Kehadiran Caji sedikit sebanyak menyemarakkan lagi semangat para pejuang cacako. Caji memang terkenal di Tasik Gelap selaku pahlawan yang paling kuat disini. Ini diakui oleh Kelembai sendiri yang menyatakan jika Caji mahu, dia boleh menjadi seorang hulubalang dengan kekuatannya sahaja. Namun begitu Caji adalah orang yang gemarkan kehidupan yang biasa. Dia gemar tinggal di kampung sahaja.
Caji menumbuhkan lagi tangannya. Kini setiap satu tubuh mempunyai 4 tangan. Kesemuanya sekarang ialah 8 tangan. Sesuai dengan gelaran Caji, 'Pahlawan 8 Tangan'. Caji mengutip senjata yang berada di tanah untuk memperlengkapkan dirinya.
Tanpa lengah, dia terus memperkasakan diri lalu dengan lalu memukul habis ribuan klon di hadapannya. Kelajuan dan ketangkasannya membuatkan para klon Archenar tidak mampu menandinginya. Tambahan pula bukan itu sahaja. Sisik keras Caji juga dipertingkatkan dengan kekuatan magik agar tidak mudah dicederakan dan menjadi sekeras berlian.
Caji semakin menghampiri Archenar yang asal. Ini membuatkan jeneral wanita itu sedikit cemas. Dia tak sangka ada orang yang sehebat ini di sini.
Apabila Caji tinggal setapak sahaja lagi antara dia dan ketua tentera musuh, tanah bergegar dengan kuat. Gegaran yang kuat datang dari arah tasik. Semua orang menjadi tanda tanya. Rupanya sebuah menara tanah muncul di tengah tasik berkenaan.
"Apa benda tu?" tanya mereka, sambil menunjuk-nunjuk ke arah menara yang tinggi tersebut.
RUP RUP RUP RUP
Bunyi bingit dan gelombang tekanan yang kuat membuatkan semua orang menutup telinga kerana tidak mampu menahan sakit berdenyut-denyut di kepala. Ini termasuklah para klon Archenar dan Caji. Semua orang mula melutut, ada yang sudah rebah pengsan.
Tekanan terasa semakin kuat. Mereka terasa seperti kepala mereka digoncang dengan kuat sekali.
"Arrrghhh...!!!!!" jerit Bella kerana terlalu sakit. Matanya melihat ke arah Chibi di sebelahnya. Chibi sudah terlebih awal jatuh pengsan.
Ramai klon milik jeneral musuh mula menghilang dan lesap dalam angin. Archenar sendiri sedang kesulitan menahan sakit dengan serangan gelombang bunyi ini.
RUP RUP RUP RUP.
"To..long.." Bella mula menitiskan air matanya. Tangannya masih menekup telinga. Timbul urat-urat di wajahnya. Mukanya merah. Sebelum dia juga jatuh pengsan.
Beberapa minit selepas itu tiada seorang pun yang sedar lagi kecuali jeneral Gargantua.
Tiba-tiba dari udara, muncul satu lembaga yang terus menjunam jatuh di hadapan Archenar.
Archenar mengigit bibir.
"Si..siap kau?" tanyanya dalam kesakitan.
Lembaga yang sama rupa dengan cacako yang lain. Berambut putih, dilepaskan mengembang. Ekornya bergoyang-goyang. Berdiri dengan angkuh melihat ke arah Archenar.
"Nyah la kau dari tanah aku." Ucap perempuan cicak itu sebelum dia menukarkan Archenar menjadi batu dan seterusnya lebur menjadi debu. Sempat suara Arhenar menjerit dengan nyaring sebelum hilang bersama bunyi bingit yang dikeluarkan dari menara tersebut.
Perempuan cicak itu berdiri keseorangan di kelilingi oleh tubuh-tubuh orangnya yang telah pengsan.
Arjuna dan Hijau muncul dari balik semak.
"Kelembai!" panggil Hijau. "Bagaimana dengan musuh?"
"Sudah dihapuskan. Macam mana dengan kawasan selatan?" tanya Kelembai. Dia mula menukarkan dirinya kepada bentuk manusia.
"Kebanyakannya berciciran melarikan diri kerana kehadiran pasukan dari Selatan. Maksud aku, dari arah Kapital Diraja." Kata Arjuna.
"Begitu kah."ucap Kelembai sambil termenung melihat tanah.
