negara mereka.
Kesannya, Bandar Jelajah kini boleh menggunakan lampu-lampu semuanya dijanakan dengan teras magik tanpa menggunakan lagi obor api untuk menerangi kawasan. Malah teras magik juga digunakan dalam menghasilkan peralatan perubatan seperti pisau bedah panas. Kenderaan besi bergerak atas litar. Teknologi ini dipanggil sebagai magikatronik. Digunakan secara meluas di Gargantua tetapi kini menjadi asas revolusi teknologi di Alamria.
Dijangkakan oleh Perdana Menteri Negara Utara, Tuan Badik bahawa dalam tempoh 10 tahun mendatang. Bandar Jelajah akan menggantikan Negara Kota Oshin sebagai pusat ilmu di Alamria. Ini kerana ramai Sang Falsafah berhijrah ke sini untuk melakukan kajian mereka. Tidak seperti Negara Kota Oshin. Sang Falsafah di Bandar Jelajah lebih berorganisasi dan mereka melakukan kajian bersama dan tidak bersifat individual.
Walaupun begitu, setiap negara mempunyai kelebihan tersendiri, seperti di negara-negara kota di Guerreria. Mereka beraliansi untuk membina senjata moden. Mereka turut membekalkan senjata jarak jauh seperti istingar, meriam dan rentaka kepada negara-negara di luar Guerreria.
Di Negara Kota Oshin, misalnya mereka tetap ada bijak pandai dalam bidang lain. Ramai diantara mereka tidak lagi mengfokuskan kajian mereka terhadap magik semata. Contohnya lahirnya pakar bidang matematik, menghasilkan para engineer. Ahli kimia dan sebagainya. Merekalah yang mula mencipta cermin mata, sistem jam 24 jam, peralatan mekanikal.
Di Wilayah Emas pula Negara-negara kota disini seperti Negara Kota Awang Perkasa pula mereka jauh lebih berminat dalam pemodenan pertanian. Bagi mereka, menjadi negara pembekal sumber makanan adalah nadi kepada Alamria. Semua negara bergantung padanya. Kerana Wilayah Emas merupakan tanah paling subur di Alamria.
Semua ini berlaku kerana kesan kejatuhan pemerintahan Sultan Alam Shah. Jika ia tak berlaku dua tahun lepas. Alamria tetap juga mundur dan teknologinya masih lapuk dan ketinggalan zaman. Ramai Sang Falsafah berpendapat, Alamria kini sudah mengalami fasa baru, mereka memanggilnya sebagai zaman kelahiran semula. Peradaban dan teknologi mereka menjadi pesat kerana masing-masing ingin terus membuktikan negara mereka hebat dalam bidang tertentu.
Pada zaman kelahiran semula atau mereka memanggilnya Samkritin, orang yang tiada magik beransur-ransur diterima oleh masyarakat yang punya magik. Namun begitu, ramai yang tidak tahu. Mereka yang tiada magik kini telah menubuhkan satu organisasi yang besar, bahaya dan sulit di Alamria. Mereka merupakan kumpulan organisasi yang dipanggil sebagai Kosong. Ditubuhkan asalnya untuk melindungi kepentingan makhluk yang tidak mempunyai magik tak kira la dari kalangan manusia atau makhluk lain. Rangkaian kumpulan ini adalah sangat luas kerana ia berada di mana-mana, seluruh Alamria. Ada menyamar menjadi kalangan mereka yang punya magik. Ada yang sudah berada dalam kalangan pemimpin di negara kota tertentu dan paling penting, pengasas di sebalik kumpulan ini adalah...
Asrar..
"Akid dah sampai Bandar Jelajah? Kukuku. Bagus-bagus. Dah tiba masanya aku menggerakkan Kosong." Ucap Asrar. "Operasi membunuh Akid dijalankan sekarang." Senyumnya.
Jika kau senang dibunuh Akid, tiada guna kau jadi sebahagian Roda takdir. Tunjukkan dekat aku nasib akan menyebelahi kau..huhuhu
<><><><><>
"Akid, hari ni kita tak boleh lepas masuk ke terowong, sebab pihak berkuasa tak benarkan untuk masuk selepas dari pukul 7. Kau tahu kan? Jadi kita bermalam la kat bandar ni dulu. Cumanya satu jela. Aku em..tak ada duit banyak untuk sewa dua buah bilik sekali. Kita, emm share satu bilik ke?" tanya Dororan mereka sudah sampai di sebuah rumah penginapan di Bandar Jelajar. Dia rasa serba salah pula. Sebenarnya dia agak malu sekali kerana dia tak biasa untuk sewa satu bilik dengan orang lain jantina. Tapi dia tahu selalunya pengembara akan buat begitu untuk menjimatkan wang mereka. Akid tak menjawab sebaliknya dia menyeluk sakunya, dikeluarkan satu bunjut poki lalu diberikan kepada Dororan. Dororan terkejut dengan pemberian Akid.
"Eh apa ni?"
"Gunakan duit tu untuk bayar sewa bilik, dan makan minum kau. Jangan risaukan aku." Balas Akid.
"Tapi..err aku ada.." ayat Dororan tak dapat dihabiskan kerana Akid sudah pun berjalan meninggalkannya. "Ceh tak bagi aku habis cakap langsung." Dororan mencebik.
Akid mengambil keputusan untuk bersiar di dalam bandar. Beberapa makhluk minoriti seperti goblin dan troll begitu bebas bersiar di dalam bandar. Tak seperti Archilles hanya bercakap kosong, Lica jauh lebih berjaya dalam membawa makhluk minoriti mendapat hak mereka juga.
Semakin dia berjalan dia mula perasan sesuatu yang aneh. Semakin ramai makhluk berpakaian serba hitam dan bertopi hitam memenuhi jalannya. Akid mula rasa tidak sedap hati dengan suasana itu. Dia cepat-cepat mahu keluar daripada jalanan. Namun sedar sahaja dia telah terkepung. Namun mereka tidak mengepungnya secara langsung. Sengaja hanya menunjukkan mereka ada disitu.
"Siapa korang?" tanya Akid pada mereka yang berpakaian hitam disitu. Dia tuju kepada sesiapa sahaja yang mendengar. Namun mereka tidak melayan, mereka berlalu lalang sahaja seperti pejalan kaki yang lain. Ibarat mereka bukan lah satu kumpulan. Bila Akid cuba keluar dari situ, dia telah dilanggar untuk kembali ke tengah. Akid menghidupkan magiknya. Cahaya kebiruan keluar dari lengan kanannya.
"Kau tentu taknak timbulkan huru hara disini kan?" ujar satu suara dari belakangnya. Apabila Akid memusingkan tubuhnya, orang itu hilang dalam keramaian kelompok mereka yang berpakaian hitam.
Beberapa saat kemudian, Akid mendengar ledakan bunyi begitu hampir dengannya. Dia kemudiannya merasakan sakit pada perutnya. Apabila dia menundukkan kepalanya untuk melihat perutnya. Matanya terbeliak melihat darah membuak keluar dari lubang yang terbentuk di pakaiannya. Dia menyentuh perutnya untuk menghentikan pergerakan darah dari terus keluar dari perutnya. Lama-kelamaan dia berasa pening. Akid mula rebah jatuh menyentuh lantai. Pandangannya juga turut menggelap.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?