Mata Gambit meneliti surat ditangannya. Ianya adalah surat daripada rakan rapatnya Raikal dan Lydia. Dia menarik nafas dan mengeluh.
"Nampaknya dah tiba masanya la kan? Menggerakkan roda tu?" Ujar Mawar Cahaya di sebelahnya. Sambil itu dia sedang menjilat aiskrim ditangannya. Salah satu speciality Pekan John Bread ialah menghasilkan makanan berasas ais kerana kebanyakan orang pekan disini mahir mengunakan magik ais.
"Betul, kita kena jumpa Archilles." Ujar Gambit.
Mawar Cahaya mendiamkan diri. Gambit perasan perubahan air mukanya.
"Kenapa? Ada sesuatu mengganggu fikiran?"
"Tak, memikirkan perkara yang akan jadi pada masa akan datang. Ia menakutkan."
"Sebab itu kita perlukan dia. Untuk menyelamatkan apa yang akan jadi kelak."
"Kalau kita bunuh dia, takdir akan bertukar kan? Kenapa tak lakukan sedemikian?" tanya Mawar Cahaya.
"Tak boleh, jika itu berlaku dunia akan huru hara lebih awal. Sebab itu kita kena lindungi dia. Setakat ini tiada siapa kenal dia. Jika mereka tahu pasti mereka akan memburu dan membunuhnya."
"Kalau macam tu biar lah dia berada di Kampung Kodok. Itu kan lebih selamat."
Gambit ketawa kecil.
"Eii kenapa awak ketawa plak?"
"Dulu masa pertama kali kita berjumpa, kau sendiri cakap kita perlu lakukan ini. Sekarang kau takut?"
Mawar Cahaya hanya melihat tanah. "Ya. Aku tak pernah dapat tidur semenjak sekian lama gara-gara memikirkan semua ini."
Gambit hanya tersenyum mendengar jawapan Mawar Cahaya.
Mereka akhirnya tiba di markas Voice Overhaul. Archilles duduk di singgah sananya yang tinggi melihat dengan angkuh Gambit dan Mawar Cahaya. Dibelakang mereka, para pengawal Archilles sudah bersedia sambil menghunus senjata mereka.
"Berani. Sangat berani datang kemari dengan hanya dua orang je." Ucap Archilles sambil bertepuk tangan.
"Aku datang untuk memberi maklumat penting." Ucap Gambit.
"Yakah? Apa dia? Tolong cepat sikit, aku tak ada masa sangat. Aku ada hal yang lebih penting nak dibuat."
"Mungkin aku dapat tolong mengurangkan masa kau mencari baetylus terakhir."
Mata Archilles terbuka dengan luas. Itu adalah benda yang paling menarik minatnya lebih dari apapun.
"Oow..menarik. Sila lah." Tubuh Archilles sedikit ke hadapan. Sambil itu dia mengurut dagu.
"Raikal dan Lydia tiada lagi di kawasan hutan beringin. Mereka telah melarikan diri ke Kampung Kodok membawa baetylus itu ke sana. Cari mereka disana dan kau akan jumpa baetylus terakhir tuh."
"Macam mana aku nak tahu kalau tu bukan perangkap?"
"Kalau aku nak bunuh kau, kemungkinan aku boleh bawa bala tentera untuk menyerang kau disini aje. Tapi aku tak buat begitu. Jika kau tetap tak percaya aku, hantar lah salah seorang orang kau dulu. Tu lebih selamat kan?" Gambit memberi cadangannya.
Archilles menatap lama Gambit, kemudian dia ketawa. "Hahaha. Ya, betul kata kau. Aku tak perlu susah ke sana. Hmm baik-baik. Aku percaya kau. Tapi kenapa kau nak tolong aku?"
"Aku cuma mahu lihat dunia ni bergerak seperti yang ditakdirkan."
Archilles menggaru kepala sambil itu dia tersengih. "Haa maknanya kau bersetuju la yang aku ni ditakdirkan untuk memimpin Alamria nanti? Ahahah okey-okey. Bagus."
"Bagus lah jika begitu, semoga kau berjaya." Angin mula berpusar disekeliling Gambit dan Mawar Cahaya dan mereka terus hilang ke dalam puting beliung kecil.
Apabila mendapat maklumat daripada Gambit, Archilles menghantar Jade menyerang kampung Kodok untuk mencari Raikal dan Lydia kerana diyakini menyimpan baetylus terakhir. Namun disana Jade telah gagal dan diperdaya Akid sehingga menyebabkan kematiannya.
Rentetan peristiwa itu, Akid telah dipaksa keluar daripada kampung. Walaupun berat hati dia terpaksa juga keluar daripada kampung bersama Merah. Dan mulakan pengembaraannya. Tanpa Akid sedar sebenarnya saat dia menjejak kakinya keluar daripada kampung Kodok, roda takdir yang menentukan nasib Alamria telah pun bermula.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?