Kelembai membawa dua anak kecil kaum langsuyar berusia 12 tahun itu mengikutinya. Mereka berjalan perlahan menuju ke sebuah pohon yang besar terletak bersebelahan dengan rumah Kelembai. Pohon itu dari pandangan mata, ia tak kelihatan seperti pohon-pohon yang biasa. Ia besar, batang dan dahannya pula berwarna hitam ungu, dari jauh mungkin kelihatan seperti kayu yang menjadi arang. Tetapi diamati, ia cantik. Batangnya licin jika disentuh, terasa seperti kristal. Cuma ia tak memantulkan cahaya. Ia gelap. Suram. Macam pokok yang sudah mati.
Di tengah pokok, terdapat satu ruang terbuka seakan pintu gerbang membolehkan mereka masuk ke dalamnya. Kata Kelembai ini adalah kawasan paling suci di Kampung Kelam. Orang yang biasa-biasa tidak dibenarkan berada disini melainkan atas izinnya. Pohon ini yang dipanggil sebagai Pohon Keinginan, merupakan salah satu pohon ajaib yang ada di Alamria. Chibi dan Bella bertuah kerana di bawa masuk oleh Kelembai.
Di dalamnya kosong sahaja, lantainya penuh dengan daun-daun yang nampak seperti jerami halus. Ia lembut bila dipijak. Chibi membayangkan dirinya baring diatasnya, pasti selesa.
Dindingnya pula tersembulnya batuan-batuan berlian berkilauan yang menjadi sumber cahaya menerangi isi pokok tersebut. Suasana di dalam pohon ini terasa begitu ajaib. Patutlah ia dipanggil tempat suci yang istimewa.
Di tengah-tengah ruang, seorang lelaki sedang duduk di atas bongkah batu yang besar. Permukaannya rata. Disisinya lelaki itu terdapat satu patung ukiran batu berupa remaja perempuan.
Lelaki berwajah putih pucat, bermata sepet itu tersenyum melihat kehadiran tiga sosok itu.
"Aku sudah merasakan magik. Kelembai" Senyum lelaki itu, atau lebih dikenali sebagai Asrar.
"Ini dua anak mahu berjumpa dengan kamu." Ucap Kelembai.
"Shh." Asrar meletakkan jari telunjuk ke atas bibir.
"Tuan Asrar! Ayah kami suruh kami berjumpa dengan tuan!" lantang suara Bella ingin menarik perhatian Asrar. Namun sedikit pun Asrar tidak melihatnya. Dalam benaknya dia tidak mahu sesiapa pun mengganggu saat istimewanya ini.
"Aku tak mahu tahu benda lain. Aku terlalu teruja untuk terlibat dengan langkah yang seterusnya." Bentah Asrar. Matanya memerhati ruang masuk ke dalam pohon ini. Dia seperti menantikan seseorang. Bukan mereka ini. Tetapi orang lain.
Kelembai mendengus. "Mereka berdua datang dari jauh untuk berjumpa dengan kau."
"Dia dah datang." Asrar bangun dari tempat duduknya. Kelembai tersentak. Lalu pandangannya di kalih ke arah pintu masuk. Seorang wanita bersama dua kaum cacako yang mengiringinya masuk ke ruang pohon.
"Berani menjejak kaki ke kawasan ini tanpa izin!" marah Kelembai.
Dua kaum cacako meminta maaf kerana membawa wanita itu ke mari. Tidak tahan didesak sebab itu la mereka menuruti kata-kata wanita ini. Untuk berjumpa dengan Kelembai.
Kelembai yang merasakan geram. Ini tidak seharusnya berlaku. Apa yang para druid itu buat? Mereka melepaskan sahaja dua cicak ini datang ke sini?
Dia terus membekukan dua kaum cacako itu menjadi batu. Barannya kembali. Bella dan Chibi terkejut. Wanita yang dibawa oleh dua ekor orang cicak itu juga turut terkejut. Namun dia hairan kenapa dia tidak dibatukan. Mungkin kerana hubungannya dengan Asrar menjadikan dia tidak diserang.
