Sebuah armada perang Gargantua yang terdiri daripada seratus lebih kapal sedang berlayar menuju ke Alamria. Mereka inilah bala bantuan yang dinyatakan oleh pasukan Kuda Putih sebelum ini untuk menguatkan kuasa penjajahan mereka di Alamria.
Seorang mekanik peralatan magik, Victus turut sama menyertai pelayaran ini. Tugasnya bersama-sama mekanik yang lain ialah untuk memastikan segala senjata-senjata berkaitan magikatronik mampu digunakan dengan baik. Jika senjata yang digunakan olehtentera Gargantua mengalami kegagalan, ini sudah pasti memberikan risiko yang buruk buat prajurit tersebut. Oleh kerana itulah Victus amat teliti dalam tugasnya.
Victus mengeluarkan sebuah photo dari kocek seluarnya. Dilihat wajah isteri dan anak perempuan kembarnya. Air mata mula bergenang di pelupuk. Termasuk hari ini sudah lebih 2 bulan sejak dia mulakan pelayaran bersama armada perang. Belum termasuk ketika dia bekerja di markas kira-kira 3 bulan. Ini bermakna sudah lama sekali dan mungkin bakal lama lagi untuk dia bertemu keluarganya.
Apabila rakannya masuk ke ruang kerja, cepat-cepat di menyorokkan gambar kembali ke dalam kocek, kemudian dia berpura-pura mengetatkan skru pada bahagian komponen roboto.
"Aku nampak kau sorok kan something." kata rakannya Vall sambil senyuman kecil terukir pada wajah.
Victus cepat-cepat menggelengkan kepalanya sambil dia juga turut senyum. "Just, gambar keluarga."
Mendengar itu senyuman Vall mula mengendur. Dia terus duduk di sebuah bangku besi yang ada disitu.
"Bila kita berada di Alamria. Entah bila pula kita akan balik ke tanah besar. Pasti rindu. Namun paling teruk menanggung rindu antara kita dah tentulah kau. Kau ada keluarga yang menunggu. Aku pula takda siapa-siapa."ucap Vall.
"Haha. Tak apa,berjuang untuk negara kan? Lagipun, kita ni mekanik je. Bukan tentera. Kasihan tentera yang sanggup bergadai nyawa. Betul tak?"
Kepala Vall turun naik dengan laju. Menyokong kata-kata Victus.
"Haa hulurkan aku magik core tu." lelaki anak dua itu menjuih mulut. Tanpa ragu terus Vall mengambil bola kristal yang berada di dalam bekas besi di atas meja.
Sambil memasang teras magik pada roboto sambil itu mulutnya Victus bercerita. "Antara sebab kita menjajah Alamria adalah kerana inilah. Magikatronik ialah teknologi berasaskan sains dan magik yang mampu membangunkan dan memodenkan Gargantua. Memang benar dengan adanya magikatronik semuanya menjadi mudah. Tapi tak semua teknologi ini digunakan untuk tujuan damai. Pelbagai senjata perang telah dicipta berdasarkan teknologi ini. Yang paling buruk? Yang paling buruk sekali tentulah teras ini. Untuk menghasilkan ini beribu nyawa terpaksa dikorbankan."
"Kerana perang?" Vall mencelah.
"Ya, dan lebih dari itu. Magik tak akan lahir secara artificial. Tak ada siapa boleh replicate benda itu. Untuk mencipta teras magik ini, seorang saintis perlu mendapat makhluk hidup yang mampu menggunakan magik. Kita mendengar beast boleh menggunakan magik, tetapi beast sukar dibiakkan. Yang paling senang dibiakkan cuba teka apa?" Victus sengaja memulangkan pertanyaan.
Vall menelan air liur. Jawapan sudah berada di benaknya. Mulutnya seolah berat untuk mengungkapnya. Ia pahit. Menyatakan ibarat menyetujuinya. "Bangsa intelek?"
"Ya, kita ke Alamria untuk menjadikan penduduk Alamria sebagai hamba dan livestock untuk membuat benda terkutuk ini. Ironinya, tiada siapa mahu menghalang benda ini. Kerana kita di Gargantua tak pernah peduli dengan nyawa penduduk Alamria, dan siapa yang mahu kehilangan teknologi Magikatronik ini."
Vall mula menggenggam buku limanya. Dia benar-benar rasa kecewa dengan dirinya. "Adakah selama ini kita ini berpihak pada kejahatan?"
