Kami berjalan masuk ke dalam salah sebuah pekan djin yang dipanggil sebagai Valhalla, tujuannya mahu berjumpa dengan rakan kepada Chalbakos yang bernama Onyet. Dia mampu menyediakan pengangkutan khas buat kami untuk sampai ke tempat tertentu. Dikatakan paling hampir dengan tempat Mag Mell berada.Onyet ditemui di salah sebuah rumah pokok. Masuk di rumahnya aku lihat banyak betul bekas-bekas dakwat bersepah bersama kaligrafi dengan abjad aneh-aneh tergantung di setiap dinding rumahnya.
Onyet kami tengok sedang leka menconteng sesuatu diatas kertas. Ya nama pun macam monyet, dah tentulah rupa dia macam monyet. Tapi dia bukan binatang, dia kaum djin. Itu la dia kaum djin ni memang pelik rupa mereka tak generic macam kaum lain. Mereka lahir-lahir dah macam-macam rupa. Tak ada yang nampak serupa setiap satu. Unik kan? Bulu Onyet berwarna hitam pekat dan matanya merah menyala. Bulunya tampak licin dan gebu pula.
"Onyet. Kami perlukan pengangkutan." Pinta Chalbakos.
Onyet tidak melihat kami sebaliknya tangannya memanjang ke arah rak berhampiran mengambil salah satu bekas dakwat yang disusun dengan banyak sekali disitu. Dibukanya bekas dakwat lalu dia meminumnya. Eww.
"Onyet. Dengar tak ni?" tanya Chalbakos.
Onyet angguk kepala. "Em em..aku dengar. Aku tengah sibuk siapkan master piece nih. Jangan ganggu."
"Tolong la tuan Onyet, kami nak balik ke tempat asal kami." Rayu Cahaya.
Onyet mengangkat kepalanya melihat Cahaya.
"Kamu bukan kaum djin?"
"Mereka berdua ni bukan kaum djin Onyet." Kata Chalbakos.
"Jadi hantar la mereka pulang."
"Itulah aku nak buat. Aku perlu kan pengangkutan kau. "
"Dengan satu syarat."
"Syarat?" kami bertiga tanya serentak.
Onyet melompat dan bergayut di atas palang dengan menggunakan ekornya. Dibuai-buai di hadapan kami. "Aku perlukan dakwat kraken."
"Oh tolonglah, bukan sekarang Onyet." Chalbakos mengeluh keras.
"Tak ada dakwat Kraken, tak ada pengangkutan. Take it or leave it." Kata Onyet sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan.
"Okey kami setuju, jadi kat mana kami boleh cari dakwat kraken tuh?" tanya aku. Alah apalah sangat kalau nak mencari dakwat kraken ke apa nama dia tuh. Benda mudah je kan? Ambil dan bawa ke sini. Lepas tu Onyet ni boleh bagi pengangkutan.
Chalbakos tepuk dahi. "Budak, kau tahu tak apa kau cakap ni? Kau tahu kraken tu apa?" tanya dia dengan wajah yang penuh risau.
"Err, entah, nama cecair tu la kan?" jawab aku sambil menggaru pipi.
"Salah! Kraken ialah beast sotong di lautan awan. Kau ingat mudah nak dapatkan dakwat dia?"
"Tapi tuan kan berkuasa?" tanya aku.
Chalbakos mengeluh. "Aih nampaknya dari awal lagi aku tak patut mendabik dada kata aku pencipta dunia ni. Ya aku ada kuasa untuk menjadikan sesuatu fantasi ke realiti tapi aku tak kuasa selain dari tuh. Aku tak boleh berlawan. Faham tak?"
"Takda dakwat kraken, takda pengangkutan." Sampuk Onyet.
"Ya kami dengar tu Onyet. Dengar sini budak, korang redha je la tinggal disini. Apa susahnya?"
"Mana boleh!" serentak aku dan Cahaya membalas.
"Tolongla kami, tolongla tuan yang hebat.." mata Cahaya terkebil-kebil dengan wajah kasihan. Berpusing mata aku. Tolongla Cahaya.
Chalbakos mengeluh. "Ish ni yang aku lemah ni. Haa yelah, jom kita pergi mencandat sotong."
Kami berdua terus melompat gembira.
Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke tebing Valhalla terletaknya lautan awan dimana habitat kraken berada. Ia perjalanan yang agak jauh. Kami pula berjalan kaki. Berada di dalam dunia ni, kita takkan pernah tahu waktu malam atau siang kerana langit sentiasa berwarna merah jambu.
"Akid, aku laparr..aku mengantuk" rengek Cahaya sambil menarik-narik bahu aku.
"Aku pun. Em tuan Chalbakos. Kita rehat la dulu ye. Boleh ye. Em tak ada ke makanan untuk kami?"
"Kaum manusia ni bukan main manja. Okey la okey la kita rehat disini." Chalbakos membuat isyarat jari ke langit. Tiba-tiba muncul sebuah rumah pondok keluar daripada tanah. Masuk dalam rumah pondok, sudah terhidang makanan yang masih berasap. Wuahh. Meleleh air liur aku. Dia ni Sang Falsafah paling hebat pernah aku jumpa sebenarnya. Di Kota Oshin, kau tak akan jumpa Sang Falsafah yang macam ni. Mereka memang hebat, tapi tak sehandal ini. Boleh buat macam-macam.
Kami mula menjamu selera sampai perut kami sudah tidak mampu lagi mengisi apa-apa. Cahaya terlebih dahulu masuk tidur manakala aku masih mahu berbual dengan Chalbakos.
"Jadi kau kata yang kau perintis Sang Falsafah? Bagus la tu, dalam kalangan djin tak ada satu yang mahu menjadi Sang Falsafah. Macam yang kau tahu, aku adalah djin yang terakhir. Masalah bila kau mencipta dunia yang mereka sudah rasa terlalu senang. Mereka jadi malas dan tak berkembang. Jadi apa kejayaan kau?" tanya Chalbakos.
"Setakat ni belum ada apa-apa kejayaan lagi saya dah buat, tapi ada beberapa kajian yang saya tengah fokuskan. Misalnya kaedah mendapatkan tenaga magik dari unsur luar tanpa melibatkan penggunaan stamina." Kata aku.
"Kenapa nak buang masa dengan kajian macam tu? Jangan fikir benda gah sangat, fokuskan benda yang lebih berguna. Contohnya komunikasi. Semenjak dari zaman dulu, alat komunikasi Alamria tak pernah berubah. Korang masih gunakan burung." Ujar Chalbakos. Aku tersentak. Betul jugak.
"Err tuan ada cadangan?"
"Dah nama kajian, pikir la sendiri." Marahnya. "Hidup korang terhad, jadi jangan bazirkannya. Kadang-kadang hal tampak biasa ini lah yang akan jadi sangat penting kelak untuk korang. "
Aku angguk kepala. Betul kata Chalbakos. Salah satu kekurangan Sang Falsafah seperti kami ialah masa kami yang tidak banyak. Kebanyakannya mati sebelum kajian dapat diselesaikan. Ini sangat rugi, malah lebih rugi bila kajian mereka tidak disambung oleh orang lain. Masing-masing mahu mencipta kejayaan sendiri. Tapi sia-sia bila kajian jadi sekerat jalan.
Akibat memikirkan hal ini terlalu banyak, akhirnya mata aku terlelap jua.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?