Bab 16 Hati yang terseksa

2.5K 226 6
                                    

Kini Cahaya, Bunga dan Akid baru sahaja tiba di Kota Buluh Perindu. Sebelum masuk ke dalam kota, terpaksalah mereka melemparkan senjata mereka ke dalam semak kerana khuatir kelak nanti ditahan oleh Tentera Gargantua dan dituduh ingin melakukan sesuatu. Benda seperti ni kena la elakkan terlebih dulu.

Wajah penduduk di dalam Kota Buluh Perindu tidak langsung menampilkan wajah yang gembira. Mereka malah lebih rasa tertekan kerana Tentera Gargantua kini menjadikan kota ini sebagai markas baru mereka. Maka semenjak lumpuhnya Bandar Awang Perkasa, tentera-tentera musuh terus berpindah ke sini.

Walaupun begitu, masih ada aktiviti penduduk yang meneruskan aktiviti harian mereka seperti berdagang, yang diluar kota bercucuk tanam seperti biasa. Tentera Gargantua tidak menyentuh mereka.

Jarak antara Tasik Gelap dan Kota Buluh Perindu tidak jauh, ia hanya memakan masa 2 hari perjalanan sahaja jika menaiki kuda. Kerana itu lah Cahaya mengambil keputusan untuk singgah di kota ini terlebih dahulu untuk beristirehat dan mendapatkan bekalan makanan untuk meneruskan perjalanan mereka lagi.

Apa yang mereka tidak tahu sebenarnya, pada hari ketibaan mereka di kota ini, Jeneral Archenar juga baru tiba disini. Kehadirannya di sambut gemilang. Para tentera bersorak-sorak dengan suara mereka yang lebih gemuruh dari guruh di langit. Melihat wajah Jeneral mereka yang selamat itu mereka berasa lebih bersemangat.

Bunga mengintai dari tingkap ruang bilik penginapannya, Melihat dari jauh berkumpulnya para tentera tersebut.

"Apa la agaknya yang kecoh-kecoh tu ye?" tanya Bunga sambil menongkat dagu.

"Kenapa nak dipedulikan musuh-musuh tolol tu. Biar la diorang nak bising ke apa." Cahaya mencebik sambil itu dia menyarungkan pakaian pada Akid.

"Tengok diorang seramai itu, buatkan rasa takut je. Mujurla diorang tak menyerang orang awam semberono je."

"Heh, Bunga tak tengok macam mana Akid memimpin pasukan Alamria lawan diorang. Akid seorang saja boleh menghancurkan satu pasukan musuh. Kan Akid kan?"

Senyuman Akid melebar sambil itu dia mengangkat tangan. "Ya ya." Hanya menjawab tetapi tidak mengerti apa yang dibualkan.

"Bunga pernah berperang bersama-sama Akid. Dia kuat menangis." Bunga ketawa.

Cahaya pun ikut ketawa. "Hahaaha iya la kan. Akak pertama kali berjumpa dengan Akid pun dia kuat menangis." Kemudian senyuman Cahaya mengendur. Dia melihat wajah Akid sedalamnya. "..tapi semakin hari, dia berusaha untuk jadi orang yang lebih kuat. Supaya kelak dia dapat menjaga keluarganya, temannya. Malah hasratnya juga untuk tidak melihat orang yang dilindunginya tidak diselubung dengan kesedihan yang sama seperti dia lalui. Itula katanya pada akak. Dia..dia banyak terseksa kerana kehilangan kamu Bunga, juga kehilangan dua rakannya yang lain semasa korang cuba menyelamatkan dia dari di tahan. Dia cukup terseksa, sehinggalah satu saat, kerana tidak dapat memendam rasa sedihnya yang amat sangat dan cuba menahan sakit itu maka dia telah menjadi 'itu'" Cahaya mengalirkan air matanya. Akid terpinga-pinga lalu dia menyeka air mata perempuan yang sedang menangis itu. Cahaya menyentuh tangan Akid yang menyentuh di pipinya.

2 tahun yang lalu. Bandar Oshin.

"Teruk Gambit, budak yang kau bawak tu bertukar menjadi sesuatu." Ujar sang seorang sang falsafah dari sekumpulan yang ada disitu dengan cemas. Di tengah-tengah kawasan lapang di dalam bandar tersebut, Akid sudah berubah bentuk. Tubuhnya hitam, matanya merah menyala. Mulutnya mengeluarkan asap.

