Bab 3 When sun goes down, our story goes too.

2.4K 206 101
                                    

"Hei..kenapa menangis ni? Tak ada siapa yang ambil kau. Aku kan dah janji sejak hari aku selamatkan kau dari Asrar hari tu. Aku akan sentiasa jaga kau. Aku tak biarkan sesiapa lukakan kau." Akid menyeka air mata Cahaya dengan jarinya. Dia tidak tahu kenapa malam ini Cahaya berperangai aneh.

Tangan Akid diambil oleh Cahaya, lalu jari-jari mereka bersatu.

"Akid..jujur pada aku. Kau suka pada aku tak? Tolong jangan biarkan aku bertepuk sebelah tangan." mata wanita berambut perak itu tepat melihat mata kepunyaan Akid.

Lidah Akid kelu.Sementelah itu dia meletakkan tapak tangannya menyentuh atas kepala perempuan di hadapannya. "Aku akan bagitahu esok." senyum Akid. "Malam ni tidurla."

Akid berjalan meninggalkan Cahaya keseorangan di taman.

Perlahan-lahan lelaki itu hilang daripada pandangan, masuk ke dalam kegelapan malam.

Lama setelah itu, Cahaya mengalihkan pandangannya pada bulan. Cantik tapi tak boleh dimiliki...

"Masa sudah tiba Ratu." seseorang  berjalan keluar dari celahan kegelapan dan bayangan pohon-pohon disitu.

Cahaya menapak mundur. Jantungnya berdebar dengan kehadiran seseorang yang tidak dikenalinya. Wajahnya tidak nampak kerana masih terlindung dek gelap. Namun dia yakin orang ini adalah wanita.

"Adakah kau orang yang mahu jemput ku?"

"Ya sesuai dengan perancangan kita." ujar orang itu dengan nada tenang dan perlahan.

"Perancangan kita?"

"Kalau calon roda Arcana tidak dijumpai sebelum Calamity bebas, Ratu akan kembali."

"Nanti dulu, aku tak pernah ingat aku pernah buat perjanjian tu."

"Tidak menghairankan. Ratu sendiri yang pinta begitu."

"Apa maksud kau hah?"

"Mahu kah Ratu ingati semula?"

Cahaya menelan air liurnya. "Berikan aku masa. Tolonglah."

"Esok, sebelum matahari terbenam. Kemudian segala apa yang berlaku disini ibarat mimpi bagi mereka, mimpi bagi ratu. Identiti Mawar Cahaya tidak wujud lagi di Alamria." orangnya telah hilang bersama sayup-sayupnya suara.

Cahaya terus terduduk. Kakinya menjadi terlalu lembik dan takmampu menahan beban tubuhnya yang tiba-tiba terasa terlalu berat untuk ditanggung.

                                                          <><><><><>

Matahari mula terbit dari timur. Bunga bersama Bella berlari masuk ke dalam bilik tidur Cahaya lalu digoncang perempuan itu.

"Bangun kak Bangun! Pagi!"

Cahaya menguap lebar seperti mulut telaga. Sambil-sambil itu sempat dia menenyeh keluar tahi mata yang berkumpul di tepi mata. "Kenapa korang ni? Awal pagi sangat ni."

"Hari ini akak ada date."

"Eh apa date?"

Bunga dan Bella saling berpandangan, mereka kemudian tersenyum lebar. "Abang Akid tengah tunggu akak kat bawah. Hari ini dia hensem sangat dengan pakai pakaian bangsawan. Ayuh bangun. Jangan biar seorang lelaki tunggu lama-lama."

Apabila mendengar Akid sudah bersiap siap untuk date. Mata Cahaya tiba-tiba menjadi segar bugar seperti baru disimbah ais.

"Betul ke ni? Korang tak tipu? Akid betul-betul ajak akak pergi date?"

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now