Akid dan Cahaya telah memulakan perjalanan mereka menuju ke Un-Hana. Disana kata Akid, mereka akan menemui seseorang yang akan membantu mereka dalam usaha untuk berlawan dengan Kida dan 3 iblisnya.
3 Iblis Kida merupakan orang kuat sang penguasa gunung yang memiliki kekuatan yang setaraf dewa dewi. Malah Raja Vuldok sendiri pasti akan rasa terkucil jika berdepan salah satu iblis Kida. Mereka inilah yang telah bersama-sama Kida mengembangkan pengaruh di seluruh Alamria dan membuat gerun ke seluruh kerajaan.
Iblis yang pertama, Raja Ais, Badai Salju. Seorang lelaki yang bersikap sedingin ais. Apabila dia mula berjalan ke kampung-kampung, daerah-daerah pastinya seluruh kawasan dia berpijak akan bertukar menjadi putih. Rakyat di dalamnya beku menjadi patung salji, bahkan kawasan tempat dia berpijak itu akan menjadi dingin membeku seperti di kutub.
Iblis yang kedua, Permaisuri Tumbuhan, Theretia Bebuta. Wanita tumbuhan yang memiliki kuasa magik yang mampu mengawal tumbuhan-tumbuhan. Wanita ini bukan sahaja mampu membuatkan alam berpihak padanya malah ia boleh menumbuhkan pokok dari dalam badan seseorang. Berlawan dengannya adalah mimpi ngeri kerana dia boleh meletakkan benih pokok ke dalam tubuh seseorang lalu mencambah keluar menjadi pohon berjalar membuatkan mangsa mati dalam keadaan mengerikan.
Iblis yang ketiga ialah Raja Perang, Amuk Kasturi.Lelaki ini menguasai ilmu tempur yang tinggi. Boleh dikatakan pada zaman ini, dia adalah pemedang magik yang paling hebat di Alamria. Hanya dengan dia seorang mampu meranapkan seluruh negeri. Kekuatannya sangat kuat sehingga dikatakan dengan satu libasan pedang mampu meruntuhkan gunung.
Menurut Akid, 3 iblis ini dicipta Kida kerana Kida sendiri tidak berdaya untuk menanggung semua jenis ilmu magik yang ada dalam dirinya. Untuk mengurangkan tekanan yang dihadapinya, dia telah memilih untuk membahagikan kuasanya kepada 3 iblis ini. Ini juga bermakna setelah membahagikan kuasanya, Kida juga kehilangan 3 kelebihan utama ini. Dia tidak lagi mampu menggunakan magik tumbuhan, magik bertempur dan magik ais. Walaupun begitu, ia hanya menyusutkan sedikit sahaja ilmu yang ada padanya. Dia masih mampu menggunakan pelbagai jenis ilmu yang lain berkat buah harapan yang dimakan oleh Akid.
Kini, apa yang dirancang oleh Kida dan orangnya masih samar-samar. Mereka tidak seperti menunjukkan minat untuk merampas Alamria dari Raja Vuldok. Namun kadang-kadang mereka seperti sengaja memprovok sang raja itu dengan secara tiba-tiba menyerang salah satu kota milik Raja Vuldok. Bagi sesetengah rakyat yang telah ditindas kerajaan Raja Vuldok, mereka amat suka dengan kemunculan Kida. Bagi mereka Kida ibaratkan hero. Akan tetapi bagi kaum bunian pula mereka menganggap Kida adalah mala petaka yang dasyat. Jika tidak dikalahkan, seluruh Alamria bakal jadi neraka.
Sementara Akid dan Cahaya menuju ke destinasi mereka, ada seseorang yang juga ada perancangannya dan matlamatnya tersendiri saat dia datang ke era ini. Orang itu tak lain tak bukan ialah bunian licik yang bernama Asrar. Walaupun dia gagal menemui Kida, namun dia telah berhasil bertemu dengan salah satu iblis Kida iaitu Permaisuri Tumbuhan, Theretia Bebuta.
Pertemuan mereka berlangsung di dalam sebuah hutan maut di Guerreria. Oleh kerana banyak percakapan dari penduduk-penduduk mengenai iblis itu menjadikan hutan tersebut sebagai singgah sananya. Itu memudahkan Asrar mencarinya.
Tidak ada yang berani untuk masuk ke dalam hutan tersebut, oleh kerana sesiapa yang masuk ke dalam pasti tak akan keluar lagi. Kerana itulah ia digelar hutan maut. Tetapi ini bukan penghalang Asrar untuk masuk. Oleh kerana banyak kali dia berjaya lepas daripada perangkap yang disediakan oleh permaisuri tumbuhan tersebut. Membuatkan sang permaisuri itu menjadi tertarik dengan Asrar lalu memanggilnya masuk ke dalam istana pohon.