"Ini adalah kawasan suci. Tiada siapa boleh jejak ke sini tanpa izin aku." Ungkapnya.
"Kau tak seharusnya marah mereka Kelembai." Kata Asrar.
"Kau tu yang tak seharusnya menjadi kan tempat ini macam tempat kau, kalau mereka tahu aku menyimpan kau di dalam pohon suci ini nama aku juga akan jadi buruk. Mari Bella! Chibi! Lelaki ini ada urusan lain yang perlu dia selesaikan dulu." Panggil Kelembai, Chibi dan Bella berlari anak mengikuti dari belakang.
Tinggallah wanita itu bersama Asrar. Asrar ketawa kecil. Dia sendiri bawak dua orang asing ke dalam pohon ni. Sekarang aku pulak yang kena?
"Aku datang macam kau janjikan." Ucap wanita berambut perak itu.
Asrar senyum menyeringai.
"Aku ingat kau nak cakap dekat aku, yang kau rindukan aku, Cahaya."
Cahaya mencebik. pandangannya ditajamkan. Dia tiada masa untuk bermain-main. Dia hadir untuk menuntut kembali Bunga. Sama seperti yang dipinta oleh Akid. "Cahaya, aku ada tugas untuk kau. Dapatkan Bunga sembuhkan dia kembali. Dengarkan kata-kata Asrar. Kerana aku yakin dia boleh menyelamatkan Alamria ini." Pesan Akid sebelum mereka berpisah.
"Jangan pandang aku begitu. Ya lah ya lah, ambil balik adik perempuan Akid ini kembali." Asrar melebarkan tangannya.
Cahaya menggunakan magiknya membawa terbang patung Bunga kepadanya. Tangannya mula menyentuh permukaan batu tersebut, perlahan-lahan, Bunga menjadi sedia kala. Saat tubuhnya ingin jatuh, segera Cahaya menahan. Bunga perlahan-lahan membuka mata.
"A..apa dah berlaku? Sia..siapa kau?" tanya Bunga dalam keadaan lemah.
"Aku Cahaya, ..kau telah ditidurkan selama 2 tahun lebih Bunga."
Bunga masih lagi dalam keadaan mabuk. Kepalanya begitu pening. Tubuhnya terasa ganjil sekali. Memorinya juga samar-samar. Dia tak ingat apa yang telah berlaku sebelum ini. Dia tak ingat apa-apa. Melainkan nama Akid. "Akid..mana Akid?"
Cahaya terdiam. Memikirkan apa reaksi Bunga kelak apabila melihat Akid.
Beberapa ketika kemudia barulah dia bersuara.
"Kita akan berjumpa dengan dia nanti."
"Hei Cahaya." Panggil Asrar. "Urusan kita masih belum selesai. Kau tahu kan apa yang terjadi pada Akid? Kalau kau mahu sembuhkan dia. Bawa dia kepada aku. Aku perlu kan korang bertiga."
Cahaya tidak menjawab apa-apa sebaliknya dia terus memangku Bunga keluar daripada pohon itu. Dua lelaki cicak yang dibatukan itu disentuhnya. Mereka kembali normal. Melorot jatuh ke tanah tanpa sedarkan diri.
Dalam benak Cahaya masih teringatkan apa yang Akid telah beritahu padanya, setelah Akid makan buah itu. Dia akan berubah menjadi orang bodoh. Satu-satu orang yang boleh menyelamatkan dia dalam keadaan seperti itu adalah Asrar.
Kenyataan pahit. Tapi itu la harus diterima mereka.
Asrar ketawa. Rancangannya sudah hampir sempurna. Pohon ini, Akid, Bunga, Cahaya dan dia. Semuanya kepingan puzzle itu kini sudah bercantum. Sama seperti buku itu katakan. Buku kuno yang dibacanya dahulu.
Dia adalah anak yang ditakdirkan.
Dia adalah roda takdir.
Dia adalah Chaos.
��+�]3
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasiaDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?