Bab 17 Sumpahan Kapal 1

1.9K 199 19
                                    

Dalam asyik Velorum berbual, Badik muncul daripada belakang. Hampir membuatkan jantung lelaki dari tanah Gargantua itu jatuh terjelepok. Kemunculan secara tiba-tiba. Velorum tersenyum kecil. Sewaktu dia memiliki pangkat seorang jeneral perang. Ketakutan tiada dalam kamus hidupnya. Sekarang semenjak dia mengenali Melodi. Dia rasa dia manusia yang paling lemah. Benarlah kelemahan seorang lelaki adalah wanita.

"Kau buat apa Velorum? Kapten Hawk perlukan kau diatas untuk guide jalan ke Surgania. Kenapa kau berbual-bual disini seolah kau tak tahu kedudukan kau. Kau adalah tahanan kami. Kau patut bersyukur tidak dikurung dalam sangkar seperti mereka." Badik menegur. Matanya mengerling ke arah dua banduan yang berada di balik sel besi. Altair dan Poseidon ketawa tersengih-sengih. Mereka saling berbisik.

Velorum kena marah.

Setelah ditegur terus Velorum meninggalkan mereka.

"Tuan, sedap makanan.Terima kasih." Altair senyum sambil mengangkat sedikit makanan yang ada ditangannya.

Badik terus merentap besi sel sehingga berbunyi. "Aku mahu tahu di mana baju perang kau. Kau seorang admiral, pasti kau memiliki baju perang macam jeneral lain."

"Maaflah mengecewakan kau. Mungkin baju perang aku tenggelam bersama armada yang cuba datang ke Alamria tempoh hari." Altair mengupil kayu di lantai, dan dijadikan pencukil giginya. "Lagipun aku admiral. Perang aku dilaut bukan di darat. Aku hanya perlu sebuah kapal untuk menang di laut. Tak, sebuah sampan dah memadai." senyum Altair dengan penuh rasa riak.

"Ah Kau hanya menjulang diri. Bercakap seperti matahari boleh timbul dari barat terbenam ke timur."

Altair menyentuh lantai kapal. Mengusap seperti mengusap seorang kekasih. "Ini kapal Gargantua kan? Kau biasa dengar semangat kapal? Kapal mempunyai fikiran mereka sendiri dan mereka memilih tuannya. Jika ia tak restui, kapal akan menunjukkan ragamnya. Aku panggil ia sebagai sumpahan kapal. Anak kapal mungkin akan cepat jadi gila, cepat mendapat penyakit dan paling teruk.."

"kematian."

Badik terdiam. Cerita itu membuatkan dia rasa seram sejuk.

Altair ketawa berdekah-dekah. "Tentulah aku cuba menakutkan kau. Tapi aku bercakap benda betul."

Ketegangan wajah Badik mengendur sedikit.

"Geez Altair, kau ni." Poseidon menendang punggung Altair.

Seorang anak kapal berlari memasuki ruang kapal dengan termengah-mengah. Wajahnya kelihatan pucat seolah baru lepas melihat hantu. Dia cuba bercakap namun suaranya tidak keluar. Tangannya asyik menunding-nunding ke arah pintu lorong seolah hendak tunjuk ada sesuatu di luar.

"Tu..tu..tuan Badik." barulah suaranya keluar. "Kapten Hawk!"

"Kapten Hawk kenapa?"

"Dia sudah meninggal dunia sakit jantung!!!"

Bagai tidak percaya Badik mendengar khabar buruk ini. Seorang yang patut membawa mereka berlayar kini telah meninggal dunia? Bagaimana mereka hendak mengemudi kapal. Hanya Kapten Hawk sahaja yang mempunyai pengalaman di atas laut. Dan sekarang mereka berada di tengah laut. Tiada siapa yang dapat mereka minta tolong. Mereka bakal mati disini.

"Kehkeh, nampaknya sumpahan sudah bermula." Altair ketawa dari dalam kurungan.




Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now