Chibi mencampakkan kayu tombak ke arah sungai. Apabila ia jatuh menjunam di tengah anak sungai itu. Berlari-larilah dia meredah sungai untuk melihat sama ada dia berhasil atau tidak mendapat ikan. Bella ketawa dari jauh. Dia mengetawakan cara Chibi mendapatkan ikan. Sepatutnya ia perlu di baling secara dekat. Perhatikan dahulu ikan berenang di tepi batu. Bukan terus membaling secara rambang.
Seperti yang diduga, Chibi gagal mendapatkan ikan. Bella terus segera turun ke sungai mendapatkan Chibi. Ditunjukkan cara yang sebenar menangkap ikan. Dia tidak memerlukan sebarang tombak kayu. Hanya dengan tangan dia terus menangkap dengan pantas lalu cepat-cepat dia membaling ke tepi sungai. Bergeliat ikan liar diatas permukaan rumput melawan hukum alam. Akhirnya tewas jua kerana sememangnya ikan bukanlah tempatnya di darat.
Chibi bertepuk tangan. Dia mencuba cara kakak kembarnya. Namun dia gagal ikan bertempiaran lari. Bella ketawa lagi. Chibi mencebik lalu menyimbah-nyimbah air sungai dengan tapak tangan ke arah Bella. Chibi ketawa melihat Bella kebasahan.
Bella membalas. Mereka saling berlawan sehingga masing-masing kuyup. Masing-masing ketawa sesama sendiri. Sesudah bermain, tengah hari itu, mereka makan hasil tangkapan mereka. Begitula kehidupan mereka semenjak lari dari kampung. Jujurnya mereka tidak tahu bagaimana mahu mencari orang yang bernama Asrar. Bahkan rupa pun tidak pernah lihat. Hanya sekadar nama sahaja bukanlah sesuatu mudah. Lagi pula mereka perlu berhati-hati. Bukan sebarangan orang boleh mereka bercakap. Tali barut penjajah asing itu berada di mana-mana. Musuh dalam selimut, pengkhianat itu harus mereka elakkan. Terutamanya dari kaum Vampira. Mereka adalah musuh nombor satu yang dibenci oleh Bella.
Sejarah perbalahan puak Vampira dengan Langsuyar sudah lama berlaku. Walaupun mereka tinggal di satu daerah namun antara kedua puak ini bagai minyak dan air. Tak mungkin bersatu. Vampira juga banyak berdendam dengan kaum Langsuyar kerana pada zaman Raja Buana Gelap. Puak mereka sering dilayan teruk. Puak Langsuyar juga berdendam dengan puak Vampira kerana sudah banyak berlaku jenayah dari puak Vampira ke atas puak Langsuyar. Kadang-kadang mereka sengaja merosakkan tanaman dan ternakan puak Langsuyar.
Bukan itu sahaja. Puak Vampira sangat takut jika mereka mengetahui ada anak dari puak langsuyar memiliki tanda legendaris. Kerana mereka takut kelak puak mereka bakal ditindas semula. Sebab itu dahulu ada sejarah bahawa seorang anak yang mempunyai tanda itu dibunuh oleh mereka. Namun mereka tidak mengakui. Mereka mengatakan haiwan buas yang membunuh anak itu.
Malam itu, mereka tidur kawasan itu juga. Agak berjauhan sedikit dengan sungai kerana takut ditimpa bah kepala air. Selama mereka meninggalkan kampung. Ilmu-ilmu survival ini semuanya datang dari Chibi sebenarnya. Chibi lebih pintar dalam bidang ini berbanding dengan Bella. Dia tahu menyalakan api daripada tunggul kayu. Dia tahu herba hutan. Dia tahu mengesan tapak haiwan untuk mencari haiwan untuk di makan. Semuanya kecuali bab menangkap ikan.
"Chibi. Dah tidur?" tanya Bella sambil melihat bintang-bintang di langit.
"Tak lagi. Kenapa?"
"Pada waktu macam ni, mesti ibu sudah bacakan kita buku cerita kan."
"Ha'a ya. Kisah Poipoi dan terung gergasi." Ujar Chibi teruja teringatkan ibu mereka yang gemar membacakan cerita-cerita rakyat sebelum mereka tidur.
"Haha jangan lupa cerita anak burung dalam gua."
Chibi ketawa kemudian dia terdiam bila dengar suara esakan kecil di sebelahnya.
"Bella?"
"Bella rindukan ibu dan ayah." rengek Bella.
"Ya Chibi pun. Chibi rindukan mereka. Chibi rindukan kampung kita." Balas Chibi dengan suara lemah. Tak sangka hati Bella ini lembut juga. Seperti dia. Ya siapa je tak menangis apabila semua ini terjadi. Chibi turut mengalirkan air matanya. Namun dia cuba menahan diri daripada kedengaran tangisan.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?