Victus menyentuh bahu Vall. "Sudahlah, kita cuma pekerja awam yang biasa. Kalau kita bersuara pun ia tetap akan tenggelam. Aku cerita ini pun sebab aku nak kau tahu dengan apa kita berkerja. Kita tak berkerja untuk Gargantua sebaliknya untuk menyara keluarga."
"Ya...tapi.." belum sempat Vall menghabiskan kata-kata, kapal bergegar dengan kuat. Dia bersama Victus terhumban melanggar dinding. Lampu di ruang kerja berkelip-kelip. Barangan berselerakan. Vall cuba membantu Victus untuk berdiri.
"KAu dengar tak? Apa tu?" tanya Vall, wajahnya pucat.
Segera mereka berlari menuju ke arah dek. Dalam perjalan mereka terhuyung hayang saat kapal mula bergegar lagi. Asap tiba-tiba memenuhi ruang jalan kaki. Anak-anak kapal berlari-lari keluar. Keadaan menjadi kecoh.
"Kita diserang!!" seorang prajurit lengkap bersenjata mula menjerit. Kemudian sekumpulan tentera mula bergerak. Victus dan Vall seolah buntu seketika. Kemudian mereka meneruskan niat mereka untuk keluar melihat sendiri apa yang telah berlaku.
Saat mereka berada di luar, mereka bersama para tentera dan anak kapal tergamam melihat suasana sekitar. Kapal-kapal lain juga turut diserang. Panahan tombak cahaya yang besar dari langit terus menghunjam satu persatu kapal sehingga musnah.
"Apa benda tu?" tanya Vall seakan tidak percaya.
Victus memerhati langit. Beratus-ratus ikan pari terbang, gajah bersayap yang besar mengelilingi armada kapal Gargantua. Diatas haiwan-haiwan itu berkumpulnya makhluk bersayap dan berfisik seperti manusia namun masing-masing bertopeng dan memakai jubah biru muda.
Tentera Gargantua mula menembak dengan senapang mereka. Namun serangan mereka semua terhapus di pertengahan udara.
Salah satu gajah bersayap terus meluru ke atas kapal bersebelahan kapal yang dinaiki oleh Victus dan Vall. Dengan menggunakan belalainya ia menerbalikan kapal yang sebesar dua ikan paus biru dengan mudah. Ia adalah antara kapal yang paling besar yang dimiliki armada ini. Sukar dipercayai.
Kemudian dia melihat lagi para makhluk bersayap mula berselerak dan terbang ke arah mereka. Tentera Gargantua yang berputus asa apabila tembakan mereka sia-sia terus berlari menyelamatkan diri, melompat terus ke laut.
Depan mata Victus sendiri melihat tentera Gargantua telah dipotong di tabrak seperti sayur-sayuran oleh makhluk-makhluk ini. Suasana menjadi heboh dan galau.
Vall yang terpinga-pinga juga ingin melompat ke dalam laut namun belum sempat dia berbuat apa-apa, tubuhnya juga turut dicincang.
Menjeritlah Victus disitu. "Vall!!!!!" Air matanya mula mengalir. Tak mungkin nyawanya bakal berakhir disini. Anak dan isterinya menunggu di rumah. Dia perlu pulang. Dia perlu ada bersama mereka.
Dua tiga makhluk bersayap mendarat di hadapannya bersama lembing dan pedang cahaya ditangan mereka. Victus mengetap gigi. Tak mungkin dia akan mati tanpa mengalah! Lantas terus dia mengeluarkan suara keras.
"Magikatronik Roboto!"
Keluarlah pakaian besi dari perut kapal melayang dan terus menyarung tubuhnya. Dengan lengkap bersenjata, Victus terus menumbuk salah satu makhluk bersayap melayang jauh dan laju seperti peluru. Makhluk yang lain tanpa membiarkan Victus memulakan serangan kedua terus mereka menyerang kakinya. Kakinya terputus, namun sempat dia mencekik makhluk bersayap yang menyerang kakinya lalu sebelah lagi tangannya menyala cahaya merah dan terus dia menembak tepat terus ke muka makhluk itu. "Kau bunuh Vall, kau bunuh yang lain! AKu akan bunuh kau!" marahnya.
Melihat amuk dari Victus, para makhluk bersayap yang lain memberi perhatian kepadanya lalu beramai-ramai menyerangnya. Dari pelbagai arah, tubuh besi itu ditikam dengan pedang-pedang mereka. Setelah puas mereka membiarkan Victus jatuh melutut.
Sekelip mata seluruh armada perang yang dibanggakan Gargantua telah dimusnahkan dengan mudah.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?