Oleh kerana tidak mempersetujui dengan rancangan Elders Fairies, Melodi ambil keputusan untuk kembali ke Alamria dan memberi amaran kepada orang disana mengenai hal yang buruk yang bakal menimpa mereka. Dia berharap mereka akan mencari jalan untuk menghadapinya. Walaupun hakikatnya terdapat perbezaan yang besar dari segi kekuatan dan kuasa antara makhluk Alamria dan Fairy.
Ratu pernah menyebut seseorang bernama Akid. Katanya dia seorang yang boleh diharapkan. Mungkin aku perlu cari dia dan memberitahu semua ini padanya fuss. Bisik hati kecil Melodi.
Melodi memasuki ruang rumahnya mula mencari-cari sesuatu di atas kabinet. Sebuah buku diambilnya dan disorok ke dalam ruang baju di bahagian dadanya. Dalam sibuk itu pintu rumah diketuk dari luar. Ini membuatkan darahnya sedikit berderau.
Dia melangkah terus ke pintu dan apabila dia membukanya. Matanya terbuka lebih luas.
Lullaby sudah berada di hadapannya bersama beberapa tentera fairy.
"Kau kelihatan cemas tengok aku Melodi?" tanya Lullaby cuba menembak perasaan Melodi ketika ini. "Kau takkan buat benda bodoh kan?"
<><><><><>
Kota Oshin,
Terdapat perjumpaan khas di Arkib Besar. Sebuah tempat pengumpulan segala jenis ilmu dan tempat latihan untuk menjadi Sang Falsafah. Beberapa pemimpin seluruh negara,termasuklah Tuan Badik, Lord Han Xin, beberapa lord bandar lain, Merah, Akid,Madam Tiara,Jebat, Rentap dan seluruh Sang Falsafah berada di dalam Arkib tersebut.
"Buat pertama kalinya kita menghimpunkan semua pemimpin dalam satu tempat. Ternyata hari ini satu sejarah yang tak patut dilupakan. Mungkin patut namakan peristiwa hari ini sebagai The Great Meeting? Ini akan jadi rujukan sejarah pada masa akan datang." ucap Lord Han Xin di kerusi duduknya.
"Tujuan perhimpunan kita hari ini adalah untuk membincangkan beberapa isu dan perkara. Antaranya ialah mengenai siapa yang akan memerintah Alamria selepas tumbangnya Gargantua. Saya tahu sebelum ini masing-masing mengamalkan sistem negara kota yang mana setiap kota memiliki kerajaan sendiri. Namun melihatkan betapa gagalnya kita bersatu dalam memerangi musuh, saya bercadang untuk kita kembali berada di bawah satu sepanduk." cadang Tuan Badik.
"Aku bukan tidak bersetuju mengenai hal ini. Tapi, siapa yang akan mengetuainya? Kamu Badik?" tanya Lord Valerian Steel dari Kota Agnes. "Kita taknak pemerintahan bersifat kuku besi."
Walaupun mata Akid sedang melihat perbincangan antara pemimpin namun dalam benaknya dia memikirkan hal yang lain. Dia memikirkan tentang Cahaya. Dia tak sangka Cahaya merupakan ratu fairy. Hal ini seolah sama seperti Lica. Sekarang keduanya telah tinggalkan dia.
"Akid."
Cari aku eh gumam Akid.
"Akid!"
"Eh." Akid mendongakkan kepalanya, dilihat mata setiap orang di dalam dewan tertanam padanya. Dia terpinga-pinga. Madam Tiara menolak bahunya. "Bangun Akid, Badik memanggil nama kau."
Akid terus berdiri. "Ya saya."
"Saya mengenali budak ini sejak sekian lama dahulu. Tapi siapa sangka, dia berjaya mengalahkan pasukan Gargantua di Tanah Utara dengan kumpulan kecilnya. Dia adalah hero yang tak didendangkan. Namun jasanya besar."
Mereka di dalam dewan bertepuk tangan. Akid tersengih-sengih dengan wajah merah.
"Oh kamu boleh duduk kembali Akid." kata Badik.
Akid kembali duduk. "Dah habis bincang ke soal siapa nak memerintah negara?" bisik Akid pada Madam Tiara.
"Diorang tangguh hal itu kemudian."
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasiDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?