Di dalam istana pohon itu, Asrar melihat beberapa pohon yang mempunyai bentuk tubuh seperti manusia cumanya ia berwarna hijau dan kepalanya seperti bunga yang kembang. Mereka menghidangkan Asrar air dan buah-buahan. Lelaki bunian itu terus menyantap tanpa rasa ragu dan segan silu. Permaisuri tumbuhan tersenyum sahaja melihat lelaki itu sambil duduk di singgah sana yang terbina daripada rotan.
"Boleh aku tahu apa tujuan kau masuk ke dalam hutan ini? Bagiku, orang biasa takkan berani menjejak kaki ke hutan ini kerana takut mati. Tapi kau sebaliknya. Bahkan setelah menghadapi beberapa kali situasi yang hampir meragut nyawa mu. Kau masih meneruskan niat untuk masuk lebih dalam," Perasaan ingin tahu menebal dalam hati permaisuri ini. Dia tidak dapat menebak tujuan sebenar Asrar. Hutan ini bukannya punya apa-apa berharga.
"Memandang kan kamu sudah bertanya wahai Yang Mulia Penguasa Hutan. Izinkan aku perkenalkan diri aku dahulu. Aku adalah Asrar. Lelaki yang bukan berasal dari zaman ini."
"Apa maksud kau bukan dari zaman ini?"
"Yang Mulia, aku ini datang dari masa hadapan. 700 tahun di masa depan."
Mendengar kata-kata Asrar, Permaisuri Tumbuhan terus ketawa. Disangka Asrar bergurau dengannya. Namun melihat wajah Asrar yang serius. Permaisuri itu berhenti ketawa.
"Kau serius?"
"Betul. Tujuan aku tak lain tak bukan ingin berjumpa dengan pencipta yang mulia, Kida."
Permaisuri tumbuhan terus berdiri apabila mendengar Asrar menyebut nama tuannya. "Berani-berani kamu menyebut namanya dengan senang lenang."
Terus akar menjalar ke arah Asrar lalu mengikat tangan dan kaki milik lelaki itu dan diangkat tinggi menjulang ke udara.
"Maafkan saya Yang Mulia. Saya tidak bermaksud untuk berkurang ajar. Er, Yang Mulia suka mendengar cerita? Saya suka bercerita. Apa kata saya menceritakan semuanya," Asrar masih tenang walaupun ada kemungkinan tangan dan kakinya bakal bercerai dari badan.
Permaisuri itu meletakkan kembali Asrar ke lantai. Segera akar-akar miliknya mula mengundur, melepaskan Asrar.
"Macam yang aku katakan, aku datang dari masa hadapan. Di masa hadapan, banyak perkara sedang berlaku. Alamria telah dijajah oleh makhluk yang bukan dari tanah ini. Mereka menguasai Alamria kerana bercita-cita untuk mencapai satu matlamat. Iaitu mendapat Grand Wish. Sesiapa yang mendapat Grand Wish maka dia boleh berhajat untuk apa sahaja. Demi mencegah itu dari berlaku. Maka aku mengambil keputusan untuk ke kembali ke masa silam ini. Aku mahu Tuan Kida melupakan hasrat untuk bermain-main dengan kerajaan di Alamria ini dan terus langsung ke cita-cita lebih besar. Iaitu menguasai seluruh dunia."
"Apakah ada tanah lain selain daripada Alamria? Aku ingat di hujung laut ini adalah penghujung dunia."
"Ada. Malah lebih besar dari Alamria. Dengan kuasa yang dimiliki oleh Tuan Kida dan kalian sang iblis Kida. Maka menguasai dunia adalah benda yang mudah."
"Kalau betul la apa yang kamu cerita. Ini sangat menarik. Aku mula bosan dengan Alamria. Aku perlukan cabaran yang lebih luas. Kita kena beritahu ini kepada Tuan Kida segera," Wajah Terethia Bebuta bersinar-sinar dan kelakuannya seperti anak-anak mendapat gula-gula.
"Betul. Bawa aku berjumpa dengan Tuan Kida. Aku akan terangkan lebih lanjut. Mengenai segalanya. Mengenai Grand Wish. Aku pasti Tuan Kida jika melihat aku, dia juga akan senang dengan aku. Kami sebenarnya telah berjumpa di masa hadapan. Kami bersahabat karib."
"Sungguh? Kau jangan cuba tipu pulak. Tuan Kida, hidup selama 700 tahun itu?"
"Bukankah dia penguasa gunung?"
Permaisuri Tumbuhan terdiam. Ada benarnya. Tuan Kida adalah sangat hebat. Untuk hidup selama itu pasti tidak mustahil. Dia mula menari-nari, teruja dengan cerita Asrar. Manakala Asrar pula, di dalam hatinya sudah tersenyum besar. Begitu mudah mendapatkan kepercayaan dari salah satu iblis milik Kida. Mudah sangat.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?