Para pengawal kota yang berusaha melawan habis dibantainya Akid sehingga mereka takut untuk mendekatinya lagi.

Gambit mendekati Akid. Terkejut melihat perubahan yang ada pada Akid. Amarahnya tak menguasai dirinya. Inilah kesannya dia menelan batu kejahatan tersebut.

Lantas Gambit menyuruh para pengawal kota untuk membawakan rantai yang mampu menyekat magik supaya ditambat pada Akid.

Aku harus menundukkannya terlebih dahulu. Ini akan memudahkan urusan para pengawal kota yang lain. Omel Gambit merangka strateginya.

Namun begitu, ia tak semudah seperti yang dia sangka. Menundukkan Akid ibarat bertarung antara hidup dan mati. Serangan daripada Akid sungguh menakutkan ditambah dengan kelajuannya yang tidak masuk akal menjadikan Gambit bertambah sulit.

Gambit mewujudkan dua bulatan cahaya pada tanah dibawah Akid. Tujuannya untuk menyekat pergerakan Akid, satu lagi bulatan ialah bulatan penyerap stamina yang mana mungkin dia dapat mengurangkan stamina Akid sedikit demi sedikit.

Akid bengang apabila kakinya telah dipasung, kemudian dia menghentak lantai sehingga tanah menjadi retak seribu. Dia melakukan berulang kali sampailah keadaan sekitarnya turut terjejas. Mujurlah kawasan bertarung mereka jauh dari kawasan perumahan orang awam. Jika tidak tentu akan membahayakan nyawa orang lain.

Akid berjaya melepaskan diri dari magik Gambit, dia melompat terus kearah lelaki bertubuh tegap itu lalu melepaskan tumbukan keras pada tubuh Gambit. Sang falsafah itu melantun jauh mengenai pokok-pokok besar disitu sehingga patah batang pokoknya. Gambit terus tidak sedarkan dirinya.

Melihat keadaan itu, semua orang yang berada disitu menjadi semakin cemas.

"Kita tak boleh buat apa-apa lagi! Bersedia untuk membunuhnya!" ujar salah seorang sang falsafah disitu. Mereka menyahut cadangan itu. Cahaya yang turut berada disitu menjadi resah. Ini tak boleh dibiarkan.

"Nanti! Gambit menyuruh kita menjaganya. Takkan sampai-sampai mau membunuhnya pula?" tanay Cahaya.

"Ah, budak perempuan! Kau tak nampak ke betapa buruknya akan jadi jika dia terlepas ke kawasan ramai orang? Orang ramai akan terbunuh kerana amukan binatang ni."

Cahaya mengigit bibir. Segera dia berlari ke arah Akid.

"Oi!"

Akid yang melihat Cahaya meluru ke arahnya terus mengumpulkan sejumlah kuasa dari mulutnya. Bola kuasa semakin besar. Semakin besar. Semua orang menjadi cemas. Cahaya mungkin bakal terbunuh disini!

Cahaya melompat dan terus memeluk tubuh Akid dengan kuat.

"Mana janji kau Akid? Kau kata mahu melindungi semua orang? Apakah kau sudah berputus asa sehingga menyebabkan diri kau dikuasai oleh kejahatan? Ini bukan kekuatan yang macam kau katakan... kekuatan sebenar kau tak perlu bergantung pada ini." Bisik Cahaya. Dia menyerahkan nasib dirinya sepenuhnya.

Akid terdiam. Bola kuasanya juga turut menghilang.

"Oi..tengok dia dah berhenti mengamuk."

Akid terus terduduk bagai semua kekuatannya telah keluar dari situ. Cepat-cepat para pengawal kota menggarinya dengan rantai.

<><><><>

"Dan..setelah itu, kuasa kejahatan dalam dirinya telah ditidurkan. Tapi kami semua tahu, walau apa jenis pun magik yang dikenakan untuk menidurkan kejahatan itu, kalau tanpa semangat dan tekad Akid. Ia takkan jadi. Kerana itulah dia berusaha untuk menahannya...tapi..kerana..kerana aku la..dia jadi lebih terseksa." Cahaya tidak dapat menahan esakannya. Air matanya mengalir dengan lebih banyak. Bunga terus hampir kepada Cahaya lantas memeluknya.

"Akak dah lakukan terbaik untuk menjaga Akid.." ucap Bunga.


Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now