"Jadi semuanya sudah berakhir ke?" tanya Hijau.
Kelembai menarik nafas lalu melihat ke langit. "Nampaknya begitulah. Aku betul-betul penat. Jom la balik."
"Mereka ni?"
"Tinggalkan. Mereka hanya pengsan." Kelembai melangkah masuk ke dalam kawasan semak-semak. Hijau dan Arjuna saling berpandangan.
<><><><><><>
Rupanya pasukan dari Kapital Diraja yang dikatakan oleh Chief Hijau dan Arjuna itu adalah pasukan Lord Han Xin yang pernah melarikan diri dari Un-Hana dan membuat markas di bandar hantu, Kapital Diraja. Kerana apa mereka boleh tiba-tiba datang ke Tasik Gelap?
Ini kerana beberapa hari yang lepas...
"Kita tak boleh terus masuk ke Tasik Gelap Bunga. Tak apa, akak kenal seseorang yang boleh kita minta bantuan." Kata Cahaya sambil menunggang kudanya.
"Siapa?" tanya Bunga.
"Akid! Akid!" Akid mengangkat kedua tangannya.
"Ah diam la Akid! Jangan la menari. Nanti jatuhlah." marah Bunga sambil melihat Akid menari di belakang Cahaya.
"Akid, pegang elok-elok. Nanti jatuh sakit. Akid nak sakit?" tanya Cahaya sambil menepuk peha Akid. Segera Akid menegakkan tubuhnya dan berkelakuan baik.
"Taknak." Jawab Akid.
"Haa bagus. Ni Cahaya nak pacu kuda laju sikit. Kalau Akid takut. Peluk kuat-kuat boleh?" tanya Cahaya.
"Em." Jawab Akid sambil mengangguk.
Mereka terus memacu kuda dengan laju menuju ke arah Kapital Diraja. Namun di separuh perjalanan, mereka dapati mereka telah dikejar oleh pasukan berkuda Undead dari kaum Balan-balan.
"Itu dia!! Aku dah agak! Mereka itu la pasukan pemberontak di Bandar Awang Perkasa!!" jerit salah satu musuh dari jauh.
"Ah kak musuh!" Bunga mula cemas.
"Jangan risau. Pacu je kuda lebih laju." Kata Cahaya dengan tenang.
"Kejar! Jangan biarkan mereka lari!!!"
Anak panah mula terbang ke arah mereka bertiga. Mujurlah tidak kena.
Cahaya mula hilang sabar.
"Bunga! Pegang tali kuda ni. Biar akak pergi lawan dia."Cahaya melompat ke belakang meninggalkan Bunga dan Akid.
"Kukuti masa ku likit alam. Bale masa lampau. Pila-pila masa!" Cahaya mengucapkan mantera magik berbahasa onoang dan terus menghala tangan kanannya ke arah sekumpulan pasukan musuh. Tak semena-mena ada sinaran cahaya dari bawah kuda-kuda musuh terus memancar-mancar membuatkan para musuh kecelaruan.
"Apa dah jadi!?" terkejut lah mereka apabila kuda mereka menjadi seekor anak kuda yang tak mampu membawa penunggang dan ada sesetengah mereka juga menjadi budak kecil berumur lingkungan satu tahun, menangis teresak-esak sama seperti anak-anak kecil yang lain.
"Siapa kau sebenarnya?" tanya mereka pada Cahaya. "Apa yang telah kau buat pada mereka?"
"Aku cuma mengundurkan umur mereka untuk seberapa ketika. Kalau tak mahu aku membunuh kalian ketika kalian sedang lemah menjadi anak kecil. Lebih baik batalkan niat kalian untuk mengejar kami."
"Ba..baik." mereka terus melarikan diri membawa teman-teman mereka yang sudah menjadi anak kecil.
Cahaya mengeluh berat. Kalau lah Gambit nampak ini, pasti kena marah dengan teruk. Dia tak sepatutnya menunjukkan kuasanya.
"Akak lihat!" panggil Bunga sambil menunjukkan tangannya ke arah asap-asap debu tidak jauh dari mereka. "Adakah itu pasukan dari Kapital Diraja?" tanya Bunga melihat pasukan tentera yang banyak sedang menuju ke arah mereka.
"Ya. Tak salah lagi." Senyum Cahaya apabila melihat Jebat adalah salah seorang yang paling hadapan dalam pasukan tersebut.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?