BAB 1
Di Utara Wilayah Emas, Perkampungan Beres Boh. Dua orang berkerundung misteri sedang sibuk makan di sebuah kedai makan di situ. Seorang laki-laki, disisinya terdapat haiwan seperti kucing kacuk memerang sedang terapung-rapung sambil tidur, dan seorang lagi ialah perempuan. Si lelakinya makan sudah berpinggan-pinggan, dan si perempuan juga begitu tidak mahu kalah. Pelanggan, pelayan semuanya melihat mereka sambil tercengang.
"Ini bahagian aku laah, kau jangan amik!" si lelaki menghalang tangan si perempuan daripada sentuh daging ayam yang berada dihadapan mereka.
"Apa pulak, kau tu tak cukup ke tadi kau amik daging jojokbo. Sekarang kau nak kacau aku punya ayam plak?" si perempuan berusaha keras ingin mencucuk daging ayam dengan garfunya. Mereka saling bertolakan sehingga meja bergerak-gerak, pinggan-pinggan saling berlaga.
"Err, cik berdua.." seorang pelayan menegur.
"Apa!?" serentak lelaki dan perempuan menjerit.
"Er..erm jangan bergaduh. Ada pelanggan lain sama dalam kedai ni. Tak elok cik berdua mengganggu mereka." Ujar pelayan tersebut.
Si lelaki dan perempuan melihat kiri dan kanan mereka. Mata-mata orang terkebil-kebil melihat mereka berdua. Si lelaki dan perempuan tertunduk-tunduk malu. "Maaf." Ujar mereka.
Bram!!!!
Beberapa orang lelaki bersenjata masuk ke dalam kedai sambil menendang meja sehingga tergolek. Makanan diatas meja berselerakan. Pinggan mangkuk pecah berderai. Orang ramai terkejut. Kumpulan itu mengacu pedang mereka ke arah orang ramai.
"Korang semua duduk satu tempat!! Hari ini kampung ni dah ditawan oleh Tuan Abujin!!" jerit salah seorang dari kumpulan itu sambil menghayun pedang.
"Abujin? Kumpulan penjenayah yang terkenal dan berbahaya tuh?" penduduk mula berbisik sesama mereka sambil itu mereka beramai-ramai mula berkumpul di sudut.
Si lelaki dan perempuan tidak menghiraukan dengan apa yang jadi. Mereka terus melapah daging ibarat orang tidak makan tiga hari. Sudah makan ditogok air seperti orang kehausan di padang pasir. Boleh didengar bunyi togokan masuk ke kerongkong.
"Woi! Yang kat sana!! Korang nak mati ke apa? Aku kata berkumpul! Bukan makan lagi!" jerit anggota penjenayah tersebut.
Si lelaki dan perempuan bangun dengan perlahan, mereka juga ikut berkumpul bersama orang ramai. Semasa berjalan si lelaki sempat berbisik. "Makan free..makan free."
Si perempuan menguis lengan si lelaki dengan sikunya. "Diam sikit. Kau ni tak ada perasaan ke?"
"Sekarang semua orang berbaris dan keluar!" arah mereka. Orang ramai semuanya mengikut arahan, masing-masing dalam ketakutan. Bukan kali pertama mereka mendengar nama Abujin. Mereka pernah mendengarnya sebelum ini. Mereka memang penjenayah yang kejam. Masuk kampung ke kampung, merompak dan membunuh. Paling teruk ada juga anak-anak dara diperkosa.
Di luar, sudah ada penduduk kampung lain berkumpul beramai-ramai. Di hadapan mereka seorang lelaki bertubuh agak borok, berhidung besar dan berkumis sedang berpeluk tubuh sambil duduk di atas kerusi kayu di kawasan lapang itu.
"Korang mesti dah kenal siapa lelaki ini kan? Ini lah dia Tuan Abujin! Lelaki yang semua orang gerun! Pasukan pengawal pun tak berani nak lawan dia tahu! Sebabnya? Sebab dia ada magik yang sangat kuat!! Korang silap besar kalau dalam kepala korang terfikir nak menentang Tuan Abujin!" ujar orang bawahan Abujin berdegar-degar.
Penduduk kampung semua menundukkan kepala mereka.
"Tolong lah, tuan, kampung kami ni tak ada apa-apa. Tiada harta nak diberi." Seorang lelaki tua merayu di hadapan Abujin. Dia adalah ketua kampung disini.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?